25 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Quo Vadis PAS?

Segala-galanya bermula apabila pimpinan PAS tidak mahu dan tidak mampu menerima kritikan dan teguran orang lain.

Didalam kerangka "Pemikiran Kritikal", Prof Abdul Aziz Bari telah bertindak sebagai "wistle blower", dan kemudian ianya tidak disambut dengan baik sebaliknya telah diberikan hentaman dan kritikan balas oleh pimpinan terutama oleh Ketua Penerangan PAS Pusat sendiri, Ustadz Idris Ahmad, dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Mohd Shahir.

Dan apabila PAS tiba-tiba menjadi fokus seluruh negara, kini orang-orang yang mula-mula menimbulkan kekecohan itulah orang yang meminta ahli-ahli PAS bertenang setelah mereka beriya-iya mengambil sikap tidak mahu mendengar kritikan orang lain sebelumnya.

Sememangnya kumpulan pro-UMNO di dalam PAS ini adalah mereka yang mengambil sikap tidak boleh disentuh dan tak boleh dikritik. Tetapi mereka boleh sentuh dan boleh kritik orang lain, malah boleh bertindak dan lantik dan pecat sesuka hati.

Contohnya Presiden PAS yang mempunyai kuasa yang diberi oleh Perlembagaan parti, telah melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung sekalipun Mustafa Ali telah diketahui adalah orang yang menimbulkan kekecohan di dalam parti ekoran dari rancangan sulit "Kerajaan Perpaduan" yang telah terbongkar apabila bekas Perdana Menteri Abdullah AHmad Badawi sendiri mendedahkannya.

Contoh lainnya di Selangor, sewaktu Pesuruhjaya PAS Selangor dikritik oleh mereka yang tidak bersetuju dengannya, beliau telah mengambil langkah "memecat" Khalid Samad dan Shaari Sungip dari Dewan Harian PAS Selangor untuk digantikan dengan mereka yang mengikut istilah politik kaki ampu dan kaki bodek kepada ketua.

PAS sepatutnya menjadi parti contoh di dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat, sebaliknya kegagalan untuk berlapang dada menerima kritikan menjadikan PAS sebagai sebuah jemaah yang kaku dan jumud yang gagal untuk bersaing di arena politik kepartian negara sehinggakan PAS daripada menjadi parti contoh tetiba menjadi parti yang disisihkan oleh arus masyarakat yang mengharapkan sangat perubahan lanskap pemerintahan negara segera berlaku.

Ada yang menyatakan kepimpinan ulamak tidak boleh dipersoalkan dan barangsiapa yang mengkritik kepimpinan PAS yang ada kini adalah mengkritik ulamak-ulamak sekalipun banyak tindak-tanduk ulamak di dalam saf kepimpinan itu sendiri yang mengundang kritikan bukan dari para ahli sahaja, juga mereka yang tidak menjadi ahli parti tetapi menyokong perjuangan PAS selama ini.

Kemudian ada yang terlajak menuduh tanpa justifikasi bahawa kononnya mereka yang mengkritik kepimpinan PAS adalah golongan Anwariyyun yang tak suka Hadi menjadi PM jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Dan ada pula yang menyatakan bahawa yang menentang kepimpinan PAS kini adalah mereka yang ditarbiyah di luar kerangka PAS sendiri seperti IRC, ABIM da seumpamanya.

Kegagalan untuk melihat PAS sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak sedikit ahli-ahli PAS terkeliru untuk melihat bahawa di dalam hirarki tanzim, Mursyidul Am PAS itu lebih tinggi keududukannya daripada Presiden. Malah ada yang melatah meminta Tuan Guru Nik Aziz dipecat apabila Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan satu muktamar khas diadakan untuk menyelesaikan pemimpin bermasalah di dalam parti.

Sesuatu kejanggalan berlaku apabila ahli-ahli PAS tidak memahami konsep kepimpinan harakah Islamiah dengan menyamakan PAS dengan organisasi sekular yang meletakkan Presiden sebagai pemegang kuasa tertinggi.

Malah Mursyidul Am PAS selaku pemimpin tertinggi jemaah, telah dikritik hebat dengan tanpa ilmu dan tanpa segan silu oleh mereka yang pro-UMNO ini dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan apabila Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan Muktamar Khas diadakan.

Saya tertarik dengan pendirian Ust Zolkharnain Abidin, sekalipun sebelum ini beliau adalah diantara penyokong UG yang tegar, tetapi kini beliau menampakkan ciri-ciri yang lebih terbuka dan sedia menerima kritikan malah menegur Ketua Penerangan PAS, Ustadz Idris Ahmad supaya "berkepala dingin".

"Anjakan paragdima" - satu konsep yang sering kedengaran dari mulut Presiden PAS Sendiri perlu berlaku bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi oleh pemimpin-pemimpin PAS juga jika benar-benar PAS mahu diterima sebagai parti yang bukan sahaja memimpin ummah, tetapi memimpin negara ke arah "baldatun tayyibun wa rabbun ghaffur" (negara yang aman sentosa yang mendapat keampunan Tuhan).

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Singkirkan pemimpin pro UMNO walaupun yang terlibat presiden.

Tanpa Nama berkata...

PRO UG berdiam diri kerana setuju pinangan UMNO???

Tanpa Nama berkata...

kenapa Presiden pas tidak secara terbuka menolak kerajaan perpaduan???

Tanpa Nama berkata...

kami berdiri teguh bersama TGNA, menolak sebarang kerjasama dengan UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

PROSES PENGASINGANGAN ADALAH
fitrah ALLAH sesiapa yang yang cuba
menjadikan pas kuda tunggangan akan
tersingkir dengan sendiri.
hanya masa dan cara menentukan
ALLAH MAHA BESAR
PASTI MEMELIHARA PAS

hussin berkata...

majlis syura ulama adalah organ tertinggi pas. ketuanya ialah mursyidul am. walaupun pas memperjuangkan islam, organanisasinya stail sekular. presiden memiliki kuasa eksekutif. ini perlu diperbaiki.

majlis syura ulama perlu bebas dari penjawat jawatan dalam parti. selaras dgn peranan serta fungsi majlis syura ulama. dan memastikan ia bebas untuk membuat keputusan.

presiden hanyalah seorang ahli yang hadir. dia tidak boleh terlibat di dalam proses mengundi. ahli2 yang hadir perlu keluar dari bilik mesyuarat ketika mesyuarat berjalan untuk memutuskan sesuatu dasar parti.

ahli2 majlis syura ulama mestilah bebas dari penjawat awam atau mereka2 yang terlibat secara langsung dengan aktiviti awam seperti darul syifaq, sbg contoh. khidmat darul syifaq bersifat terbuka, tidak hanya untuk ahli2 pas. orang2 awam termasuk pembesar2 negara dan umno turut mendapat khidmat darul syifaq. justeru, darul syifaq terdedah kepada manupulasi seteru pas melalui 'agen'2 yang mengunjungi darul syifaq. darul syifaq juga memberi khidmat di rumah2 mereka dengan alasan keperluan 'pesakit'. darul syifaq bebas bergerak ke rumah2 'pesakit'tanpa mnimbulkan sebarang syak.

saya hanya menyatakan kebarangkalian yang boleh berlaku. haron din tentu lebih maklum. perkasakan majlis syura ulama! supaya tidak ada lagi selepas ini "kepimpinan ulama tercabar". "presiden dan timbalan mesti ulama". tidak perlu lagi diadakan sambutan perayaan mengejut 'kepimpinan ulama'.

ulasan nasha, majlis syura ulama akan buat keputusan mengenai muktamar khas..., bukan sahaja mendedahkan kedangkalan timbalan presiden tetapi membolehkan kita membaca 'hipokrisinya'. kompisisi majlis syura ulama kini telah menyebabkan nasha sanggup mencemari kredibilitinya.

dia pernah kencing "dipersetujui majlis syura ulama". kini, dia mahu kencing lagi...

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

semua pemimpin atasan pas memang berilmu...tapi kadang kadang terlupa dengan dunia....ingatlah, pesan ustaz pondok....perjuangan bukan untuk dunia saja...bab nak jawab diakhirat jangan abaikan...jangan pulak yang dikejar tak dapat dan yang dikendong bertaburan...perbetulkan hati dan nawaitu

tok iskandar berkata...

ulasan tentang bajet 2010.bajet gula-gula atau bajet kopi o.

1.kemudahan untuk tentera tak disebut dalam bajet.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.nak kata mereka semua sokong pembangkang tak logik.buktinya dalam PRK Bagan Pinang tempohari.

2.Golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.

3.Minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.

4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif dan kurang kemudahan.mungkin kerajaan tak peduli kerana rakyat di sini senang ditipu dan digula-gulakan.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah ini.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.

5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.

tok iskandar berkata...

ulasan tentang bajet 2010.bajet gula-gula atau bajet kopi o.

1.kemudahan untuk tentera tak disebut dalam bajet.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.nak kata mereka semua sokong pembangkang tak logik.buktinya dalam PRK Bagan Pinang tempohari.

2.Golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.

3.Minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.

4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif dan kurang kemudahan.mungkin kerajaan tak peduli kerana rakyat di sini senang ditipu dan digula-gulakan.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah ini.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.

5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menentukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

Tanpa Nama berkata...

musuh dalam pas (kumpulan UG) lebih besar berbanding UMNO...

Tanpa Nama berkata...

'Geng Perpaduan' telah menconteng arang di muka PAS dan membuatkan masyarakat Cina dan India sudah mula sangsi dan ingin menjauhkan diri dari PAS..

Keadaan ini sudah pasti membuatkan Umno bertepuk tangan dan bersorak sakan kerana mengetahui ajalnya pada PRU ke-13 tidak akan menjadi kenyataan...

Untuk membersihkan semula persepsi ini, maka adalah wajar PAS mengadakan EGM seterusnya menyingkirkan Geng Perpaduan yang merosakkan itu...

Tanpa Nama berkata...

Ahli-ahli PAS bawahan hendaklah menolak sebulat suara kumpulan UG ini..kalau kumpulan UG ni nak sangat...masuklah UMNO segera.. keluar dari PAS dan PR sekarang...Jangan dok rosakkan kami pejuang2 PAS sejati.Kami tak heran laaa..Keluaqqqqq sekarangggggg....!!!!Takbirrrr!!!Allahuakbar..

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tumbangkan UMNO, tumbangkan dulu pemimpin pro UMNO....kumpulan UG!!!