8 Okt 2008

Berita TKO.fm - Akhirnya Pak Lah Terpaksa Pergi Jua

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada Mac depan. Beliau juga memberitahu bahawa beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang tarikh itu. Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam pula ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tan Sri Muhyiddin akan umumkan jawatan yang ingin ditandinginya lusa. Tengku Ahmad Rithaudeen mendedahkan Lembaga Disiplin UMNO terima banyak aduan mengenai politik wang menjelang pemilihan UMNO. Tengku Razaleigh yang menawarkan diri bertanding Presiden UMNO kecewa kerana wujudnya politik wang.

Bursa Saham Asia telah kembali merudum dengan teruk. Ini ekoran dari kejatuhan teruk indeks Dow Jones sebanyak 500 mata pada hari semalam. Indeks Komposit Kuala Lumpur jatuh 27.04 mata kepada 970.19 mata. Demikian juga indeks STI Singapura, Han Seng dan Nikkie, kesmeuanya mencatatkan penurunan yang ketara.


Pasaran Saham Jakarta Digantung, Nikkie Jepun Terburuk

Saham Bursa Efek Indonesia (BEI) digantung sementara akibat penurunan indeks yang terlalu besar sehingga mencecah 10.38 peratus.

“Urusniaga digantung sehingga satu pengumuman dibuat,” demikian kata satu kenyataan yang tercatat di lamanweb Pasaran Saham Indonesia sebentar tadi dan penggantungan di semua pasaran adalah disebabkan kejatuhan teruk Indeks Komposit Jakarta ke paras 1,451.669 pada 11.06 pagi”.

Mengikut dara, Indeks Komposit Jakarta telah menjunam 168.05 kepada 1,451.66.

Bloomberg menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dalam tempoh lapan tahun urusniaga pasaran saham Indonesia digantung.

Sementara itu pasaran saham Jepun menjunam 9.4 peratus, kejatuhan yang terbesar dalam tempoh 21 tahun, apabila para pelabur bertindak untuk kelua ari pasaran saham akbat kekuatiran yang berlaku dari krisis kewangan global.

Indeks Nikkei menjunam 952.58 mata kepada 9,203.32

BURSA MALAYSIA turut mencatatkan kejatuhan teruk dimana indeks komposit telah merudum 25.82 mata iaitu sebanyak 2.59% kepada harga penutup 971.41 mata.

Setakat berita ini ditulis 567 kaunter mengalami kerugian cuma 58 kaunter mencatatkan keuntungan, 143 kaunter tidak berubah 506 tidak diniagaka.

Kramat merupakan kaunter paling rugi dengan penurunan hampir RM1 untuk ditutup pada harga RM2.71

Berita TKOfm Hari Ini - 8 Okt 2008

PM tak umum lagi keputusan samaada kekalkan Presiden atau tidak. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pukul 3.30 ptg ini dan Pak Lah akan umumkan keputusannya. Muhyiddin belum buat keputusan samada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa kes liwat Anwar. Rayuan ahli parlimen Kapar untuk ketepikan saman ditolak. Teresa Kok temui Ketua Polis KL bincang isu keselamatan dirinya. Karpal Singh desak Polis pecepatkan siasatan kes pembunuhan bekas ADUN Tenggaroh. Bursa Asia kembali melonjak sedikit.