21 Ogo 2014

Nakhaei Ahmad Keluar UMNO?


Menurut laman sosial facebook Mohd Nakhaei bin Ahmad, beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau bukan lagi seorang ahli UMNO.

Kenyataan penuhnya berbunyi:

Mengapa saya harus keluar UMNO? Saya menyertai UMNO untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memertabatkan bangsa, dan negara. Perjuangan itu sudah tiada lagi di dalam UMNO sekarang. Tidak wajar lagi saya berada di dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan UMNO lagi.

Nakhaie pernah menjadi Naib Presiden PAS dan pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.

Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia pernah menulis mengenai Nakhaei. Petikan:

Ketika dalam PASlah beliau memenangi kawasan Parlimen Baling, manakala apabila menyertai UMNO, nak jadi calon di kawasan yang sama pun ditolak dan tersepit di antara Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun) dan Dr Mashitah Ibrahim.

Nakhaei menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap. Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Di persada politik tanahair, nama Nakhaei semakin hilang semenjak beliau menyertai UMNO. Beliau seperti tersisih dan disisihkan di dalam UMNO.

Tulis Ahmad Awang lagi,

Ustaz Nakhaie terus dirundung malang apabila kalah untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Baling dan seterusnya terpaksa melupakan niat untuk menjadi calon Ahli Parlimen Baling walaupun telah turun berkempen sebelum senarai nama-nama calon diumumkan, apabila ternyata kemudiannya Dr Mashitah calon yang dipilih partinya. Lebih mengecewakan lagi perasaan Nakhaie apabila dia hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000. Semenjak itu nama Nakhaie terus dilupakan oleh UMNO tetapi Nakhaie terus menjiwai UMNO untuk perpaduan Melayu, kononnya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Padah Ikut Teman Lelaki Lalu Berkahwin Di Negara Orang...

KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili.

Rintihan anak dari Sumatera

Melaka: “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu.

Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.

Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.

Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda. -hm

ULASAN GB

Disiarkan kisah masyarakat ini untuk berehat sementara hal-hal politik yang boleh menyebabkan stress.

Juga supaya menjadi pengajaran terutama kepada gadis-gadis belasan tahun (juga puluhan) supaya tidak terlalu mengikut kehendak nafsu sehingga akhirnya membawa kepada penyesalan diri yang tak diduga.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[GAMBAR] Maut Selepas Ditinggal Bapa 8 Jam Dalam Kereta

MUHAMMAD Aqil Arfan Adnan, 4 maut selepas ditinggalkan oleh bapanya didalam kereta.

Alor Setar – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang tadi, selepas habis waktu bekerja.

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.

Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.


Soaid berkata biasanya Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an, yang merupakan seorang guru di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Durian, Pendang kira-kira 6.45 pagi.

"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang.

"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Soaid berkata dia sangat terkejut apabila Adnan memaklumkan mengenai insiden itu kepadanya kira-kira 7.30 malam tadi dan tidak menyangka ia akan menimpa keluarga mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti. - Bernama









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO]: "Allah Jawab Terus Soalan Saya" - Neelofa

Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.

Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

"Saya dah ada kerjaya, famili, kawan-kawan.. semuanya orang kata dah diberi oleh Allah, tapi masih lagi mencari satu benda yang tak lengkap.. saya pun buka Tafsir Al-Quran...saya cakap.. Ya Allah Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hendak tunjukkan kepadaku hari ini Ya Allah..."

"Jadi saya buka (dengan) random Al-Quran, penghujung Surah Hud dan awal Surah Annur..."

Selain mengikuti kelas agama & membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



20 Ogo 2014

Dunia Di Hujung Usia - Nafsu Iblis Bermaharajalela


Remaja 15 Tahun Rogol Ibu Kandung Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -mstar


Menantu Ditahan Rogol Mak Mertua Sedang Berkemban

Seorang bapa kepada lapan orang anak ditahan pihak polis selepas dirinya didakwa merogol ibu mertuanya, semalam di Sibu, Sarawak.

Menurut Borneo Post, lelaki berusia 42 tahun itu didakwa merogol ibu mertuanya yang berusia 69 tahun Jumaat lalu.

Mangsa dikatakan tinggal bersebelahan dengan rumah suspek.

Kejadian dikatakan berlaku apabila suspek masuk ke rumah mangsa yang ketika itu dalam keadaan berkemban di ruang tamu rumahnya.

Menerusi siasatan awal, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku dan mangsa terus menceritakan perbuatan terkutuk menantunya itu kepada anak perempuannya yang merupakan isteri kepada suspek.

Ahli keluarga mangsa terus membawanya membuat laporan polis tanpa pengetahuan suspek.

Suspek sebelum ini dilaporkan pernah mempunyai rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah dan pecah masuk rumah.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam. -



Bapa mertua nafsu syaitan, rogol menantu sendiri

AYER KEROH – Seorang warga emas menerima hukuman penjara maksimum 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merogol menantu sendiri yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, tahun lalu.

Tertuduh, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun itu diperintahkan Hakim Abu Bakar Katar menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 Julai lalu, selain turut dikenakan lima kali sebatan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga menantunya berusia 26 tahun di sebuah rumah di Asahan, Jasin, kira-kira jam 8 malam pada pertengahan Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam dan 20 tahun penjara serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika rayuan meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana telah berusia selain perlu menanggung anak serta cucu.

“Anak juga masih bersekolah dan kami sekeluarga duduk di rumah sewa,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan keji.

“Tertuduh sebagai seorang yang boleh dianggap bapa kandung sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mahu meminta bantuan mengubati matanya sakit.

“Alasan mitigasi berbentuk peribadi diberikan tertuduh sepatut difikirnya sebelum melakukan perbuatan keji ini. Mohon hukuman berat diberikan sebagai pengajaran kepada diri tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa dan suaminya berusia 30 tahun datang ke rumah tertuduh untuk meminta bantuan mengubati secara tradisional mata mangsa yang tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya.



Bapa mertua nafsu syaitan, rogol menantu sendiri

SEORANG pekerja rumah mayat di Ohio mengakui yang dia sudah mengadakan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita.

Kenneth Douglas mendedahkan perkara itu sewaktu perbicaraan yang berlangsung di mahkamah, baru-baru ini.

Perbuatannya terbongkar pada tahun 2008 apabila air maninya ditemui pada salah seorangwanita yang menjadi mangsa bunuh.

Menerusi laporan WCPO, isteri Douglas pernah melaporkan perbuatan keji tertuduh kepada pengurus rumah mayat itu, namun tidak diendahkan.

Perkara itu diketahuinya sewaktu dia mahu menjemput suaminya pulang kerja.

Setakat ini, tiga keluarga wanita yang menjadi mangsa nafsu jijik Douglas sudah memfailkan saman ke atas rumah mayat itu.


ULASAN GB

Menjijikkan. Namun demikianlah kisah-kisahnya. Sesungguhnya nafsu itu tidak mengenal batas.

Tiada apa yang dpaat dikatakan lagi mengenai kes-kes di atas kecuali menjelaskan bahawa dunia kini benar-benar di hujung usianya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Mahasiswi Diaibkan Oleh Rakan Lelaki Di Facebook

Wan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebut Wan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebut.

Kuantan - Seorang mahasiswi bukan sahaja berdepan dengan situasi memalukan dan menyedihkan tetapi terkilan apabila diaibkan seorang rakan lelaki di laman sosial Facebook, tiga hari lalu.

Wan Nur Shaqyra Husna Wan Azlan, 21, menerima kiriman gambar daripada aplikasi ‘WhatsApp’ daripada rakan baiknya kelmarin yang menunjukkan gambar mereka diapit dengan gambar binatang iaitu anjing dan khinzir.

Menurutnya, sebaik menerima gambar itu, dia terkejut dan sedih selain rasa diaibkan.

“Saya dan rakan tidak tahu apa motif lelaki terbabit menyunting gambar kami dan meletakkan gambar binatang di antara kami.

“Saya hanya mengenali lelaki itu kerana dia berkawan rapat dengan seorang lagi rakan serumah saya ketika belajar di sebuah institusi pengajian awam di Ipoh,” katanya ketika ditemui di sini.

Wan Nur Shaqyra yang juga anak bongsu kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (Bakkiss) Wan Azlan Wan Salleh itu berkata, dia yang sudah tamat pengajian empat bulan lalu bingung dengan situasi tersebut.

Katanya, gambar mereka turut dimuatkan di laman sosial atas nama ‘Jet Pejuang’.

“Selepas melihat gambar itu, saya dan bapa menghubungi lelaki itu supaya meminta maaf dan padam gambar tersebut.

“Dia akur dan meminta maaf namun hanya dibuat secara sambil lewa selain turut membuat kenyataan berbaur ugutan,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Nur Syaqyra membuat laporan polis di Balai Polis Beserah untuk membersihkan namanya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara ibu Wan Nur Syaqyra, Nora Muda, 46, turut melahirkan rasa sedih di atas insiden yang menimpa anak bongsunya.

“Perkara itu tidak wajar berlaku dan ia memalukan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya cukup berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan si pelaku patut diadili,” katanya. -SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[BERGAMBAR] Gedung Pakaian KAMDAR Terbakar


Lebih 100 pelanggan yang sedang leka membeli belah panik apabila asap memenuhi gedung Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Selasa.

Kebakaran yang berlaku kira- kira jam 7.20 petang dipercayai tercetus akibat masalah litar elektrik di papan suis.

“Kami difahamkan kebakaran bermula di tingkat satu di mana terletaknya ‘switch room.’ Papan suis dipercayai terbakar,” kata Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Menurut saksi, asap tebal tiba-tiba memenuhi ruang premis dan mengakibatkan kesemua pekerja dan pelanggan lari menyelamatkan diri.

“Kami masuk ke tingkat satu dan berjaya padamkan kebakaran. Namun, asap masih tebal sehingga tingkat empat,” tambah Azizan.

Lebih 90 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari sekitar ibu negara termasuk Unit Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa sejam menggunakan 10 jentera bomba.

Tiada mangsa yang dilaporkan terperangkap atau cedera.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -astroawani









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



ADUN BN, Datuk Noor Zahidi Kembali Ke Rahmat Allah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia di Guangzhou, China pagi ini.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia jam 5.45 pagi ini kerana menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya di negara itu.

Noor Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat dan juga Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Menurut sumber, penyakit yang dihadapi Adun berkenaan agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.

Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.

Allahyarham Datuk Noor Zahidi telah menang di dalam PRU12 (2008) di DUN Pengakalan Kubor (N1) mengalahkan calon PKR, Hassan Berahim dengan majoriti 100 undi dan di dalam PRU13 (2013) Allahyarham sekali lagi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi. Pada PRU 11 (1999) Allahyarham pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Tumpang menentang Datuk Kamaruddin Jaafar namun tewas dengan majoriti 10,442.


Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti.

SPR akan mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan berikutan pemergian Allahyarham.

Semuga Allah mencucuri r5ahmat ke atas roh Allahyarham. Alfatihah.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[BERGAMBAR] Kereta Guru Terbakar Memang Bermasalah, Bukan Dibakar Pelajar

Foto sebuah kereta milik seorang guru yang mula menjadi viral sejak siang tadi dan didakwa kononnya dibakar oleh pelajar - Foto sumber WhatsApps.

Kereta guru yang bermasalah, bukan dibakar pelajar

BANTING - Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang di sini hari ini adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan di laman sosial.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu di kereta berkenaan, sebuah Proton Waja.

"Pasukan bomba Banting bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dan api dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Hampir keseluruhan kereta itu terbakar," katanya.

Pelajar dikatakan panik apabila menyangka guru pemilik kereta berkenaan rentung dalam kejadian itu.

Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi tadi.

"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran.

"Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya. - Bernama









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



19 Ogo 2014

Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut


Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.


BERITA SEBELUM INI



2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan


Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Bernama, 3 Julai, 2014
.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[OFF POLITIK] Peserta Pesta Bogel Diburu Ketakutan, 3 Serah Diri

Selepas video pesta bogel di Teluk Bahang yang dimuatnaik dalam internet menjadi viral dalam laman sesawang, peserta yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu difahamkan hidup dalam ketakutan.

Salah seorang penganjurnya yang merupakan warga tempatan dan kini bermastautin di Singapura, menggambarkan kehidupan peserta yang terlibat berada dalam keadaan ketakutan setiap hari kerana mereka dilihat seperti seorang ‘penjenayah’.

“Kami tidak dapat tidur setiap hari kerana kehidupan kami tertekan, takut dan sedih. Juga kami dalam situasi cuba mengelak diri daripada semua pihak.

“Kami perlu berterima kasih kepada salah seorang kawan yang membantu mengambil langkah untuk menyerah diri. Tanpa tindakannya, saya fikir tidak ada rakan lain yang berani tampil untuk menyerah diri,” katanya dalam laporan yang dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin.

Cetusan perasaan penganjur pesta terbabit dikirimkan melalui emel kepada akhbar Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang.

Peserta yang berusia 46 tahun itu berkata, mereka kemudian berbincang dan mengambil keputusan untuk menyerah diri bersama-sama.

“Kami ingin memohon maaf kerana mengadakan acara berkenaan di Pulau Pinang yang mencetuskan ‘ribut’ di Malaysia. Kami tidak akan mengulangi dan berharap permohonan maaf yang tidak terhingga kerana salah laku kami di Teluk Kampi memalukan negara.

“Kami sangat menghormati undang-undang di Malaysia,” katanya dalam emel berkenaan yang difahamkan turut dihantar kepada 13 rakannya yang lain.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa akaun dalam laman web perkongsian video YouTube digodam dan dikongsi tanpa pengetahuannya.

Beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman mereka yang memuatnaik klip untuk pelanggaran hak cipta.

Sementara itu, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, pihak penganjur perlu meminta maaf kepada Taman Negara Pulau Pinang kerana di situ berlaku pesta sukan bogel.

Selepas video peserta sukan terbongkar dalam internet, polis memulakan siasatan mengenai kejadian itu yang diadakan di pantai Teluk Kampi pada 30 Mei.

Kelmarin, tiga peserta sukan bogel warga tempatan dilaporkan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Barat Daya termasuk seorang bekas guru dan ahli politik.

Pada 13 Ogos lalu, seorang juruvideo Singapura menyerah diri dan hari berikutnya seorang ahli peniagaan Malaysia juga difahamkan menyerah diri.

Kelima-lima suspek itu direman tiga hari mulai kelmarin. Tiga lagi rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu sedang dikesan.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -SH


Tiga Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri

GEORGE TOWN: Tiga lagi peserta pesta sukan bogel telah menyerah diri, kira-kira 24 jam selepas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi mendedahkan butiran mereka di akhbar.

Mereka yang menyerah diri ialah Tok Chew Hwa, 57, dipercayai menjadi penganjur, Justin Ang Ji Keng, 24 dan Carmen Chan, 27.

Sumber polis berkata, ketiga-tiga mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendent Lai Fah Hin enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata Abdul Rahim akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa 18 dipanggil termasuk enam wanita, telah dalam rakaman video semasa mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti bogel pada 31 Mei lalu, yang digelar sebagai Sukan Bogel Penang 2014.

Video lima minit menunjukkan peserta berbogel di pantai Teluk Kampi ketika mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan, larian berganti-ganti dan 'catwalk' kumpulan.

Sembilan daripada 18 peserta itu juga bermalam di kebun di Balik Pulau dalam keadaan bogel.

Abdul Rahim berkata, pada 6 hingga 8 Jun lalu, sembilan daripada peserta-peserta ini turut menyertai parti bogel di Pattaya bersama 30 negara lain.
-mstar


ULASAN GB

Pepatah ada menyatakan:
,br> Sesal dahulu penpadatan, sesal kemudian tidak berguna...

Berfikir dahulu sebelum melakuan sesuatu...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiba-tiba, Rumah Ahli Palimen Di Selangor Disimbah Cat Merah

Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kuala Langat – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

“Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat,” katanya. -SH

ULASAN GB

Di dalam hiruk-pikuk rkayat membicarakan krisis politik penukaran MB Selangor, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita rumah MP Kuala Langat disimbah cat merah.

Kita tidak mahu berspekulasi. Tetapi kita berharap ia tiada kaitan dengan krisis politik yang melanda Selangor kini.

Namun kita juga berharap ia bukan percubaan untuk menimbulkan "huru-hara" sepertimana apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 dahulu bila mana MAGERAN diisytiharkan apabila penyokong Datuk Muhammad Nasir mewujudkan kacau-bilau dan huru-hara di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan majariti yang menyokong "pengkhianat parti" itu diturunkan.

Berwaspada terhadap provokasi, supaya sejarah hitam itu tidak berulang lagi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Bukankah Najib Pernah Mengaku Jumpa Saiful? Kenapa Surendran Didakwa?


Peguam Anwar ditahan kerana menghasut, bebas selepas beri kenyataan

Polis merekodkan kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju petang ini selepas mengeluarkan waran tangkap berikutan dakwaan kenyataan berunsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, waran itu disampaikan kepada ahli Parlimen berkenaan pada jam 7.52 petang dengan kehadiran peguamnya Latheefa Koya.

Khairi berkata Surendran, yang akan didakwa di mahkamah esok mengikut ‎Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan.

Surendran dijangka didakwa kerana berkata dakwaan kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis sebelum ini berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, yang juga peguam Anwar, dan meminta beliau membawa penjamin ke mahkamah esok.

Latheefa yang mengiringi Surendran di balai polis itu berkata, beliau menerima panggilan hari ini daripada seorang pegawai polis memberitahu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana menghasut.

"Pegawai polis memberitahu beliau akan didakwa esok. Mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa waran tangkap tetapi saya rasa mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata Latheefa.

Surendran berada di sana lebih daripada sejam bagi kenyataannya direkodkan.

Beliau memberitahu pemberita kemudian, pertuduhan itu tidak akan menghalangnya daripada meneruskan perjuangan.

"Saya pada awalnya ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin supaya dapat hadir di mahkamah esok bagi menjawab pertuduhan kenyataan berunsur hasutan terhadap saya dan kerana mengkritik keputusan perbicaraan Liwat 2 Anwar. Mereka mengatakan ia adalah menghasut.

"Ini tidak menghalang saya daripada melakukan tugas saya. Saya akan meneruskan perjuangan bagi menjadikan Malaysia lebih baik," katanya.

Surendren berkata keputusan mendakwanya akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan memandangkan proses rayuan terhadap kes Anwar semakin hampir.

Terdahulu, ahli Parlimen Padang Serai itu berkata Najib dan Umno akan mendedahkan diri mereka kepada penelitian jika beliau didakwa dengan pertuduhan itu.

Mereka yang disabitkan dengan tuduhan hasutan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat akan berakhir kerana akan kehilangan kelayakan, jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

Pada 8 Ogos, Surendran, yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan didakwa membuat kenyataan mengenai Najib berhubungan pertuduhan yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu. – TMI


Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya.

Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.

“Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini,” katanya.


Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu “konspirasi” Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan “cuba memasukkan ke dalam penjara” , menurut kenyataan Anwar itu lagi.

“Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? ”


Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.
-mk


IMBAS KEMBALI



Najib mengaku jumpa Saiful

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Mohd Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

"Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata:

"Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

Selasa lalu, PKR menyatakan ia mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Najib dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Anwar.

"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," katanya dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.

Pada sebelah petang hari sama, beliau mendakwa di sidang media bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan Mohd Saiful.

Sementara angkatan muda PKR semalam mencabar Najib menafikan pernah bertemu Mohd Saiful.

"AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya," kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008."
-mk (3/7/2008)


ULASAN GB

Yang jelas dan nyata, laporan polis yang dibuat oleh ratusan bahagian UMNO adalah seperti "satu arahan" sempena rayuan Anwar terhadap kes liwat 2 yang dihadapinya.

GB berpendapat, ia samata-mata bertujuan untuk menganggu konsentrasi peguam tersebut supaya tidak menumpukan perhatian terhadap pembelaan ke atas Anwar.

Dengan cara itu, peguam Anwar berkemungkinan tidak mempunyai ruang berfikir dan ruang berhujjah dengan baik apabila mindanya diganggu dengan pendakwaan terhadap dirinya sendiri.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Episod Anwar dipenjara mungkin tidak dapat edielakkan, tetapi ia akan mewujudkan sentimen simpati terhadap Anwar di kalangan rakyat seperti mana Anwar dipenjarakan pada tahun 1998. Pilihanraya 1999 menyaksikan UMNO BN kalah teruk dan ia menyaksikan permulaan kebangkitan rakyat yang yang berterusan sehingga kini.

Kita tunggu dan lihat.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



18 Ogo 2014

Selangor: Selesai Debaran 17 Ogos, Debaran 27 Ogos Menyusul....


Sultan tolak jumpa Khalid di luar negara

SHAH ALAM – Keputusan bagi mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi Menteri Besar Selangor hanya akan terjawab setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kembali ke tanah air nanti.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani mengesahkan ada menerima permohonan daripada Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

"Bagaimanapun baginda telah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," jelas kenyataan itu.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

Sultan Selangor dijadual berangkat pulang dari luar negara pada 27 Ogos. -SH


Azizah tetap perlu tunggu keputusan Sultan

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan PR sebagai calon menteri besar tetap perlu menanti perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyandang jawatan nombor satu di Selangor itu.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun PR telah memilih calon Menteri Besar Selangor, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan Sultan Selangor.

Malah beliau menjangkakan, perjalanan Wan Azizah dalam usaha mendapatkan perkenan Sultan Selangor agak sukar.

“Perjalanan Azizah agak sukarlah sebab sekarang ini, mahu atau tidak, beliau tetap perlu mendapat restu daripada Sultan.

“PR sudah menyatakan sokongan kepada Azizah, jadi, dia kena kemukakan bukti kepada Sultan mengatakan bahawa dia mendapat sokongan majoriti.

“Selepas itu kena tunggu Sultan buat keputusanlah,”
katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini,

Menurutnya, andai Sultan Selangor tetap menolak Wan Azizah, PR perlu mengemukakan calon lain ataupun baginda mungkin akan memanggil kesemua Adun PR bagi memilih siapa yang layak untuk jawatan itu.

“Cuma sekarang ini sama ada Sultan setuju atau tidak setuju untuk terima Azizah. Kalau Sultan tak setuju juga, mungkin Sultan kena panggil semua ahli PR untuk mesyuarah bagi memilih siapa yang layak untuk menjadi MB.

“Tapi nampaknya agak sukarlah kerana nama yang dicadangkan itu hanya satu. Jadi saya rasa, bergantung pada mesyuarah Sultan dengan PR untuk tentukan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya pilihan raya sekiranya isu menteri besar ini tetap tidak menemui jalan penyelesaian.
-SH


ULASAN GB

Sepatutnya tak timbul masalah MB Selangor apabila 43 ADUN Selangor sudah pun membuat keputusan mencalonkan DS Dr. Wan Azizah.

UMNO sendiri, bukan PAS, bukan PKR, bukan DAP, satu ketika dulu pernah meminta raja-raja usah campur dalam hal politik.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI