3 Mei 2014

[BERGAMBAR] Siapa Yang Bawa Pistol & Siapa Yang Berjubah Di Himpunan Bantah GST?


Peserta Himpunan Bantah GST Bahwa Pistol..!!

Heboh di alam siber mengenai rakaman gambar seorang "peserta" Himpunan Aman Bantah GST semalam bawa pistol.

Pakai baju T merah bantah GST tetapi ada pistol dipinggangnya ... apakah ini nanti akan dijadikan bahan bukti oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan fatwa "BUGHAH"?????

Yang pasti ini bukan peserta himpunan bantah GST tetapi petugas menjaga keselamatan dan ketentraman awam semasa Himpunan Aman GST di adakan. -omakkau

LAPORAN KEDUA

Siapa Lelaki Berjuabah Di Perhimpunan Bantah GST?


awas!!

lelaki yg berjubah dan berserban hitam tu disyaki dalang yg menimbulkan huru-hara di himpunan kenduri rakyat di dataran merdeka kelmarin.

beliau dilaporkan sering menjerit2 "hoben jang hoben" yg menimbulkan rasa kurang seang kpd peserta kenduri.

kalau terserempak dgn lelaki ni sila belanja dia tose 2 keping. -fb Abah Anas Ar rembawi




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Akhbar Pro-BN Kata Cuma 500 Yang hadir Perhimpunan Anti-GST

Rakyat Malaysia dan warga dunia bukan dungu! Hanya 500 hadir ke Perhimpunan Bantah GST! Oleh Ng Kee Seng

SEKILAS PANDANG: Jika rakyat Malaysia berharap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno bakal berubah haluan dan melaksanakan reformasi selepas PRU13, lupakan saja.

BN seumpama seekor keldai degil. Perhatikan sahaja sikapnya dan sedarlah ia bersikap degil seperti sang keldai.

Liputan akhbar arus perdana tentang perhimpuan bantah GST yang dianjurkan pada 1 Mei telah disuntik elemen propaganda.

Media kerajaan bukan hanya mati pucuk, ia menghina kebijaksanaan pembaca di serata dunia.

Media milik pemerintah ini diterajui pengarang yang tiada tulang belakang dan mereka tidak hiraukan integriti ataupun kemampuan untuk bertahan lama. Mereka hanya menjaga kedudukan sendiri.


Tiada langsung sebiji zarah professionalisme kewartawanan yang diterapkan organisasi media kerajaan tanpa maruah di Malaysia hari ini.

Perhatikan laporan menyedihkan yang terpampang di dada akhbar mereka. Hanya 500 peserta perhimpunan didakwa berkumpul bagi membantah GST.

Buta sangatkah mata rakyat Malaysia? Atau mungkin pihak kerajaan akan mendakwa foto-foto yang berlegar di laman media sosial telah dipalsukan bagi memberi gambaran satu perhimpunan raksasa?

Perkataan ‘memalukan’ tidak lagi sesuai bagi mencerminkan media kerajaan ini. Mereka ini berkasta terlalu rendah.

Tidak menghairankan apabila edaran dan jumlah pembacanya semakin merudum teruk.

Perhimpunan raksasa itu disertai pelbagai golongan dengan majoriti terdiri peserta Melayu. Ini jelas menunjukkan BN bakal diketepikan.

Jalanan di ibukota dimeriahkan tiupan vuvuzela dan horn kereta. Anggaran kasar menunjukkan lebih dari 20,000 manusia membanjiri tapak perhimpunan.

Peserta membawa sepanduk dan poster yang tertera slogan “Bantah GST” dan “Sokong Hudud”.

Golongan tua dan muda, kanak-kanak dan dewasa mula berhimpun seawal jam 11 pagi.

BN tumpas majoriti dua pertiganya di Parlimen pada PRU12 dalam tahun 2008.

Gabungan pemerintah itu berterusan mengenepikan amaran rakyat yang jelas tidak gembira dengan caranya mentadbir negara.

Popularitinya kian kelam selepas PRU13 apabila ia tumpas dari segi undi popular. Tetapi masih juga BN bertakhta di Putrajaya akibat undi majoriti dan berkat persempadanan kawasan mengundi.

Kita ingat BN bakal sedar dari lamunannya, bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan kekal relevan di bumi ini.

Tetapi ternyata ia menjalankan “urusan seperti biasa” dan kekal menakut-nakutkan rakyat jelata.

Apa bakal terjadi di PRU14 nanti? -theantdaily



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


2 Mei 2014

GST: Kita Mesti Berhenti Dilembukan


Pemimpin vokal DAP, Ariff Sabri berkata, jika rakyat, terutamanya orang Melayu, menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mengesahkan mereka lembab.

"Kita mesti berhenti dilembukan," kata Ariff yang juga ahli Parlimen DAP Raub dalam blognya.

Menurutnya lagi, majoriti yang tidak menyokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka.

"Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit," tambahnya.

Ariff juga berkata apabila terdapat cadangan untuk memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan membatalkan saman, Umno dan kumpulan Melayu membantah, "sedangkan hasil AES dinikmati oleh elit Melayu".

Beliau juga mengingatkan orang Melayu bahawa 20 peratus Melayu teratas meraih pendapatan bulanan sebanyak RM10,666 manakala 40 peratus yang di tengah (M4,123) dan 40 peratus terbawah berpendapatan (RM1,686 ).

"Jangan lupa ini," tegasnya.

"Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN.

"Apa orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga? Nasi apa yang orang Melayu makan?" tambahnya. -mk



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[BONGKAR] Siapa Sebenarnya Yang Bertopeng Dan Berbaju Hitam Itu? Ini Jawapannya..


Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media.

Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap.

Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral.

TINDAKAN liar kumpulan yang menggelar diri mereka Antifa menimbulkan kekecohan dengan membakar suar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang.

Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi. -HM








ULASAN GB

Mereka adalah sekumpulan pemuda yang bertopeng, memakai baju hitam menyamar sebagai ahli SAMM. Mereke menyamar sebagai "Anak Muda" menumpang di celah-celah demonstrasi aman untuk mencapai tujuan dan hasrat mereka.

Mereka adalah dari kumpulan yang menolak sistem demokrasi. Mereka menolak sistem politik kepartian. Mereka tolak sistem pilihanraya. Mereka berjuang dengan cara mereka. Mereka menolak dan menghina sistem beraja. Kumpulan puak UMNO menggunakan perbuatan mereka semalam untuk menyerang dan memburukkan PAS dan PR. Perhatikan video dibawah ini:


Kumpulan ini sebenarnya kumpulan yang penakut, takut untuk menjelaskan kaedah perjuangan mereka iaitu perjuangan melalui kekerasan!

Mereka menolak demokrasi tetapi menyempilkan diri di celah-celah demokrasi. Gambar ini sebagai bukti:


Lihat di atas, mereka mengaku mereka kumpulan "anak muda", marah kepada PAS kerana Unit Amal merampas banner mereka dan menghalang mereka masuk ke barisan hadapan di dataran Merdeka. Ini banner mereka:


Marah kerana kononnya PAS tak amalkan demokrasi kerana kononnya "melayan mereka macam musuh", sedang merekalah kumpulan yang telah awal-awal menolak sistem demokrasi di dalam perjuangan mereka.


Mereka memproklamirkan misi perjuangan mereka melalaui laman sosial. Mereka mencerca ulamak-ulamak di Malaysia terutama ulamak-ulamak PAS kononnya bersokongkol di dalam sistem demokrasi.

Persoalannya siapa mereka. GB menemui jawapannya kerana yang berjuang dengan kaedah sedemikian rupa ada persamaannya sedikit sebanyak dengan perjuangan Hizbut Tahrir!

Pihak berkuasa KDN perlu mengambil tindakan segera ke atas mereka!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

diedit pada 2.05.2014 10:23 pm





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Kelakian Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Polis Nafi Dakwaan Papagomo & Macai UMNO Kononnya Ada Peserta Anti-GST Ditikam

Kuala Lumpur - Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya..

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama

ULASAN GB

Selain papagomo yang namanya disebutkan oleh pihak polis di atas, macai UMNO lain yang turut menyebarkan twitter fitnah berkenaan ialah afiq kltown.



Sepatutnya kedua-dua mereka ini ditangkap kerana memfitnah dan cuba menimbulkan suasana tegang.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap MENGHUKUM mereka. "Alaisallahu biahkamil-hakimin?" - Bukankah Allah itu sebaik-baik Hakim?




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan Bertopeng Cetus Provokasi Itu?


Geng kotak’ cetus provokasi

KUALA LUMPUR - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.

Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. -SH


Pergaduhan tercetus antara anak muda dan media selepas perhimpunan 1 Mei

Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎"
.

Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎.

Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya.
-TMI



Persatuan bidas tindakan serang jurufoto

Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan segelintir sekumpulan peserta perhimpunan bantah GST menyerang jurufoto media di Dataran Merdeka Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.

"Menurut Sharil Amin semasa kejadian beliau ternampak sekepul asap yang dinyalakan dari suar oleh kumpulan berkenaan.

"Semasa menghampiri mereka menghambur kata-kata kesat seterusnya adegan kekecohan mula berlaku.


"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seli
-mk






ULASAN GB

Berbaju hitam seperti SAMM, tetapi kenapa BERTOPENG? Tak mahu dikenali, bererti memang sengaja berniat mahu timbulkan kekecohan dan provokasi.

Agen proovokasi yang sengaja diwujudkan oleh BaN-GSaT bagi mencemarkan perhimpunan aman Anti-GST!




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


1 Mei 2014

[LINTAS LANSUNG] Gambar & Video Himpunan Bantah GST 501 -updated


Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi, demikian lapor Harakahdaily.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

LINTAS LANSUNG oleh malaysiakini, harakahdaily dll

4.30 PM: Penganjur mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan doa dan peserta dinasihatkan bersurai secara aman.

4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin.

"Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya.

"Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya

"Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.

Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai bila-bila.

"Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi," kata Anwar.

4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN.

"Kerana kebodohan pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.

Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim.

4.10 PM: AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak sampai tertunggeng".

Najib kata mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu.

"Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.

4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno tumbang.

4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.

3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".

"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan kepada Anwar.

3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".

Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.

"Himpunan ini adalh jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".

"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.

3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia.

Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan.

3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap.

"Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan.

Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun.

3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba.

3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST.

"GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil pengajaran atau tidak?

"Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya 3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.

Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST.

3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST.

3.20 PM: Pengerusi Majlis, Chegu Bard menyatakan himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar dan akan diisi dengan program oleh penganjur.

3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya.

Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI.

3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini.

Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi.

Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu.

3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat bangkit utk tolak umno BN, bukan shj menentang gst tetapi kita tentang seluruh dasar zalim yg menekan rakyat.

"Umno mendakwa mereka mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar dikecualikan dari cukai...Najib kena jawab," kata beliau.

3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika gst ini dilaksanakan.

"Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya.

3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana hendak tolak gst, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita berhimpun untuk tentang gst yang zalim, menindas rakyat. Kita akn tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan gst. Kita akan tentang mereka pada pru14 nanti.

2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu memberi ucapan. Beliau berkata peserta tidak akan masuk ke padang, tetapi akan penuhkan jalan raya di sini, dan meminta peserta menunjukkan disiplin.

Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi.

"Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya.

2.50 PM: Lebih 40,000 dianggar sudah memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum tiba termasuk kumpulan dari KLCC.

2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada produk pelancongan.

"Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya.

2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.

2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.

2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.

Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.

2.40 PM: Dj Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan Suhaizan, Mahfuz, Khalid Samad serta Azmin Ali berada di atas lori.

Mereka dijangka antara pimpinan utama yang akan berucap.

2.36 PM: Kumpulan dari Masjid Negara juga tiba di Jalan Raja Dataran Merdeka sebentar tadi.

2.35 PM: Kumpulan peserta yang berarak dari Sogo mula tiba di Dataran Merdeka.

Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rakmah dipenuhi dengan lautan peserta.

2.16pm Masjid Negara - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor.

Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.

Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, dan Dataran Maybank kini mencecah 10,000 orang.

2.06 PM: Di Dataran Maybank, lebih 5,000 peserta berada di sini. Mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pelbagai pelekat mengandungi mesej bantahan dipamerkan peserta.

2.05 PM: Di Sogo, dianggarkan lebih 3,000 berada di sini.

Antara pemimpin yang ada di sini termasuk Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Sivarasa Rasiah dan Fuziah Salleh.

Sebahagian peserta dari sini sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack.

Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa.

Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah.

1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak.

Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain.

1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".

Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita,"
kata petugas Unit Amal itu.

Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".

Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.

Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.

"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

1.50 PM: Pelekat provakasi terus ditemui di kawasan Masjid Negara. Antara lain menyebut 'Hudud for all muslim and non muslim'.

1.45 PM: Di Masjid Jamek, sekumpulan anak muda mengenakan lilitan di kepala sebagai tanda bantahan terhadap GST. Kedengaran juga bunyi tiupan Vuvuzela sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.40 PM: Jalan menuju ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek mula sesak. Peserta dari sini meula bergerak ke Jalan Raja.

1.35 PM: Di Masjid Negara, beberapa pemimpin muda berucap. Mengarahkan peserta berkumpul dan menunggu rakan-rakan lain tiba sebelum bergerak ke Jalan Raja.

1.30 PM: Di Masjid Jamek, orang ramai terpaksa bersolat Zohor di kaki lima masjid ekoran ruang dalam masjid penuh. Orang ramai mula berkumpul di sini sejak jam 12 tengahari tadi.

1.18 PM: Kelihatan pasukan Unit Amal PAS, yang terkenal dengan jolokan tentera merah, mengambil lokasi masing-masing di sekitar Dataran Merdeka yang menjadi tempat utama Himpunan Turun 501 hari ini.

Mereka diberi tanggungjawab berkerjasama dengan pihak polis dalam menjaga keselamatan peserta himpunan hari ini.

1.15 PM: Sebahagian peserta dilihat memenuhi setesen komuter dan LRT menuju ke kawasan perkumpulan sebelum menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka.

1.13 PM: Laungan Azan berkumandang di Masjid Negara, peserta dengan berpakaian merah dilihat mula bersiap untuk solat zohor.

1.10 PM: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham) membuka bilik gerakan sempena himpunan kali ini.

Sebarang kes tangkapan dan provokasi boleh dilaporkan ke nombor 011-23517748 dan 011-23517743. Sertakan Nama , No Kad Pengenalan, Tarik dan Masa tangkapan dan balai yang ditahan.

1.05 PM: Dewan Ulamak PAS Pusat memaklumkan lebih kurang 63 orang ulamak dan ustaz dari dewan itu menyertai himpunan hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua pasukan kepimpinan ulamak berhimpun di Masjid Negara.

Mereka kini sedang diberi taklimat untuk pergerakan ke Jalan Raja.

Mereka akan bergerak ke Jalan Raja, Datan Merdeka sejurus selesai solat Zohor.

1.00 PM Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.

Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang.

Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.

1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah.

1.00 PM: Peserta himpunan mula memenuhi kawasan pra perhimpunan yang ditetapkan penganjur iaitu termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Peserta yang beragama Islam dilihat sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat zohor.

Penganjur menasihatkan Orang ramai yang mahu meyertai himpunan ini menggunakan pengangkutan awam.