20 Nov 2013

Kesatuan Eropah Selar Media Burukkan Ikhwan

Bernardino Leon Gross, utusan khas Kesatuan Eropah untuk Afrika Utara memandang berat sikap penguasa kudeta Mesir yang ketika ini memperlakukan Ikhwanul Muslimin sebagai syaitan, atau menunjukkan kepada awam bahawa Ikhwan adalah kelompok yang sangat buruk.

Hal itu disampaikanya pada sebuah persidangan di Maghribi, Jumaat (15/11/2013) yang lalu.

Menurutnya, Ikhwan tidak ada niat untuk merubah politiknya menjadi kelompok diktator tatkala berkuasa.

Demikian tegasnya di dalam konferensi di Maghribi itu.

Presiden Mursi saat itu hendak mengakomodasi semua kalangan. Bahkan Kesartuan Eropah sempat menawarkan bantuan sebesar 5.5 juta Euro kepada Mesir jika Presiden Mursi mengakomodasi semua kekuatan politik, menghormati perlembagaan, dan menjalankan pilihanraya umum.

Oleh kerana itu, Leon mengajak semua pihak, terutama media, untuk tidak menyebarkan kebencian terhadap Ikhwan, menganggap mereka sebagai syaitan, sedangkan memuji yang lain kononnya mereka sebagai malaikat belaka. -sumber asal:ikhwanonline

Gadis Mualaf Maut Disyaki Didera Keluarga Angkat

Langkawi: Seorang gadis mualaf yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.

Gambar: Seorang anak lelaki suspek memberitahu tidak ada gambar mangsa kerana "semuanya telah dibawa ke balai". Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.

Berdasarkan laporan, polis mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru pada tubuh mayat mangsa, menguatkan dakwaan bahawa mangsa didera sehingga mati oleh ibubapa angkatnya.

Menurut jiran terdekat, ibu bapa angkat mangsa berketurunan India Muslim yang merupakan suspek utama telah ditahan reman pihak polis selama 7 hari untuk membantu siasatan.

Difahamkan mangsa, Nur Salina Abdullah, 18 tahun tinggal bersama keluarga angkatnya sejak berusia 4 tahun dan memeluk islam sejak setahun lepas.

Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan terbabit. -astro awani


"imej Anjing": PAS Jamin Untuk Siasat

PAS akan menyiasat kejadian itu di mana muka calon ketua pemuda Zulhazmi Shariff telah disunting menjadi 'imej anjing' dan diedarkan secara meluas di Facebook, demikian ujar setiausaha agung Mustafa Ali.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Mustafa berkata, mereka mahu memberi tumpuan kepada pemilihan parti sebelum meneruskan dengan siasatan.

Mustafa berkata, beliau telah memberi jaminan Zulhazmi bahawa PAS akan menjalankan siasatan dan menasihati beliau supaya tidak membuat laporan polis, freemalaysiatoday dipetik.

Beliau juga berkata bahawa PAS mempunyai sendiri pakar IT mereka untuk menjalankan siasatan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan hal tersebut," katanya.

"Saya tidak pasti sama ada yang melakukan itu adalah ahli PAS atau tidak, tetapi sudah tentu orang yang terlibat perlu menghadapi akibatnya. Mari kita menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Mustafa berkata semua persiapan untuk muktamar PAS ke-59 minggu ini telah selesai.

"Setakat ini tidak ada aduan atau apa-apa dari mana-mana calon," kata beliau. Mustafa berkata bagi jawatan timbalan dan ke atas, calon-calon boleh memilih untuk mempunyai wakil mereka sendiri masing-masing untuk memantau pilihan raya.

" Wakil mesti menjadi ahli PAS, " dalam mengulangi mata beliau.

Mustafa berkata pilihan raya bagi jawatan Ketua Pemuda dan Muslimah akan diadakan di Pusat Sivik PJ dan Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam , masing-masing pada hari Khamis.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan kepimpinan pusat PAS akan diadakan di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada hari Jumaat. "Saya harap pemilihan akan berjalan lancar."


Politik PAS ibadat, tak buat kerja anjing


PAS ditubuhkan untuk menjadikan politik satu ibadat, tidak membuat kerja anjing seperti yang dimomokkan oleh satu poster sebuah Facebook betapa gambar seorang calon Ketua Dewan Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif digantikan dengan gambar kepala anjing. Sedang dua calon lagi Suhaizan Kayat dan Kamaruzzaman menggunakan gambar mereka sendiri.

Apa tujuan jahat di situ? Ia untuk mengatakan dalam PAS ada anjing. PAS adalah wadah suci bagi pejuang Islam. Ahlinya yang bukan Islam adalah penyokong perjuangan suci PAS. Semua ahlinya makluk manusia. Malaikat pun tiada, apa lagilah anjing.

Kalau ada manusia itu dikatakan anjing mungkin yang tidak berjanggut dan tak bermisai seperti logik jenaka yang pernah diibaratkan oleh Al-Marhum Haji Agus Salim, pelopor gerakan Islam Indonesia dan menteri luarnya yang awal.

Dia orang tua yang berjanggut dan bermisai. Semaoen, seorang tokoh awal Parti Komunis Indonesia dalam satu rapat umum mengejek Haji Agus Salim dengan bertanya orang ramai, ‘Yang berjanggut itu apa?’

Jawab orang ramai, ‘Kambing.’

‘Yang bermisai apa?’ Sambut orang ramai, ‘Kucing.’

Giliran Haji Agus Salim naik pentas. Diulangnya, ‘Yang berjanggut itu kambing. Yang bermisai itu kuncing.’ Tapi yang tidak berjanggut dan tidak bermisai itu apa? Jawabnya, anjing. Tokoh komunis itu memang tidak berjanggut dan tidak bermisai.

Tiada manusia yang menyamakan manusia lain dengan anjing atau lain-lain binatang kecuali fahaman agama Yahudi. Baginya yang bukan Yahudi adalah sama dengn binatang.

Maka yang menggantikan gambar Zulhazmi dengan anjing itu adalah orang boleh diibaratkan telah dijangkiti oleh pemikiran Yahudi.

Perbuatan nakal yang tidak bertempat itu wajar dikecam. Kalau ahli-ahli politik sekular yang rakuspun tidak manis dianjingkan, maka amat tidak beradab orang berjuang dalam Islam diibaratkan sebagai haiwan.

Ia tidak boleh dilihat sebagai ditujukan kepda calon Zulhazmi saja. Ia seperti juga menempelak PAS. Memperolokkan perjuangan PAS itu berciri anjing.

Dua calon lagi eloknya membuat kecaman terbuka terhadap orang menempelak Zulhazmi, sebagai tindakan simpati dan membela nilai insan sempurna Zulhazmi. Sekalipun Zulhazmi tidak hirau akan apa yang dihalakan kepadanya, tetapi kita tidak boleh terima pelapis pimpinan dan bakal pemimpin masa depan dijenaka dan disenda sebegitu.

Sekalipun kerenah sedemikian adalah asam garam bagi politik duniawi. Sesuai dengan justifikasi politik itu kotor, barang siapa yang tidak tahan dengan ujian dan kerenah sedemikan jangan dekati dunia politik, tetapi ia perlu dibetulkan bahawa politik itu asalnya adalah manis. Hanya manusia yang kotor saja yang mengotorkan dunia politik.

Politik itu adalah misi suci yang Allah khususkan buat makhluk manusia. Manusia itu dijadikan untuk mengambil tanggungjawab politik di bumi sebagai satu ibadat. Ibadat itu tidak jadi tanggungjwab jin, malaikat dan lain-lain makhluk. Ia khusus tanggungjawab dan amanah buat manusia.

Maka manusia yang mukminlah mesti mendepaninya bagi menjamin politik itu adalah barang suci. Ketiga-tiga calon ketua Dewan Pemuda PAS itu adalah dalam misi mengisi ibadat polilltik yang manis dan bersih itu.

Yang cuba menganjingkan kerja-kerja mulia itu adalah gejala yang mahu menjauhkan pejuang suci di arena itu, supaya dunia itu dikekalkan dengan arena yang kotor. Ayuh! Mereka mesti maju supaya politik kita bebas dari yang cemar, bagi memastikan ia sentiasa bersih dan manis. Bukan yang menyalak.
- Subky Latif/HD


Suspek Kes Bunuh Pegawai AMBANK Didakwa Di Mahkamah, Isteri Dipenjara

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Ardi Hamza (tengah) yang ditahan pada 10 November di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor didakwa di Makhamah Seksyen Petaling Jaya, Selasa. Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000. -fotoBERNAMA

Petaling jaya: Seorang pengawal keselamatan warga Indonesia didakwa di mahkamah Majistret di sini berhubung pembunuhan pegawai AmBank, Norazlita Abdul Talib.

La Ode Rasila Ardi, 36, dituduh membunuh Norazlita di cawangan AmBank di USJ Sentral, Subang Jaya antara pukul 6 - 6.30 petang pada 23 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

La Ode juga menghadapi tuduhan kedua melakukan kesalahan yang rompakan dan didakwa melepaskan tembakan dari 'pumpgun' dengan niat untuk membunuh Norazlita ', kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan walaupun tidak menyebabkan kecederaan.

Tertuduh mengangguk kepalanya apabila ditanya jika dia memahami tuduhan terhadapnya.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan mengarahkan pemindahan segera kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan pemindahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azari Harun.

Tertuduh tidak diwakili peguam. -mstar


Isteri La Ode dipenjara 6 bulan tinggal lebih masa


PETALING JAYA - Isteri pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh pegawai Ambank Subang Jaya, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, juga warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lepas, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Helpia didakwa tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan memohon hukuman ringan, Helpia yang tidak bekerja memberitahu dia mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia.

La Ode Ardi Rasila, 36, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.

Sementara itu, enam lagi rakan senegara La Ode masing-masing mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan termasuk menggunakan kad pengenalan palsu, memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.

Tiga daripada mereka iaitu La Saudi, 32, La Samuri, 35, dan La Epo (tiada umur) masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana esalahan tinggal lebih masa.

Dua lagi iaitu Sofiah (tiada umur) dan Maimunah, 35, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan tinggal lebih masa manakala Lauto Lauli, 33, dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan memasuki negara ini tanpa dokumen.

Seorang lagi rakan La ode, iaitu La Polo, 28, yang juga pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah sama kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan pesalah (La Ode) daripada seksaan.

Elina memerintahkan La Polo menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan bagi kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pondok Pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn Bhd, Wisma Kok, Lot 766, Jalan Subang 4, Off Persiaran Subang, Subang Jaya di sini pada 4.30 petang 24 Oktober lepas.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, La Polo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan curang memiliki harta rompakan iaitu wang tunai RM21,800 milik Ambank pada tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan La Polo diikat jamin dan menetapkan 19 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala di Mahkamah Sesyen, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
- Bernama


19 Nov 2013

Ibrahim Ali Selesai Jalani Penjara Sehari, Akan Buat Rayuan Esok

Datuk Ibrahim Ali (tengah) bebas selepas menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM20,000. Gambar The Malaysian Insider, 19 November, 2013.

Ibrahim Ali bebas, akan buat rayuan esok untuk bersihkan namanya

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menghabiskan sehari di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menjalani hukuman penjara sehari kerana menghina mahkamah.

Sebaik saja dibebaskan, Ibrahim mendakwa mahkamah salah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas beliau kerana menghina mahkamah.

Ibrahim telah dibebaskan selepas sehari ditahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur dan dibebaskan apabila tamatnya waktu bekerja hari ini dan membayar denda RM20,000 yang dikenakan ke atas beliau.

Ibrahim menegaskan dia tidak bersalah kerana dia bukan pihak yang bertanggungjawab terhadap tulisan yang didapati menghina kehakiman itu.

Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah hari ini.

Ini berikutan penyiaran satu rencana dalam laman web Perkasa oleh blogger Zainudin Salleh yang didapati merosakkan reputasi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V. T. Singham.

Singham merupakan hakim dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara juga hari ini menjatuhkan hukuman empat minggu penjara ke atas Zainuddin.

Dalam pada itu, Ibrahim akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan namanya.

Ibrahim yang mengenakan kot dan berseluar hitam itu meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tepat jam 5.08 petang tadi setelah dikenakan perintah untuk berada dalam kompleks mahkamah sepanjang hari ini.

"Saya akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan nama saya setelah artikel itu dipertanggungjawabkan atas nama saya sendiri.

"Artikel itu disiarkan oleh Zainudin atas nama Media Perkasa malah saya sendiri tidak mengetahui kata laluan ke blog itu. Saya anggap diri saya tidak bersalah namun saya menerima keputusan mahkamah hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa menikmati minum petang di kafeteria mahkamah.

Namun begitu, Ibrahim tidak kesal dengan penahanan sebegini kerana ia bukan perkara baru bagi beliau.

Kata Presiden Perkasa itu, dia hanya mangsa keadaan ekoran tersiarnya tulisan di dalam laman Perkasa.

"Penahanan ini bukan perkara baru bagi saya. Saya mangsa keadaan. Saya dijatuhkan hukum atas kesalahan yang saya tidak buat.

"Artikel oleh Zainudin. Mengkritik mahkamah dan hakim atas isu Anwar saman Utusan. Dia tulis dalam blog dia. Nama dia. Kemudian dia muatkan artikel itu dalam laman web Perkasa.

"Laman web itu didaftar atas nama dia sendiri. Tiada kena-mengena dengan saya. Apa pasal saya dihukum?" kata Ibrahim sambil minum teh tarik di kantin mahkamah. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Ibrahim Ali & Blogger Perkasa Dihukum Penjara Berkuatkuasa Hari Ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita. -mk


Ibrahim Ali guilty of contempt, jailed a day


PETALING JAYA: Perkasa president Ibrahim Ali was today found guilty of contempt of court over his NGO’s attack on Justice VT Singham early this year.

Justice John Louis O’Hara sentenced him to one day jail and RM20,000 fine.

On Jan 8, Perkasa published an article penned by Zainuddin Salleh, which questioned Singham’s impartiality, his past judgments and also insinuated on his sexuality.

Zainuddin launched the attack against Singham as the latter was the presiding judge in the RM50 million defamation suit filed by Opposition Leader Anwar Ibrahim against Utusan Malaysia.

Speaking on the matter, PKR lawyer Latheefa Koya said that they brought a committal proceedings against Ibrahim and article’s author for defaming Singham while the defamation suit was on-going.

“And today, Justice John Louis O’Hara found Ibrahim and Zainuddin guilty of contempt,” she said.

Zainuddin meanwhile was slapped with a four weeks jail term.

PKR legal counsel R Sivarasa said that in his verdict, Justice O’Hara described Perkasa’s outburst against Singham as an attack on judiciary’s integrity.

“O’Hara also said the criticism was very serious and scandalised the judiciary. On top of that, he also said that Perkasa was attempting to influence the outcome of the defamation suit by launching a personal attack against Singham,” said the Subang MP.

On why Ibrahim was also punished, Sivarasa said that the judge did not see the Perkasa chief distancing himself from the article published in his NGO’s website.

“The article was published on his NGO’s website. In addition, Ibrahim did not distance himself from the post and he did not take steps to remove the article,” said Sivarasa.

Meanwhile, Ibrahim’s lawyer Adnan Seman said that his client would be appealing against the sentencing, claiming that the former had no link to the website.

“It is not Perkasa’s official website and Ibrahim did not come up with the content. My client didn’t know about the content neither when it was produced.” he said.
-FMT


[VIDEO] Ada Apa Di Villa Nabila?


Villa berhantu” di Johor Bahru jadi perbincangan hangat pengguna Internet

Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata pengguna laman sosial Facebook hari ini.

Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari semalam hingga ke hari ini.

Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.

Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa tersebut dinafikan polis, pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba disembunyikan pihak berkuasa.

"Apa sebenarnya cerita #VillaNabila ni? @TwtICYM ada tweetpic gambar2 tu semua gambar betul ke? BUKAN SEORANG SAJA YANG 'DISOROK' katanya." kata pengguna twitter @CikHaf.

"@Hannis Chan: Media massa kata seorang je yang hilang. Hal ini kerana media massa tak nak memperbesarkan cerita, atas sebab2 tertentu," kata seorang lagi pengguna Twitter.

Satu laman Facebook "Misteri Villa Nabila di Johor Bahru" yang dibangunkan mendapat 48,920 tanda suka oleh pengguna Internet dalam masa hanya semalaman.

Terdapat enam versi cerita mengenai Villa Nabila yang tidak berpenghuni selama 40 tahun antaranya Nabila yang merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya dibunuh oleh orang gajinya.

Versi lain pula menyatakan Villa Nabila itu asalnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat.

Anak ahli perniagaan yang bernama Nabila akhirnya dibunuh kerana keengganan bapanya membahagikan kan harta kepada adik beradiknya lain menyebabkan villa itu akhirnya terbiar tidak berpenghuni.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh hari ini berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.

Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.

Turut dilaporkan kawasan luar vila tersebut kini dipenuhi dengan kehadiran orang ramai. -TMI

Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang



JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.

Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Pelbagai versi kehilangan

Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.

Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.

“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya. Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.

Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.

Villa Nabila lokasi misteri

Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.

Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.

Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.

Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur. Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.

Orang ramai teruja tinjau lokasi

Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk.
-SH


ULASAN GB

Hmmm tempat budak-budak remaja buat maksiat dikatanya berhantu... memang berhantu sebab syaitan-syaitan muda jantan betina lepak di situ...



Kempen Melampaui Batas: PAS Perlu Tegas Ambil Tindakan


Pensyarah disiasat kerana cerca pemimpin PAS dalam kempen

Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.

Dalam majlis Liqa' Fikri (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.

"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Selain kes di Perak itu, Jawatankuasa Pemilihan PAS juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat terhadap calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

Dalam poster yang disebar luas dalam Facebook itu, muka Zulhazmi diletakkan gambar anjing bersama muka dua lagi calon ketua pemuda iaitu Suhaizan Kayat dan Kamaruzaman Mohamad.

"Kita sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika mempunyai bukti kita akan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk bertindak ke atas orang berkenaan," kata Asmuni.

Selain kedua-dua kes itu, jawatankuasa yang dipimpin Asmuni itu juga menerima lima lagi aduan daripada pelbagai pihak dalam PAS yang membuat aduan tentang perjalanan kempen menjelang Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini.

Sebelum ini, Asmuni dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Ini termasuklah pelanggaran peraturan yang melibatkan persaingan tidak sihat seperti terdapatnya unsur sabotaj bagi menjatuhkan calon lain. _TMI


Kempen pemilihan Pas bermula dengan kotor



SHAH ALAM – Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.

Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.

Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.

Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.

“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” katanya.

Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

“Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.

“Perlu diingatkan bukan saja hala tuju parti kita terletak di tangan para perwakilan sekalian namun kekuatan ummah atau umat Melayu Islam juga terletak kepada keputusan yang kita buat dalam muktamar ini,” katanya sambil menyifatkan satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam.

Kempen itu jelas menyalahi peraturan pemilihan Pas kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk beberapa garis panduan parti itu.

Antaranya ahli Pas dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli Pas supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli Pas.
-SH 10 Nov 2013


ULASAN GB

Sungguh keterlaluan dan melampau batas.

Ia sekaligus menguji kewibawaan Jawatankuasa Pemilihan PAS dan Lembaga Disiplin PAS untuk mengambil tindakan ke atas pihak tersebut SEKALIPUN mereka mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.

Kegagalan untuk mengesan dan mengambil sebarang tindakan ke atas mereka akan menyebabkan parti akan musnah hasil dari mereka selama ini yang telah lama dilihat esu dan tidak bermaya di dalam mendisiplinkan ahli-ahli di dalam organisasi PAS.

Hadkan Jangkahayat Kereta: Rakyat Dipaksa Beli Kereta Baru?


Setelah gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi

Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli, ahli Parlimen Pandan.

Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.

Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.


Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.

"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.

Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.

"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.

"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. -TMI


Pakatan tolak had jangka hayat, desak turun harga kereta terlebih dahulu


Pakatan Rakyat hari ini menolak rancangan pelaksanaan oleh Putrajaya untuk mengehadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP), Zairil Khir Johari menyifatkan cadangan tersebut tidak sesuai dilaksanakan ketika ini tatkala harga kereta di Malaysia masih lagi tinggi dan soal kemampuan rakyat Malaysia membeli kereta baru.

"Sebenarnya daripada segi polisi adalah baik tetapi cuma keadaan semasa ketika ini bagi saya ia tidak sepatutnya dilaksanakan.

"Hal ini disebabkan kerana harga kereta di Malaysia masih lagi tinggi dan soalnya adakah orang ramai mampu untuk membeli kereta baru jika ia dilaksanakan,"
kata Zairil ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini bagi mengulas isu tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi baru-baru ini berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat pertimbangan teliti untuk menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon mendedahkan bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga membuat bantahan terhadap langkah kerajaan itu sebelum ini.

Menurut Zairil, langkah tersebut dilihat bakal membebankan rakyat kerana sudah pun terpaksa berhutang lama dan kemudiaannya terpaksa berhutang lagi apabila terpaksa menuruti peraturan baru yang ingin dilaksanakan kerajaan.

"Kalau perbandingan dengan harga kereta di negara lain, kebanyakan negara dimana rakyat membeli kereta sudah habis bayar dalam tempoh dua ke tiga tahun. Malah di Filipina, paling lama pun rakyatnya membayar habis kereta yang dibeli adalah lima tahun.

"Tapi di Malaysia disebabkan harga kereta yang mahal, rakyat terpaksa berhutang selama 7 hingga 9 tahun untuk melangsaikan hutang sepenuhnya," terang pemimpin DAP itu lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membidas langkah tersebut sebagai tidak adil kerana membebani rakyat dan sepatutnya kerajaan terlebih dahulu mengurangkan dahulu duti eksais/import serta menurunkan harga kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

"Saya fikir ini satu tindakan yang tidak adil kepada rakyat kerana cukai eksais dan import masih tinggi, harga kereta juga masih tinggi


"Kerajaan sepatutnya memikirkan tentang kemampuan rakyat terlebih dahulu kerana ini hanya membebaskan rakyat ketika harga kereta lama tidak bernilai, mereka tidak mampu untuk membeli kereta baru," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz juga menyifatkan kerajaan tidak lagi memikirkan tentang kepentingan rakyat sebaliknya mencari cara untuk menambah beban kepada rakyat sahaja.

"Kerajaan kenalah berlaku adil, sekarang ini nampaknya kerajaan nak dapatkan hasil dan pendapatan sahaja tapi bukannya berfikir untuk meringankan beban rakyat.

"Langkah ini hanya akan membebankan lagi rakyat yang sudah tersedia dibebani dengan kenaikkan kos sara hidup harian," tegasnya lagi.

Sementara itu, Rafizi juga mengulas mengenai isu sama, menyifatkannya sebagai satu lagi langkah yang akan menambah hutang isi rumah yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos sara hidup seharian.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata hli Parlimen Pandan tersebut.

Menurut Rafizi, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.


"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus," katanya.

Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Bagi Zairil, rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menggunakan kereta untuk tempoh yang lama memandangkan sistem pengangkutan awam negara yang masih lagi buruk.

Beliau sebaliknya menggesa kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di dalam negara terlebih dahulu sebelum mengambil langkah drastik untuk menghadkan jangka hayat kereta.

"Langkah tersebut dilihat tidak praktikal kerana ketika ini sistem pengangkutan awam negara masih lagi tidak baik dan menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan kereta yang berusia lamanya untuk tugasan harian.

"Apa yang sepatutnya kerajaan buat ketika ini adalah perbaiki dahulu sistem pengangkutan negara sebelum melaksanakannya," tegas Zairil lagi.

September lalu, akhbar perniagaan mendedahkan laporan harga kereta di Malaysia antara kedua tertinggi daripada 10 negara lain di dunia jika dibandingkan dengan negara lain, merujuk kepada laporan automobil Amerika Syarikat, Jalopnik.

Jalopnik dalam laporan di webnya mendedahkan Singapura dan Malaysia berkongsi kedudukan di ranking kedua harga kereta tertinggi, diikuti negara Indonesia, Nicaragua, China, Brazil, United Kingdom, St Kitts dan Nevis, Korea Utara dan Cuba.

Malahan, Pakatan juga sebelum ini dalam manifesto semasa piliihan raya umum ke-13 turut berjanji akan menurunkan harga kereta sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.
–TMI


18 Nov 2013

Rahsia Presiden Mursi Didedahkan Bekas Perdana Menterinya

Kaherah - Hisyam Qandil adalah perdana menteri pada masa pemerintahan Presiden Mursi. Beliau mengundurkan diri ketika berlakunya kudeta tentera 3 Julai 2013 yang lalu.

Kelmarin, Sabtu (16/11/2013), beliau menyampaikan satu pesanan melalui rakaman video yang disiarkan melalui lamanweb youtube. Beliau memilih cara ini, menyampaikan pesanan secara terbuka dengan rakaman video, tidak di depan pihak tertentu saja, karena beliau ingin isi pesanan ini sampai kepada seluruh rakyat Mesir. Baik yang mendukung ataupun yang menentang Presiden Mursi.

Qandil menyampaikan pesanan ini sebagai tanggung jawabnya kepada sejarah, dan demi menyelamatkan Mesir dari kehancuran dan pertumpahan darah.

Pesanan ini dibagi dua bahagian. Bahagian pertama, bagaimana sebenarnya sikap dan kebijakan Presiden Mursi dalam krisis politik yang terjadi di Mesir saat ini. bahagian kedua, usulan penyelesaian krisis di Mesir saat ini.

Tentang sikap Presiden Mursi, dalam mengambil semua keputusannya, Presiden Mursi selalu mendahulukan dan menjadikan Mesir dengan semua elemennya sebagai pertimbangan. Bukan kelompok atau bahagian tertentu, tapi seluruh Mesir.

Presiden Mursi juga sangat memperhatikan bagaimana melanjutkan dan menyempurnakan hasil-hasil Revolusi Januari 2011, dan bagaimana menyempurnakan lembaga-lembaga yang diperlukan dalam kehidupan berdemokrasi.?

Beliau sangat memperhatikan selamatnya kehidupan seluruh rakyat Mesir, dan sangat prihatin apabila berlaku persengketaan dan pertumpahan darah.

Untuk itu beliau berfikir keras bagaimana mempercepat kejayaan pembangunan di seluruh bidang kehidupan. Pegangan Presiden Mursi dalam pembangunan adalah bahwa Mesir harus mempunyai kedaulatan dan kehendak yang merdeka. Terutama dalam hal makanan, obat-obatan dan kesehatan.

Pada tahun ini, sebenarnya beliau sangat memikirkan bagaimana seluruh pihak dan kekuatan politik dapat turut serta di dalam pengambilan keputusan. Beliau mengajak dan mengundang semuanya. Tapi berkali-kali pihak-pihak tersebut menolak bekerja sama dengan Presiden Mursi. Bahkan mereka berusaha menggagalkan kerja Presiden Mursi, dan menghancurkan hasil kerja keras yang selama ini beliau lakukan. Jadi sikap Presiden Mursi sama sekali berbeda dengan yang dipublikasikan media, bahwa beliau ingin mengambil semua bahagian dan dilakukan sendirian, atau yang disebut dengan diktatorisme dalam mengambil keputusan.

Aku ingin bersaksi tentang apa yang dikatakan oleh Presiden Mursi kepada As-Sisi pada tanggal 2 Julai 2013. Saat itu beliau berpesan agar As-Sisi menjaga dan melindungi keutuhan tentera Mesir, demi rakyat Mesir, bangsa Arab, dan umat Islam.

Presiden Mursi sama sekali tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi pada tubuh militer, apa pernyataan yang disiapkan, disembunyikan, dan akan dikeluarkan militer pada hari-hari berikutnya. Beliau tidak mengetahui bahwa militer akan mengambil sikap yang memihak kelompok tertentu dalam krisis saat itu. Bahawa militer bahkan malah menambah rumit dan kacau kondisi krisis politik, tidak menghadirkan ketenangan bagi rakyat Mesir.

Berkenaan dengan referendum tentang kelangsungan kekuasaannya, sebenarnya Presiden Mursi bersikap menerima saja. Namun beliau memandang bahwa referendum sebaiknya dilakukan setelah selesai pemilu legislatif yang rencananya akan dilaksanakan pada bulan September 2013. Baru setelah itu dibentuk kabinet, sehingga tidak ada kekosongan negara atau kekuatiran terancamnya proses demokrasi yang sedang dijalankan. Kerana proses demokrasi adalah hasil kerja keras seluruh rakyat Mesir, melalui dua kali referendum dan dua kali pilihanraya umum.

Namun saat itu pihak-pihak tertentu memaksakan diadakannya referendum dua minggu lagi setelah tanggal 30 Julai 2013. Hal ini ditolak Presiden Mursi kerana suasana ketika itu sungguh panas dan mencengkam sehingga mustahil akan terlaksana referendumm yang bersih dan bebas. Kalau referendum itu dipaksakan maka yang akan terjadi adalah pengesahan terjadinya kudeta militer saat itu.

Presiden Mursi pada tanggal 2 Julai menyampaikan usulan penyelesaian krisis politik saat itu. Usulan beliau sangat lengkap. Tapi usulan tersebut ditolak. As-Sisi berkeras mengambil alih kekuasaan, dan ternyata road map yang disampaikan As-Sisi pun sama persis dengan usulan Presiden Mursi. Hanya ada dua poin yang berbeza, yaitu penggulingan Presiden dan pembekuan konstitusi. Dari sini jelas arah yang diinginkan oposisi dan militer saat itu.

Sumber Asal: dakwatuna

Nak Sertai PAS Semula: Hassan Ali Menderita "Sakit Jiwa"?


Hasan sedia sertai Pas semula

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

“Seterusnya ialah tentang PR itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR.

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad ketika diminta mengulas kesediaan Hasan itu, beliau berkata, tiada masalah untuk Pas menerimanya semula sekiranya beliau benar-benar memahami perjuangan parti itu yang meletakkan Islam yang teratas.

“Jika dia (Hasan) kata akan pertimbangkan kembali kepada Pas jika kita perjuangkan Islam, Melayu, institusi diraja dan Perlembagaan bagi saya itu alasan yang tiada kekuatan.

“Apa yang penting, jangan letakkan Melayu, raja, dan agama setaraf kerana Islam lebih penting dari segalanya-galanya kerana kedudukan Melayu dan raja itu perlu dibela dari sudut dan kehendak Islam.

“Kalau Hasan boleh memahami ini dan meletakkan keadilan Islam sebagai yang terpenting maka kita tiada masalah tetapi jika ia diperjuangkan dalam konteks yang tidak selari dengan tuntutan Islam, itu sebabnya dia menghadapi masalah dengan Pas,” katanya.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula berkata, pendirian Hasan itu sebenarnya membawa banyak mesej antaranya mahukan Pas kembali ke jalan yang benar jika keluar berpisah daripada DAP.

Dakwanya, Pas dilihat kurang memperjuangkan Islam contohnya seperti isu kalimah ALLAH, azan dan hukum hudud.

“Pada pendapat saya, selagi Pas ada dalam kelompok DAP, parti itu sukar untuk melaksanakan perjuangannya yang dikatakan berlandaskan Islam itu,” katanya. -SH

ULASAN GB

Kata Hassan Ali dipetik:

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Di dalam posting sebelum ini, Hassan Ali telah menamakan "parasit" yang dimaksudkan itu ialah golongan profesyenal yang ada di dalam PAS.

Dan beliau kini menyatakan golongan parasit ini yang berusaha untuk menjatuhkan "perjuangan asal".

Saya tertarik dengan ungkapan "perjuangan asal" yang disebut olehnya. Apakah Hassan ALi tahu dan mengerti apa sebenarnya "perjuangan asal" PAS? Apakah beliau berada di kalangan mereka yang sama-sama menubuhkan PAS sehingga menyatakan "perjuangan asal" PAS itu telah dikhianati?

Benar, dakwaan beliau di atas ternyata terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’, dan yang terbukti parasit, mengikut hukum kebenaran dan keadilan yang telah berjalan, parasit yang dimaksudkan itu ialah beliau sendiri. Beliau yang telah dipecat dari parti.

Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan:

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!




Seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur.

Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Tidak timbul soal ulama atau profesyenal di dalam memilih pemimpin jika kita teliti hadith di atas.

Akui atau tidak, Hassan Ali kini sedang menderita... bukan jasad, tetapi jiwanya yang menderita. Menderita kerana sudah tidak berada di dalam jemaah PAS lagi. Jiwa Islami apabila tidak lagi menerima pengakuan sebagai ahli jemaah akan mengalami penderitaan yang parah. Mereka yang sudah terbiasa hidup di dalam lingkungan jemaah dengan aktiviti-aktiviti seperti usrah, tarbiyah dan seumpamanya akan mengerti apa yang GB cuba sampaikan ini.

Jika Hassan Ali ikhlas dan jujur di dalam perjuangannya, besar kemungkinan hari ini beliau adalah diantara pemimpin PAS Selangor yang paling kanan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

Tujuan GB menulis entri ini bukan untuk menghenyak orang yang telah jatuh, tetapi ingin menarik perhatian tentang perlunya seseorang ahli jemaah untuk berlaku "ikhlas dan jujur" (sincerity & honesty) di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Namun demikianlah "sibghah" (celupan) dan perancangan Allah... Hassan Ali kini sudah menjadi sejarah...

Untuk kembali ke dalam jemaah, tidak sukar, beliau perlu membersihkan "niatnya" semula dan niat itu letaknya di dalam "hati", bukan pada PhD yang dimiliki. Hati itulah yang perlu disucikan semula. InsyaAllah!

Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah?

Kami sokong ulama, kata Jati

PETALING JAYA: Kumpulan pembela Melayu dan Islam, Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kepimpinan ulama didalam parti PAS untuk muktamar pemilihan yang bakal berlangsung minggu depan.

Presiden Jati, Datuk Hassan Ali turut menempelak golongan profesional di dalam PAS yang menurut beliau adalah serpihan parasit yang cuba memecah-belahkan parti Islam itu.

Beliau turut berkata PAS pada saat ini sedang berada di persimpangan untuk memilih antara dua kelompok untuk menentukan hala tuju masa depan parti tersebut.

“Jati amat mengharapkan kelompok ulama akan terus menerajui PAS. Syukur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dan kami harap beberapa jawatan penting turut dimenangi oleh golongan ulama,”

“Kelompok profesional ini bagi saya adalah parasit yang cuba meruntuhkan asas perjuangan PAS selama ini,” beliau bertegas. Dalam pada itu, Hassan Ali berkata bahawa masanya juga telah tiba untuk PAS menimbang semula perjuangan meraka di dalam parti Pakatan Rakyat.

Beliau menambah bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS ketika piliharan raya umum yang lepas menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan besar undi orang Melayu ekoran penglibatan mereka bersama DAP dan PKR.

“Muktamar ini juga satu peluang besar untuk PAS menimbang semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat,”

“Jelas sokongan orang melayu sudah merosot kepada PAS kerana PAS sedang dilihat membawa dasar perjuangan liberal yang lari dari wadah perjuangan Islam,” Hassan menambah.

PAS lebih ke hadapan

Norman Toha yang juga Setiausaha Agung Jati pula yakin bahawa PAS akan lebih ke hadapan jika parti itu berpisah daripada Pakatan Rakyat.

Norman yang turut mengakui bahawa beliau adalah ahli sah PAS, menyoal parti itu yang dikatakan sedang menjadi alat kepada DAP dan PKR.

“PAS sudah mula lari daripada perjuangan, oleh sebab itu orang Melayu enggan mengundi PAS dan sekarang jelas PAS dilihat sebagai alat politik sahaja,” beliau menambah.

Turut diperkatakan adalah peranan beberapa individu didalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai gangguan untuk PAS memacu ideologi Islam yang menjadi asas penubuhan parti tersebut.

“Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara individu dalaman yang menggangu PAS. Boleh dikatakan mereka ini adalah gangguan dalaman dalam PAS,”

“PAS akan hidup semula jika kembali menjadi parti politik tunggal,”

Walaubagaimanapun, ketika disoal samada Hassan akan semula menyertai PAS, bekas ahli exco Selangor itu berkata bahawa beliau akan menimbangkan jika mendapat jemputan kepimpinan tertinggi parti tersebut tetapi turut berkata bahawa beliau harus berbincang bersama ahli Jati yang lain.

“Setakat ini tiada. Saya tidak menerima apa apa jemputan jikalau ada daripada kepimpinan tertinggi saya akan mempertimbangkan,”

“Tetapi saya harus berbincang bersama sama ahli Jati yang lain. Saya tidak rasa timbalan presiden Jati akan membenarkan saya untuk menyertai PAS,” kata beliau sambil berseloroh. -FMT


Timbalan presiden PAS: Sokongan Utusan “membawa rebah” kepada Mohd Amar?


Pertembungan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden PAS di antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat sebagai pertembungan di antara kumpulan anti ulama dan pro ulama walaupun ironinya, Mohamad dan rakan-rakannya dalam Pemuda pada tahun 1982 yang membawa usul kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

Mohamad kini dianggap sebagai mewakili golongan profesional atau Edorgan manakala Mohd Amar dikatakan mewakili suara golongan ulama.

Hari ini Mohamad umpama mendapat “vitamin tambahan” apabila akhbar milik Umno Utusan Malaysia memberikan sokongan terbuka kepada Mohd Amar bagi jawatan timbalan presiden PAS itu.

“Orang PAS ni siapa yang Utusan sokong mereka tolak,” kata seorang aktivis parti Islam itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

“Utusan Malaysia ni akhbar Umno, bila dia sokong, mesti ada agenda jahat,” katanya.

Dalam pemilihan PAS pada 2011, Utusan Malaysia memberikan sokongan kuat kepada Nasharudin Mat Isa dan bekas Timbalan Presiden PAS itu mendapat 224 undi, undi tercorot berbanding Mohamad (420 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399).

Dalam rencana yang ditulis pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar bertajuk “Memperkasa ulama dalam PAS”, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam heirarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu," kata beliau dalam tulisannya di Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Zukiflee turut mendakwa Mohamad yang dianggap sebagai “ayam sabung PAS” itu sudah menurun populariti dan kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramahnya semakin berkurangan.

“Jumlah kehadiran orang ramai pada ceramah beliau semakin menurun dan ada dalam kalangan pemimpin PAS sendiri berasa Mat Sabu sudah tidak relevan lagi untuk berada dalam barisan kepimpinan kanan PAS pusat apatah lagi timbalan presiden,” katanya.

Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon-calon lain yang layak Tuan Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya bertanding merebut jawatan naib presiden.

Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22 November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada gabungan itu.

Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutamanya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.

Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merupakan “penyokong kuat” Mohamad daripada PR walaupun tidak boleh mengundi dalam pemilihan PAS kali ini.

“Mat Sabu memainkan peranan positif dalam Pakatan Rakyat. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan,” kata Lim kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut Lim, beliau mula mengenali Mohamad secara rapat apabila kedua-duanya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting pada tahun 1987, semasa Operasi Lalang dilancarkan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi mengumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama Harun mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding.
– TMI 10 November, 2013.


ULASAN GB

GB tangguhkan seketika untuk membuat sebarang komen dan ulasan. Tunggu posting selepas ini. Stay tuned!

Laporan Peguam UK: Kudeta Mesir Telah Melakukan Jenayah Perang


Beberapa orang Peguam di UK telah menyatakan tentera Mesir dan kerajaan sementara negara itu telah melakukan jenayah kemanusiaan di dalam beberapa pertempuran sejak Presiden Mohamed Morsi digulingkan pada bulan Julai lalu, demikian lapor Al-Jazeera.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada hari Sabtu semalam, sepasukan peguam berprofil tinggi menyatakan pihak kudeta Mesir telah melakukan beberapa jenayah dan pencabulan hak asasi manusia.

Laporan ini mendokumentasikan hasil siasatan mereka yang telah dilakukan sejak bulan Ogos.

"Bukti yang telah dikumpulkan di dalam siasatan kami menunjukkan wujud kes prima facie bahawa jenayah berikut telah berlaku: pembunuhan, hukum penjara yang menyalahi undang-undang, penyiksaan, penindasan terhadap satu kumpulan yang dikenal pasti (IM), penghilangan paksa orang-orang serta lain-lain perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dengan sengaja menyebabkan kesengsaraan atau kecederaan yang serius ke atas tubuh, mental dan fizikal, " kata Tyab Ali, salah seorang peguam utama dalam kes ini.

Beliau berkata suspek utama tidak hanya melibatkan para askar tetapi termasukah pegawai-pegawai atasan pihak tentera.

Pasukan undang-undang, termasuklah peguam hak asasi manusia Michael Mansfield yang berpangkalan di UK, dan pakar undang-undang antarabangsa dari Afrika Selatan John Dugard, telah dilantik oleh sayap politik Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan & Keadilan (FJP), ahli-ahli Majlis Syura serta diketuai oleh sebuah firma undang-undang hak asasi manusia yang berpangkalan di London, Peguamcara ITN.

Rory Challands Al Jazeera, melaporkan dari Kaherah berkata pasukan undang-undang itu telah mencari apakah langkah seterusnya yang boleh dilakukan terhadap kes pencabulan hak asasi manusia berkenaan.

"Saluran yang dikenalpasti ialah berkemungkinan besarnya (dibawa ke) Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk melihat samada mereka bersedia untuk melakukan pendakwaan (terhadap mereka)," kata wartawan kami.

Media kerajaan Mesir melaporkan pada hari Sabtu bahawa panel hakim Mesir telah membuat satu cadangan yang tidak terikat kepada mahkamah pentadbiran, supaya FJP itu dibubarkan.

Terdahulu pada hari Sabtu, Ikhwan Muslimin yang dipimpin pakatan berkata ia bersedia untuk dialog kebangsaan untuk menamatkan kebuntuan politik yang melanda negara ini dan membunuh lebih daripada 1,000 orang, kebanyakannya penyokong Mursi, sejak 3 Julai lalu selepas pihak tentera bergerak menyuraikan para penunjuk perasaan.

Ikhwan Muslimin, selama beberapa dekad menjadi sebuah pergerakan bawah tanah yang tidak bersifat ganas, telah menafikan mendukung penggunaan kekerasan malah berkata pihak tentera yang sebenarnya telah melakukan kudeta dan yang telah menjejaskan iklim demokrasi yang telah berjalan selepas pemberontakan popular yang telah menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Ia masih belum dapat diketahui samaada pihak kerajaan atau pemimpin-pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin yang telah menolak secara terang-terangan sebarang dialog dan masih tetap menegaskan Mursi sebagai presiden yang sah, bersedia untuk berkompromi atau tidak. -aljazeera/terjemahan bebas: GB

17 Nov 2013

Tikus Sebesar Kucing Ditangkap Dalam Ops Tikus

Shah Alam: Tikus ‘sebesar’ kucing antara antara haiwan pembawa penyakit yang berjaya dikumpul penduduk sempena gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersil PJS9, Subang Jaya.

Ops Tikus yang diadakan di kawasan komersil PJS 9 Sunway bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 2 itu sebagai usaha mengurangkan populasi tikus dan mengatasi aduan berkaitan kekotoran disebabkan jangkitan penyakit bawaan tikus.

Menurut Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, Ops Tikus yang dijalankan hari ini di kawasan itu berjaya mengumpulkan sebanyak 44 ekor tikus.

Sebelum ini Ops Tikus turut dijalankan di kawasan komersil SS14, SS15, PJS 9, USJ 2 and Taipan.

“Pada tahun hadapan kita akan diadakan kawasan SS19/6,” kata Hannah.

Tahun lalu Ops Tikus DUN Subang berjaya mengumpulkan 571 ekor tikus bagi mengawal populasi haiwan itu daripada terus membiak dan memberikan ancaman kepada kesihatan masyarakat.


Program ini juga bertujuan memastikan persekitaran bersih dan selamat daripada penyakit bawaan tikus dan menggalakkan penglibatan orang awam supaya bekerjasama dengan pihak MPSJ dalam usaha mengurangkan populasi tikus sekali gus membanteras penyakit bawaan tikus.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah dengan meletakkan umpan beracun di kawasan komersial tersebut pada waktu malam sebelum kutipan dibuat.

Susulan aktiviti tersebut adalah aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat dan komuniti perniagaan untuk mengutip bangkai tikus.

Program tersebut juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan kawasan mereka bersih dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama sisa-sisa makanan yang boleh menjadi sumber makanan kepada tikus.

Pelupusan sisa makanan yang tidak sempurna dikesan antara punca utama pembiakan tikus berlaku di kawasan itu.

Pembuangan secara haram sisa binaan dan perabot lama juga memburukkan lagi keadaan di lorong belakang kedai yang menjadi tempat persembunyian haiwan ini. -selangorkini

Suspek Kes AMBANK Akan Didakwa Esok


Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 November di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan. - Bernama


Pengawal kejam wajah selamba


Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Suspek sebelum ini menggunakan nama dan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara dan mengaku membeli MyKad itu daripada seorang lelaki warga Indonesia yang berada di negara ini dengan harga tertentu.
– myMetro