8 Sep 2013

Kau Siapa KJ Nak Menyibuk Dalam Hal Pakatan Rakyat?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan mengingatkannya agar tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat (PR).

"Dia patut buat kerja dia dan lebih baik fokus kepada tugasnya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PR," katanya Anwar merujuk kepada kenyataan Khairy menggesa pembangkang mewujudkan kabinet bayangan.

Khairy dilihat menyuarakan pendapat sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berhubung perkara itu.

"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang daripada ahli Parlimen pihak mereka. Jadi jangan berdolak dalih lagi...namakan kabinet banyangan dalam masa terdekat," kata Khairy.

Kerajaan perpaduan

Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Anwar berkata kenyataan beliau disalah erti oleh pemimpin Umno, dan menambah beliau tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan.

Merujuk kepada Khairy, Anwar menegaskan "dia tidak baca perutusan Merdeka saya. Kenyataan saya merujuk kepada dialog.

"Saya hanya menyentuh empat isu, tadbir urus, jenayah, ekonomi, dan hubungan antara kaum,"katanya.

Selepas Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Benar ‘Naikkan’ Tambang


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan, kerajaan benarkan pengusaha bas ekspres mengenakan tambahan tambahan sebanyak 10% kepada penumpang sehingga kadar tambang baru dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada ‘kenaikan tambang’ bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya.

Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad ini 8 September.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tidak menaikkan tambang itu diambil walaupun harga petrol dan diesel telah meningkat sebanyak 20 sen seliter pada Selasa.

Menurut SPAD, keputusan itu diambil selepas meneliti kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.

SPAD kini dalam peringkat akhir mengkaji kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru itu tidak akan membebankan rakyat dan pengendali. -BO

[VIDEO] Umno Simpan Prasangka Serong Terhadap Ikhwan Muslimin


Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam.

Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan ‘nasihat perisikan’ itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan.

“Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi’ Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.

“Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.

“Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ petang semalam.

Mengikut tradisi, seseorang pemimpin berkedudukan tinggi dalam sesebuah negara dikunjungi pemimpin negara luar kecuali wujud masalah tertentu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menggalakkan wakil Ikhwan Muslimin bertemu dengan Umno bagi menerangkan kedudukan sebenar berlaku di Mesir.

Ketua Umum PKR itu berpendapat Ikhwan Muslimin tidak mampu menjalin hubungan rapat bersama Umno, berbeza seperti yang dilakukan PAS dan PKR. -selangorku




MB : Solidariti kemanusiaan merentasi perbezaan


Perbezaan bangsa dan budaya, kelainan pendapat dan fahaman politik tidak sewajarnya dijadikan penghalang untuk bersatu menentang kezaliman dan penindasan, tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengenepikan perbezaan dan turut sama membincangkan jalan penyelesaian kepada masalah umat khususnya tragedi pembunuhan rakyat di Mesir, Syria dan Palestin.

“Solidariti adalah penjelmaan rasa prihatin dan sikap tidak mementingkan diri, yang menjamin wujudnya kesejahteraan bersama,” tegas Abdul Khalid, dalam ucapan beliau yang menekankan dasar mempertahan dan mengembalikan hak dan kemuliaan sebagai manusia.

“Hal yang berlaku di Syria, Mesir, Palestin dan Burma menunjukkan manusia semakin hilang kemanusiaannya. Nyawa manusia tidak bernilai lagi. Orang awam, lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peluru, gas beracun dan senjata kimia,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Solidariti Kemanusiaan yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kepimpinan NGO Islam Malaysia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta lebih 5,000 hadirin.

“Meskipun kita tidak berupaya berada di barisan hadapan bagi mempertahankan nasib golongan yang tertindas, namun sekurang-kurangnya kita menunjukkan solidariti sebagai tanda simpati kita terhadap nasib mereka yang ditimpa musibah dan bencana,” ujar Abdul Khalid.

Program ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan kuliah perdana oleh Ustaz Jel Fathullah Al-Anshori yang dibawa khas dari Indonesia.

Seterusnya, program diteruskan dengan solat hajat dan Qunut Nazilah serta tayangan video ‘Mesir Menangis & Flash Mob ‘Air Mata Syria’. Manakala kemuncak program adalah perlancaran Kempen ‘Malaysia 4 R4bia’.

BN Perlu Bertindak Ke Atas Penyamun Politik Curi Wang Negara RM51 Bilion Setahun


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion.

Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.

“Mengapa rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada wang negara,” katanya ketika berucap kepada Diaspora Pulau Pinang di Hong Kong, yang diterbitkan di Komtar, semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan.

“Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah integriti daripada tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan aset awam.

“Dengan anggaran RM201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion.

“Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol,” tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian daripada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan isu perkauman, sentimen agama dan pelampau.

Menurutnya, taktik perkauman dan pelampau digunakan dengan jayanya oleh BN untuk mengelak daripada mendepani empat masalah sebenar Malaysia, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan setiap isi rumah serta penurunan taraf pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga buruh Malaysia.

“Di Hong Kong, ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu utama ini yang menjadikan Malaysia kurang menarik atau kurang berdaya saing.

“Mengurangkan jenayah tidak begitu sukar jika kerajaan Persekutuan BN bersedia membenarkan polis memerangi jenayah dan bukannya memantau pemimpin pembangkang.

“Pada masa ini hanya 10% daripada pasukan polis yang terbabit dalam penyiasatan jenayah. Jika jumlah ini meningkat kepada 50% daripada pasukan polis keseluruhannya, saya pasti polis akan dapat menumpaskan penjenayah di Malaysia dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Guan Eng berkata, BN mendakwa hutang Kerajaan Persekutuan kini 54% daripada KDNK, bagaimanapun ini tidak termasuk hutang dijamin kerajaan yang akan meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada 70%.

Katanya, jika hutang 70% kepada nisbah KDNK adalah tinggi, hutang isi rumah adalah lebih tinggi pada 83.5% daripada KDNK.

“Kebergantungan sedemikian kepada hutang adalah kesan pinjaman fiskal melulu sebagai jalan keluar mudah daripada masalah negara kita. Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada setiap isi rumah dengan mengurangkan pergantungan hutang.

“Kerajaan Persekutuan juga gagal melabur untuk masa depan tanpa melabur dalam pendidikan yang berkualiti. Banyak pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi berintensifkan pengetahuan merungut tentang kemerosotan kualiti dan penurunan tenaga kerja negara ini di semua peringkat, terutamanya penguasaan lemah Bahasa Inggeris.

“Dengan penetapan piawaian BN pada tahap cukup makan semata-mata dan bukannya budaya kecemerlangan, kepada kuota politik dan bukannya prestasi dan retorik kosong dan bukannya tindakan konkrit, Malaysia berisiko ditinggalkan bukan sahaja oleh pelabur asing berteknologi tinggi tetapi juga bakat terbaik kita yang berhijrah ke negara lain seperti Hong Kong,” tambahnya.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berani menawarkan model di mana prestasi adalah lebih penting berbanding latar belakang politik, di mana usaha dibuat untuk menarik institusi pendidikan yang berkualiti di semua peringkat, di mana sebuah kerajaan yang jujur dan cekap melalui perkongsian dengan sektor swasta dan sektor awam serta sebuah bandar yang selamat, bersih, hijau dan sihat boleh memberikan penyelesaian kepada empat masalah yang disebut di atas. -Roketkin

Aduka Taruna Dan 3 Lain Ditahan Buat Flash Mob Di Kota Bharu


Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini.

4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall.

Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.

Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang.

Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.

Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata,"
kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.

Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.

Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.

Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis.

Ekoran itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak 20 sen untuk RON95 dan diesel baru-baru ini.

Ia dibuat dalam bentuk pemotongan kepada subsidi yang diberikan kerajaan selama ini.

Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.

Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.

Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.

Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis. -TMI

7 Sep 2013

Flashmob Harga Minyak Naik: BRIM Kan Ado, Duit Kami Botingkek-tingkek!


.SEREMBAN: Beratus-beratus pengguna jalanraya yang melalui Jalan Seremban–Tampin, ketika menghampiri Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang lewat petang semalam, pada mulanya berasa pelik dengan kain rentang (banner) yang dipegang oleh lebih 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

ialah kerana dikala rakyat mengeluh atas kenaikan harga minyak, badan bukan kerajaan (NGO) ini pula nampak seolah-olah menyokong kenaikan harga minyak.

Namun setelah meneliti sejenak slogan-slogan yang terpapar pada kain rentang tersebut barulah pemandu kenderaan dan pengguna jalanraya yang mula memahami maksud yang tersirat, membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan kepada ‘flashmob’ tersebut.

Slogan-slogan yang terpapar dalam kain rentang tersebut ialah seperti ‘Bunyikan hon tanda syukur kepada BN atas kenaikan harga minyak’, ‘Kami sokong harga minyak naik sebab kami isi kereta dan motor guna air’. ‘Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak’ dan ‘Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik’. Takpoo……BR1M kan adoo

Sebuah kain rentang dalam loghat Negeri Sembilan turut menarik perhatian pengguna jalanraya.

‘Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek’. Slogan tersebut bermaksud ‘Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat’ (duit banyak menimbun-nimbun).

Penyelaras Bersama SAMM, Norazizi A Aziz berkata SAMM Negeri Sembilan mengambil pendekatan yang berbeza kali ini jika dibandingkan dengan ‘flashmob’ yang dianjurkan oleh SAMM di negeri-negeri lain.

“Sememangnya kami membantah kenaikan harga minyak ini. Walaubagaimanapun kami membantah dengan memaparkan kain rentang yang menyokong kenaikan ini dalam bentuk ‘sinikal’.

“Kalau diikutkan daripada respon pengguna jalanraya, mereka faham mesej kami dan slogan kami. Sebab itu mereka membunyikan hon bila melalui ‘flashmob’ ini.

“Kami mahu kerajaan mendengar rintihan rakyat di peringkat bawahan yang berpendapatan rendah kerana yang merasai bebanan kenaikan harga minyak ialah rakyat bawahan dan bukannya pemimpin atasan.

“Saya juga menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersedia elaun beliau dipotong untuk sama-sama merasai bebanan dan kesulitan yang ditanggung oleh rakyat.

“Pemotongan elaun Menteri Kabinet mampu mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara kerana akan berlaku penjimatan perbelanjaan dana kerajaan.

“Bagaimanapun, saya berharap kenyataan beliau tidak bersifat retorik tetapi saya berharap beliau mempunyai kesungguhan untuk membawa cadangan memotong elaun Menteri dan Timbalan Menteri ke mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet pada minggu hadapan.

“Dari situ kita boleh melihat apakah beliau benar-benar mahu merasai keperitan rakyat dan mahu menjimatkan perbelanjaan negara,” jelas Norazizi. -FMT

SUHAKAM Selar Polis Kerana Cabul Hak Asasi Kanak-kanak


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan kebimbangan terhadap tindakan polis baru-baru ini menemuramah beberapa pelajar SK Seri Pristana tanpa persetujuan dan kehadiran ibu bapa.

Pemangku Pengerusi Suhakam Datuk Khaw Lake Tee berkata pihaknya amat bimbang dengan kegagalan pihak berkuasa sekolah menunaikan tanggungjawab serta kewajiban terhadap pelajar di bawah jagaan mereka dalam mencegah insiden tersebut daripada berlaku.

“Sungguh pun tiada peruntukkan khas di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang memerlukan kehadiran bersama ibu bapa atau penjaga sebelum seseorang kanak-kanak ditemu ramah oleh pihak berkuasa, kami berpendapat tindakan pihak berkenaan telah mencabuli semangat asas Akta Kanak-kanak 2001.

“Seorang kanak-kanak atas sebab kurang matang dari segi fizikal, mental dan emosi, memerlukan pemeliharaan, penjagaan dan bantuan yang khas, serta perlindungan dalam semua keadaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menjelaskan Akta Kanak-kanak 2001 selari dengan empat prinsip asas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang mana Malaysia merupakan sebuah negara anggota.

Katanya, prinsip itu termasuk tiada diskriminasi kepada nyawa; kelangsungan, perkembangan serta tumpuan terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak.

“Artikel 5 CRC menekankan keperluan untuk kerajaan menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa untuk memberi arah tuju dan panduan yang bersesuaian kepada anak dengan cara yang selaras dengan keupayaan perkembangan mereka.

“Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Keadilan dalam Hal-Hal berkenaan Mangsa dan Saksi Kanak-kanak bagi Jenayah juga menekankan keperluan untuk menguruskan mangsa dan saksi jenayah secara berhati-hati seperti mana yang terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak.

“Suruhanjaya menggesa pihak polis dan semua sekolah supaya bertindak dan menegakkan sepanjang masa dasar kepentingan terbaik kepada kanak-kanak dan memastikan bahawa tindakan sedemikian tidak berlaku pada masa hadapan.

“Sekiranya wujud sebarang keperluan untuk menyoal kanak-kanak, temuramah tersebut harus dijalankan atas persetujuan dan dengan kehadiran ibu bapa serta menerusi satu kaedah yang 'sensitif terhadap kanak-kanak' oleh pihak terlatih secara profesional,” katanya.

Suhakam turut mengesyorkan kerajaan mengkaji amalan temuramah polis ke atas pelajar yang bersesuaian di samping mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bersesuaian sementara mengeluarkan panduan yang bersesuaian untuk menangani isu ini.

The Malaysian Insider melaporkan hujung bulan lalu, pihak polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana yang mengatakan mereka disoal-siasat dalam kontroversi makan di dalam bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata pelajar tersebut "disoal berdasarkan secara temuduga".

Junaidi berkata pihak polis telah diberikan kebenaran oleh guru besar sebelum memasuki ke kawasan sekolah.

Temuduga dengan enam pelajar tersebut berjalan di dalam kelas yang telah disediakan oleh guru besar sekolah, menurut Junaidi.

Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan telah menyoal pelajar terbabit.

Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.

Dalam satu sidang media, beberapa penjaga mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal pihak polis.

Penjaga kepada pelajar mendakwa sesi temuduga tersebut berjalan tanpa pengetahuan mereka.

Selain itu, mereka juga mendakwa seorang individu tidak dikenali yang diiringi pengetua Mohd Nasir Mohd Noor telah mengambil gambar beberapa pelajar di mana penjaga mereka bertanggungjawab mendedahkan kontroversi makan di bilik persalinan tersebut.

Insiden tersebut menyebabkan penjaga, V. Kumancan dituduh mengancam guru besar terbabit, namun beliau telah menafikannya.

Kumancan, 31, kemudiannya telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan, namun dijangka akan didakwa atas tuduhan mengancam.

Susulan penahanan tersebut, penjaga kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari Seri Pristana. -TMI

Perlantikan Zahriain: "Macam Tak Ada Orang Lain"


Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Kamalia Ibrahim (Bekas Naib Ketua Wanita Umno) lebih berwibawa untuk menggalas tugas sebagai duta Malaysia ke Indonesia berbanding Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam laman Twitternya semalam, beliau berkata, ramai lagi calon yang lebih sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan berbanding Zahrain.

“Tanya saya siapa lebih layak jadi duta kita ke Indonesia, Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) lebih wibawa ataupun Datuk Kamalia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno), sekurang-kurangnya ada prinsip,” katanya ketika menjawab pertanyaan orang ramai berhubung siapa yang sepatutnya layak menjadi duta.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mohammad Nizar turut menyatakan pelantikan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru itu tidak lebih hanya ganjaran dan bayaran balik atas jasa ‘pengkhianat’ yang dilakukan kepada PKR dan PR.

“Itulah ganjaran melompat agaknya dan sungguh malang Malaysia mempunyai duta yang begitu sifatnya.

“Ini salah satu lagi hadiah BN kepada rakyat, lebih elok bubuh zul nordin (bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin), Gobala (bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan) bila?,” soalnya. -SH

Habuan jadi duta selepas serang Anwar


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan pelantikan Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta ke Indonesia adalah ganjaran dan bayaran balik atas jasa pengkianatan yang dilakukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.

Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.

"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.

Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.

"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib
-HD

[VIDEO] Nilai RM Jatuh, Harga Minyak Naik, Rakyat Semakin Miskin


Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

“Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

“Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, ” kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

“Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan,” katanya. -selangorku


Syria Dakwa Perang Dunia III Meletus Jika Amerika Menyerangnya


Panel Senat bersepakat memberi kuasa penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan kekerasan terhadap Syria.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu diperoleh selepas 18 ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi dengan 10 - 7 manakala seorang senator hanya memilih sebagai hadir.

Resolusi membenarkan pentadbiran Obama melancarkan serangan tentera ke atas Syria akan memasuki fasa akhir sebelum kedua-dua dewan Kongres melakukan undian akhir minggu depan.

Menurut resolusi itu, tindakan ketenteraan melibatkan misi tentera darat mesti tidak melebihi 90 hari.

Kali terakhir Kongres melakukan undian adalah semasa pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika keputusan menyerang Iraq pada Oktober 2002.

Sementara itu, kerajaan Syria melaporkan, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke tiga.

Timbalan Menteri Luar Faisal Muqdad menegaskan, Syria mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas.

“Tentera kami tidak takut dan tidak akan mengalah, walaupun perang dunia ketiga meletus,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Rusia melaporkan, senjata kimia digunakan dalam serangan di pinggir Damsyik bulan lalu adalah dari jenis buatan sendiri.

Menurutnya, senjata itu bukan milik tentera rejim Bashar Al-Assad seperti didakwa.

“Selepas pakar melakukan siasatan, kami dapati senjata itu dari komponen buatan sendiri,” menurut satu kenyataan. -SH


Jika Diserang, Syria Peringatkan Meletusnya Perang Dunia III


Wakil Menteri Luar Negeri Syria, Faisal Muqdad menyatakan rejim Syria akan mengambil tindakan untuk membalas serangan AS ke negaranya. Sekalipun dengan tindakan itu Perang Dunia III bakal meletus, Muqdad tetap konsisten dengan keputusannya.

"Pemerintah Syria tidak akan mengubah keputusannya meskipun ada Perang Dunia III. Tidak ada warga Syria yang mengorbankan kemerdekaan negaranya," kata Muqdad yang disiarkan Al-Arabiya, Khamis (5/9).

Muqdad mengatakan rejimnya akan memobilisasi para sekutunya. Hal itu dilakukan setelah Presiden AS Barack Obama melobi Kongres untuk mendukung campurtangan dan adanya perdebatan di parlimen Perancis berkaitan serangan ke atas Syria.

Obama menyatakan kepada parlimen AS yang menyatakan jika mereka tidak menyerang Syria, AS menempatkan kredibilitinya pada risiko.

Dalam kunjungannya ke Swedia, Obama menegaskan masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri melihat serangan senjata kimia pada 21 Ogos di Syria.

AS menuduh serangan itu dilancarkan pasukan pemerintahan Bashar al-Assad. Perancis yang merupakan sekutu AS, memperingatkan tidak adanya tindakan dari AS terhadap Syria akan membahayakan keamanan dan perdamaian serantau.

"Tidak adanya tindakan akan membahayakan perdamaian dan keamanan di seluruh wilayah. Bagaimana kredibiliti komitmen antarabangsa melawan non-proliferasi senjata pemusnah massal termasuk senjata nuklear ini dipertaruhkan," kata Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault.

6 Sep 2013

[TU DIA] Blogger Pro-BN Gelar Najib “Sewel”


Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak semakin ketara oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN) sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat perlantikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun keadaan ekonomi negara semakin teruk sehingga kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-BN.

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.

Menurutnya, sekumpulan orang muda dalam Pemandu yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. -TMI

Rakyat Hentam Najib Di Laman Facebook, Gesa Letak Jawatan


Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan. Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!! Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal? Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!! Koo Cai: Mohon letak jawatan segera… Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. .. Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa.. Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Ini Dia Ketua Gangster, Seorang Bekas Pemimpin MCA, Bukan DAP

Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA..

Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini...


Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.

Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.
-TMI



Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai Jackie Chan adalah bekas pengerusi MCA bahagian Lebuh Gurney Pulau PInang kini telah bebas lepas setelah mendapat pengampunan dr YDP Agong.

Dia ni jugak lebih dikenali sebagai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia. Dia ni jugak dikatakan terlibat dgn pelbagai kes rompak dan bunuh.

Yang menghairankan macam mana boleh dapat pengampunan semudah itu. Macam mana boleh dilepaskan semudah itu. Kalau dah kepala kongsi gelap dan pernah merompak dan membunuh, tak ke merbahaya namanya.

Kalau dah terlepas di tengah-tengah masyarakat kan ke merbahaya tu. Org ini amat merbahaya buat masyarakat. Dia tak sepatutnya dibebaskan tetapi harus dipenjarakan.

Apa motif disebalik pembebasannya? Bagaimana terjadi begini? Seorang penjenayah boleh diampunkan semudah makan kacang. Apa dah jadi ni? Sedangkan ramai lagi mereka yg tak bersalah dijatuhkan hukuman penjara tanpa bicara.

ISA digunakan dengan pantas buat mereka yg terang tak bersalah. Anwar Ibrahim contohnya dipenjara sedangkan kesalahannya langsung tak menggugat keselamatan negara.

Tetapi Ong King Ee @ Jackie Chan boleh dibebaskan tanpa banyak soal. Pada hal semua tahu dia ni seorang penjenayah yg amat merbahaya. Takkan semudah itu dia dibebaskan kalau tak ada udang disebalik batu.

Kalau setakat nak meraih undi kaum Cina masa pilihanraya nanti, cukup tak patut. Ada ke patut masyarakat dibiarkan terdedah dgn penjenayah kejam ini hanya kerana nak meraih undi kaum Cina. Rasanya masyarakat Cinapun ketakutan agaknya kalau kepala kongi gelap ni berada di tengah-tengah mereka.

Silap haribulan kena bunuh pulak. Entahlah apa nak jadi dgn kerajaan Malaysia sekarang ni.
-:GASAK:-


Macai-macai UMNO yang sibuk menuduh DAP dipengaruhi gangster nak kata apa pulak sekarang?

Yang sahih menerima gangster sebagai ahlinya ialah MCA bukannya DAP (malaysiansmustknowthetruth)

Bagaimana Syaitan Menelanjangi Muslimah


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering diguna adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapnya.

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar mode. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tuh tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekedar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak ghairah. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakian Tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih enak dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparen, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan enak, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih leluasa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga.”

Lalu dicubalah ide abaru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih enak dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik ke kereta. “Yah tersingkap sedikit tak apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merusak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasat lain yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.

Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar membuat susah, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih enak kalau di potong saja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh ada yang terlupa, kalau kamu bakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan, orang tetap menamakannya dengan "bertudsung".

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini buru-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan sepatu hak tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih enak, bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia mema-kai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun buru-buru bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata. “Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini berarti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasatnya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampak kan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini modelnya berpakaian mini, dan agar serasi rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai model lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling rawan saja yang tinggal untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzu billah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan laki-laki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” syaitan tak mau ambil risiko.

Penutup Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut, karena kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat berarti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyeng-sarakan, baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a’lam bis sawab.

Sumber idea dan pokok fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Tharsyah, disadur dengan bebas.

5 Sep 2013

Saman Fitnah: Kickdefella Perlu Siar Permohonan Maaf Kepada Husam


Kuala Lumpur - Kes saman fitnah antara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong (male) semasa kes disebut di hadapan beliau.

Berdasarkan terma yang dipersetujui, Syed Azidi perlu menyiarkan kenyataan maaf menerusi akhbar Sinar Harian dan blog 'Kicdefella' miliknya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Menerusi terma tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas penyiaran sebuah artikel di akhbar itu pada 25 Julai 2012, dan memohon maaf sekiranya kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan.

Husam memfailkan saman itu pada 21 Feb lalu. Beliau diwakili peguam Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili Syed Azidi. - Bernama