Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Hud: 113
6 Jul 2012
Saksi: Telinga Peserta Bersih Hampir Putus Akibat Pisau Cukur Polis
Kuala Lumpur 6 Julai: Telinga seorang peserta Himpunan Bersih 3.0 hampir terputus akibat terkena kawat berduri polis yang dipercayai diperbuat daripada pisau cukur atau ‘razor blade’.Menurut Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, kawat berduri yang diguna dalam himpunan 28 April lalu itu diperbuat dari pisau cukur untuk menentang musuh dalam peperangan dan bukan untuk orang awam.
“Kawat berduri itu bukan kawat biasa, ia adalah ‘razor blade barbed concertina wire’ yang hanya diguna dalam ‘killing zone’ untuk melemahkan musuh dalam peperangan.
“Ia juga digunakan pada dinding penjara untuk menghalang banduan dari melarikan diri,” jelas Pegawai Komunikasi PBSM itu lagi, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga berkata, semasa himpunan tersebut, beliau menyaksikan seorang peserta cedera dengan telinganya terkulai dan hanya mampu menahan sakit menggunakan tangannya sambil melarikan diri dari polis.
“Kecederaan itu berbeza dari luka akibat terseret di jalan raya ataupun digunting, kerana ia seolah-olah terhiris, dan melalui pengalaman saya, kesan itu berpunca dari kawat berduri tersebut,” kata Khairul.
“Saya menolak sama sekali penggunaan kawat berduri dalam perhimpunan yang melibatkan kehadiran beratus ribu rakyat,” tambahnya.
Khairul merupakan saksi ketiga yang memberikan keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Dua lagi saksi ialah seorang pekerja sosial, R Kunabal dan Baharudin Hashim.
Turut dipanggil menjadi pemerhati, Majlis Peguam dan pegawai polis. -KD
Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban Ahli UMNO Terhadap Hukum Allah

Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?
Ini lagi:

Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.


Firmanullah swt yang bermaksud
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)
Skandal LRT Gugat Kedudukan Najib, Polis Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN
PM bimbang skandal LRT gugat kedudukan'Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melihat siasatan terhadapnya - kerana mendedahkan dokumen projek sambungan LRT didakwa bernilai RM1 bilion - disebabkan kebimbangan perdana menteri terhadap kemungkinan dakwaan itu menggugat kedudukannya.
Katanya, tindakan menubuhkan pasukan khas polis untuk menyiasat kebocoran maklumat itu, seperti dumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan dokumen berkaitan asli.
"Kenyataan Bakri semalam mengesahkan dua perkara: Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.
"(Ia juga mengesahkan) bahawa Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas," katanya. -mk
Skandal projek LRT: Usaha Najib takutkan saya sia2 – Rafizi
KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.
“Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?
“Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air,” soalnya dalam kenyataan.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.
“Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.
“Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas,” tegas beliau.
Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.
“Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen ‘Utamakan Keselamatan Rakyat’ di seluruh LRT laluan Ampang,” kata Rafizi lagi. -KD
Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.
Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.
“Saya kesal dengan kenyataan Mohd Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.
“Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?"katanya.
Rafizi juga menyoal sama ada Mohd Bakri berani mengambil risiko menaiki LRT sistem laluan Ampang setiap hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air.
“Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.
"Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar kepentingan awam," katanya lagi.
Semalam, Mohd Bakri dipetik berkata, polis memandang serius pendedahan dokumen rahsia tersebut kerana dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.
Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau sedar tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang perlu dihadapi dan nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga serta perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.
“Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.
“Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen Utamakan Keselamatan Rakyat di seluruh LRT laluan Ampang,” katanya. -SH
klik untuk baca

Akhbar Kanada Dakwa Najib Tangguhkan PRU Kerana Skandal Scorpene
Kanada 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. -KD
Setiap Hari Haramjadah Menimpa Najib Akibat Enggan Tarik Balik Haramjadah Kepada Rakyat
Asal Bukan Najib - Interpretasi Kekecewaan Terhadap Pentadbiran Perdana MenteriSelepas menerbitkan dua buah buku kontroversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”
Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.
Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.
“Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).
“Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib,” jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
“Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib,” tegasnya lagi.
Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah.”
Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.
“Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.
“Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang,” tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.
Bekas wartawan ini juga menjelaskan,” kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik.”
Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa “sayang kepada parti” yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.
“Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab “sayang” itu, mereka tetap bersama Umno,” tambahnya lagi.
“Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi,” tegasnya.
Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang ‘Mengepung’ Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.
“Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat,” katanya lagi. -TMI
ULASAN GB
Demikianlah, lepas satu, satu bahana "haramjadah" menimpa Najib akibat keceluparannya mengharamjadahkan rakyat.
Baru semalam, Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz mendedahkan sifat buruk Najib yang bukan sahaja seorang pemimpin yang biasa ‘mengharamjadahkan’ orang lain, malah menurutnya, dia memandang (orang miskin) sebagai papa kedana dan bangsat.
Kini, lahir dari tangan ahli UMNO sendiri sebuah buku bernama ASAL BUKAN NAJIB.
GB ulangai tulisan GB sebelum ini:
"Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan."
Kemudian ada pula komen yang memperli GB... mana GB tahu ilmu ramalan?
Ini bukan soal ramalan be dan GB juga bukan seorang tukang ramal!
Tetapi bagi orang berilmu dan yang belajar dari ayat-ayat manzurah (ayat yang dipelajari dari kejadian-kejadian alam), itulah namanya SUNNATULLAH, itulah namanya hukum Kebenaran dan Keadilan, itulah namanya Golden Rule, itulah namanya Hukum Karma, itulah namanya hukum tabie dan sebagainya.
Yang penipu, yang jahat, yang zalim, yang kejam akan TETAP menerima hukumannya. Dia tidak akan terlepas.
Apatah lagi beliau sendiri pernah "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri, dan itulah yang beliau akan perolehi kembali.
GB berpesan: Jangan main-main dengan hukum Tuhan.
klik untuk baca

[IKTIBAR] Tiba-tiba Dia Menjerit: Kahwinkan Aku, Kahwinkan Aku!
Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"
Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."
"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.
"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.
Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.
Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.
Moralnya:
Nasihat GB kepada anak dara atau janda, pemuda atau duda, segeralah bernikah demi mengelakkan diri dari tercebur ke lembah dosa dan noda.
Kalau boleh dapat secara halal, kenapa nak pilih secara haram?
Kelau benar kata cinta, beritahu dia, kenapa kita tak nikah saja?
Kerana entah esok lusa salah seorang dari kita, atau kedua-dua, mungkin tiada.
Dalam akhbar sentiasa ada berita, Tuhan ambil nyawa, tak kira masa dan ketika, ada kemalangan yang lansung tak terduga. Sebagai peringatan buat semua.
Gelombang dan gelora untuk melakukan zina pula semakin hari semakin menggila - menunggu mangsa bila-bila masa, walaupun seorang merasa iman dan Islamnya dah cukup kuat pun, tamsilnya di hari hujan yang lebat, payung besar mana pun, tempiasnya tetap terkena jua.
Firman Allah:
Maksudnya: “dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dalam kalangan hamba-hamba kamu baik lelaki mahu perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya;” (Surah Al-Nur : 32-33)
Dengan perkahwinan hubungan manusia yang terlarang menjadi halal, dan dengan perkahwinan bercambah biak lagi umat manusia di muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga mereka yang miskin boleh menjadi kaya dan dimurahkan rezeki. Dan pada masa yang sama, umat Islam akan berada dalam keadaan aman daripada gangguan mereka yang jahat.
Selain itu, Rasulullah sendiri berkahwin dan beranak pinak. Atas dasar itu, perkahwinan sudah dikira sebagai sunah rasulullah. Banyak hadis yang menjelaskan hal ini yang antaranya ialah:
مَنْ أَحَبَّ فِطْرَتِي فَلْيَسْتَسِنَّ بِسُنَّتِي وَمِنْ سُنَّتِي الْنِكَاحُ
Maksudnya: Sesiapa yang sukakan fitrahku maka contohilah sunahku, dan sebahagian daripada sunahku ialah bernikah.
Dalam hadis yang lain rasulullah bersabda:
اَلنِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي
Maksudnya: Nikah adalah sunahku, maka sesiapa yang membenci sunahku maka dia bukanlah dalam golongan umatku.
Kita dianjur supaya sentiasa berpesan-memesan sesama kita:
Demi masa
seseungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan memesan dengan kesabaran
- Al-Asr
5 Jul 2012
[TRAGIS - BERGAMBAR] Budak Rentung Atas Katil
Johor Bahru - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Jalan Permas 2/2, Taman Permas Jaya, di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Aminuddin Mohammad Nor Idris (gambar kecil) yang bakal menyambut ulang tahunnya yang kedua pada 19 Julai ini ditemui rentung di atas katil dalam bilik di tingkat dua rumah teres berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.
Difahamkan kanak-kanak itu dan keluarganya baru sahaja berpindah ke rumah yang berusia 30 tahun itu jam 9 malam kelmarin. Mereka sebelum ini tinggal di kawasan Stulang Baru, di sini.
Aminuddin menangis tanpa henti awal pagi Ibu mangsa, Nor Nadia Abdul Samad, 25, berkata, ketika kejadian, suaminya Mohammad Nor Idris Ahmad, 29, yang merupakan pekerja Tenaga Nasional Berhad sedang bekerja manakala dia bersama anak sulungnya, Muhammad Amirul Hakim, 6, berada di tingkat bawah.
Menurut Nor Nadia, sedang dia menyiapkan Amirul untuk ke sekolah, anak keduanya, Nur Aisyah Nadirah, 4, turun dari tingkat atas meninggalkan Aminuddin yang sedang tidur.
“Sebaik sahaja Nur Aisyah turun, saya terhidu seperti sesuatu terbakar dari tingkat atas seterusnya terdengar Aminuddin menjerit memanggil saya.
“Saya nak naik ke atas, tetapi asap terlalu tebal. Saya cuba selamatkan anak saya, namun tidak berjaya,” katanya kepada pemberita dengan linangan air mata ketika ditemui di lokasi kejadian.
Nor Nadia berkata, paling menyayat hati, awal pagi sebelum kejadian itu juga Aminuddin menangis tanpa henti sejak dari jam 3 pagi.
“Tetapi selepas dipujuk oleh bapanya baru dia berhenti menangis dan tidur sekitar jam 5 pagi,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.
Bomba alami kesukaran
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Taman Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian 15 minit selepas menerima panggilankecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.23 pagi.
Menurutnya, dia bersama sembilan anggota dan satu jentera pada awalnya mengalami kesukaran untuk tiba awal di lokasi kejadian berikutan laluan kawasan perumahan berkenaan agak sempit berikutan terdapat sebilangan kenderaan diletakkan di bahu jalan.
“Anggota kami cuba naik untuk menyelamatkan mangsa, tetapi gagal kerana api terlalu marak pada waktu itu. Tambahan pula, risikonya sangat tinggi apabila kami dapat tahu yang rumah ini berlantaikan papan.
“Kira-kira lima minit kemudian, kami berjaya mengawal kebakaran dan anggota kami bersama bapa mangsa naik ke rumah untuk mengeluarkan mangsa. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
Keluarga terima lawatan
Dalam pada itu, Adun Permas, Datuk M Munusamy yang berkesempatan hadir melawat keluarga mangsa dan tempat kejadian berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan segera termasuklah dari segi pengurusan jenazah serta bantuan berupa barangan keperluan asas.
Keluarga terbabit turut dikunjungi Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang hadir menyerahkan sumbangan berupa wang tunai.
“Saya mewakili Pas Kawasan Pasir Gudang bersimpati dengan apa yang berlaku. Kami bersedia untuk menyalurkan bantuan keperluan susulan dari masa ke semasa,” katanya. -SH





Gambar Uncle Seekers Ditangkap & Direman 4 Hari Atas Dakwaan Hina Sultan

Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.
Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.
"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH




Kroni BN Dapat RM244 juta Projek Selenggara Kawalan Trafik
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendedahkan, kerajaan Umno BN memberikan kontrak penyelenggaraan sistem kawalan trafik di seluruh negara kepada kroni mereka.Katanya, projek bernilai RM244.5 juta itu diberi kepada Selex Sistemeni Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (AAT) dengan kontrak selama lima tahun.
Beliau berkata, berdasarkan dokumen sebut harga yang ditinggalkan di depan pejabatnya, anggaran penyelenggaraan untuk setiap tahun berjumlah RM45,142, 987.
“Ia meliputi Kawalan Trafik Udara (ATC) Kuala Lumpur, Subang Interim, Stesen Radar Pengawasan Menengah Monopulse (MSSR) Genting, Stesen Pengawasan Radar Rendah (PSR) dan Pengawasan Radar menengah (SSR) Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Miri.
“Ia turut melibatkan stesen PSR, SSR dan ATC Johor Bahru, Kota Bharu, Sibu, Penang, Tawau serta Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini pagi tadi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendedahkan, kos keseluruhan penyelenggaraan Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) bernilai RM35,521,610 dalam empat lebel.
Izzah berkata, kerajaan memberikan kontrak secara runding terus kepada Selex dan AAT kononnya syarikat lain tidak pakar dengan sistem yang dipasang kedua-dua syarikat itu.
“Sepatutnya, tender perlu dibuat berasingan untuk mendapat nilai terbaik. Saya difahamkan sistem sedia ada di KLIA dibekalkan 10 syarikat berbeza,” katanya.
Lebih dikesalinya, kedua-dua syarikat itu bukan sahaja gagal menyelenggara sistem radar malah wujud kecacatan sistem trafik hingga mengancam keselamatan ruang udara.
Menurut Izzah, maklumat dalaman diperoleh daripada Jabatan Penerbagan Awam (DCA) mendapati, sistem radar telah beku daripada 0614z hingga 0625z selama lima saat.
“Selain itu, berlaku ‘rebooting’ komputer pegawai-pegawai trafik udara dan tiada pertukaran teknologi seperti yang dijanjikan Selex dan AAT.
“DCA terpaksa menunggu jurutera dari Itali hingga melambatkan bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak adalah tinggi,” ujarnya.
Pada 8 Jun lalu, Izzah mendedahkan, projek MATSMP bernilai RM280 juta diberi kepada Selex dan AAT secara tender tertutup.
Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.
Manakala AAT dimiliki oleh Tirai Variasi Sdn Bhd iaitu syarikat keluarga Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. -KD
Abby Abadi Teruskan Iltizam Bersama PAS

Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda
KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.
Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.
Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.
248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.
"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.
"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.
Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.
Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.
Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.
Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.
Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.
Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.
Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.
Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.
Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD
Abby pertahan Pa s
Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.
Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.
Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.
Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.
Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.
Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas. -SH
UNISEL Lebih Baik Bawah PR Daripada BN - Naib Cancelor
Unisel: Dakwaan Noh tidak relevanshah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.
Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat.
Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.
“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.
“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini.
Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini.
“Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur.
Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit.
“Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri.
Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel.
Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia.
"Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH
‘Sexting’ Berleluasa Di Kalangan Remaja
Hampir 30 peratus remaja Amerika Syarikat terbabit dalam kegiatan ‘sexting’ menghantar gambar bogel menerusi e-mel.Kajian yang dijalankan menunjukkan perbuatan itu begitu berleluasa daripada yang dijangka sebelum ini.
Penyelidik di Cawangan Perubatan Universiti Texas juga mendapati lebih separuh remaja diminta menghantar gambar bogel mereka kepada seseorang dan 31 peratus meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.
“Sexting semakin berleluasa di kalangan remaja belasan tahun dan ia mungkin penunjuk yang boleh dipercayai mengenai tingkah laku seksual sebenar,” kata Dr Jeff Temple, Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi serta penyelidik utama kajian.
“Saya berpendapat ia penunjuk mengenai apa remaja lakukan dalam kehidupan mereka sekiranya tidak online,” kata Temple.
Tidak seperti kajian online dan kaji selidik serta beberapa terbitan menerusi kajian sebelum ini, penemuan Temple yang berdasarkan kajian terhadap hampir 1,000 pelajar sekolah tinggi di tenggara Texas menunjukkan kadar tinggi kegiatan ‘sexting’ di kalangan remaja.
“Saya berpendapat ia mewakili gambaran lebih tepat mengenai pelajar sekolah tinggi,” kata Temple, merujuk kepada kajian lain.
Remaja yang menjadi responden dalam kaji selidik itu berusia antara 14 hingga 19 tahun tetapi sebahagian besarnya berusia 15 dan 16 tahun.
Lelaki adalah lebih ramai meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.
Namun, dalam beberapa kes, remaja perempuan yang memulakannya.
“Kami mendapati, 21 peratus responden perempuan meminta gambar bogel dihantar kepada mereka dan 42 peratus lelaki diminta menghantar gambar itu,” kata Temple.
Meskipun ‘sexting’ yang Temple sifatkan sebagai fenomena telefon pintar adalah lumrah di kalangan remaja, namun ramai mengaku tidak selesa dengan tingkah laku itu. - AP
[VIDEO] Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang
Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.
Gambar - Datuk Ariff dakwa pemimpin Umno dapat saham Felda free sebnyak RM 2juta...
“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,
“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,
“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”ujarnya.
Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.
Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.
“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,
“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,
“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong yang berucap sebelumnya, dalam Majlis Ceramah meraikan penerimaan sijil keahlian PAS oleh bekas-bekas ahli Umno di Kampung Banggol Donas pada Isnin 2 Julai.
Mereka adalah 80 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung terbabit, diketuai oleh Haji Salleh Embong yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus sebagaimana dilaporkan Buletinonline pada 9 Disember 2011.
Sehubungan itu, Datuk Ariff turut mendedahkan, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyenaraikan Felda di bursa saham adalah satu ‘pemerahan sumber’ orang Felda supaya segelintir pemimpin Umno mendapat laba lumayan.
Sedangkan menurutnya, para peneroka Felda yang telah 56 tahun mengerah tenaga dan membanting tulang hanya mendapat terlalu sedikit dari keuntungan penyenaraian tersebut.
“dia (para pneroka) hanya dapat 810 unit (saham) premium 75 sen dia dapat RM600 bekerja macam lembu 56 tahun (itu pun) kena tolak pinjaman bank RM200 (bakinya) cuma RM400 campur pendahuluan (berjumlah) RM15,400.00,
“sebab itu Najib beri rasuah pendahaluan RM15,000 sebab dia tahu apabila Felda diapungkan premiumnya tidak begitu tinggi, tetapi puak-puak yang tidak bersangkut paut dengan Felda buat duit banyak,
“geng-geng, puak-puak Umno (dan) menteri-menteri (dapat) 3 juta unit saham bermakna dia dapat RM2.3 juta free sahaja (secara percuma),”tegasnya. -BO
Ulasan GB
GB percaya apa yang disampaikan oleh Datuk Ariff Sabri tersebut bahawa: Najib ialah seorang pemimpin yang suka ‘mengharamjadahkan’ orang lain.
Di dalam satu sidang media, Najib pernah tersasul menyebut "Kementerian Buruh"... bererti beliau memandang semua perkeja (awam dan swasta) sebagai "buruh" negara, sedangkan satu dunia sudah mengubah persepsi bahawa pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk negara adalah "sumber manusia".
Begitu bangsat pandangan Najib terhadap rakyatnya dengan memandang mereka sebagai buruh yang hina.
Maka sebab itu beliau menaburkan RM500 setiap mereka yang berpendapatan rendah, kerana beliau semmemangnya memandang rendah terhadap golongan miskin dan undi mereka boleh dibeli dengan taburan wang ringgit secara on-off sedemikian.
Masihkah anda mahu menerima kepimpinan Najib jika sudah tahu perangainya sebegitu?
[IKTIBAR] Kisah 18SX: Malam Pengantin...
Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil."Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."
"Ha''''ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"
"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.
"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.
"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, ''''Terima Kasih Bang, datang lagi ya''''...!"
Moral cerita ;-) Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.
Ulasan GB
Firmanullah swt di dalam An-Nur ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan penzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan penzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki penzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang Mukmin."
Langgan:
Catatan (Atom)






