5 Jun 2010

Amerika Bersekongkol Dengan Israel Tuduh Flotila Bawa Senjata

Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut

Dakwaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengatakan konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza membawa bekalan senjata tidak berasas sama sekali.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu.

"Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel.

"Serangan itu menunjukkan rejim Zionis itu mengisytiharkan perang kepada seluruh warga dunia.

"Sehingga ke hari ini, rejim Zionis itu telah melanggar lebih 80 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maksudnya ia langsung tidak menghormati undang-undang dunia, " tegas beliau.

Biden, ketika ditemubual dalam rancangan "Charlie Rose" oleh stesen penyiaran American Public Broadcasting Service Rabu lalu mempertahankan tindakan Israel yang menahan kapal menuju ke Gaza bagi mencegah penyeludupan senjata.

Beliau berpandangan tidak ada keperluan untuk berkeras supaya bekalan itu disampaikan terus kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Biden kemudiannya memberi alasan kononnya Israel bimbang dengan isi kandungan yang dibawa kapal tesebut.

Ditanya mengenai pendirian KEADILAN, Mustaffa berkata Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk diserahkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

"Pegawai tersebut berjanji akan menyerahkan surat tersebut minggu depan kepada Obama.

"Dalam surat itu, Pakatan Rakyat meminta agar beliau mengambil kesempatan untuk memperbetulkan keadaan itu," ujar Mustaffa lagi. -SK


Biden: Israel Has Right to Stop Gaza Ships
Published June 03, 2010 | FOXNews.com

AP/FILE

Vice President Joe Biden backed Israel's right to board ships bound for Gaza to prevent weapons smuggling on Wednesday, but said Washington remained concerned about the plight of Palestinians there.

Israeli commandos boarded a flotilla of six aid vessels trying to break Israel's three-year-old naval blockade of the Palestinian enclave on Monday. Nine activists were killed in the assault and dozens injured, including some commandos.

The U.S. has been careful in its response to the deadly raid and has not joined the international condemnation of Israel's use of force to stop the ships after its commandos were attacked as they rappelled down from helicopters.

"Israel has an absolute right to deal with its security interest," Biden said in an interview on PBS's "Charlie Rose" show, while reiterating the Obama administration's support for a transparent, impartial investigation of what happened.

The aim of the Israeli commando operation had been to seize control of the ships and escort them to Israel's Ashdod port. From there, Israeli authorities had promised to transfer the seized cargo to Hamas-controlled Gaza.

"They (Israel) have said, 'Here you go. You're in the Mediterranean. This ship -- if you divert slightly north you can unload it and we'll get the stuff into Gaza." So what's the big deal here?" Biden said.

"What's the big deal of insisting it go straight to Gaza?" he asked.

"Well, it's legitimate for Israel to say, 'I don't know what's on that ship. These guys are dropping eight -- 3,000 rockets on my people,"' he said, referring to Hamas, the Islamist movement which rejects interim peace terms with Israel and has regularly fired rockets into the Jewish state.

But Biden said the U.S. also needed to "put as much pressure and as much cajoling on Israel as we can" to allow in aid shipments such as building materials.

A day earlier, White House spokesman Robert Gibbs did not question Israel's motives in trying to enforce its 3-year-old blockade of Gaza, which is ruled by Hamas, designated by the State Department as a foreign terrorist organization.

The aim, he pointed out at a White House briefing Tuesday, is to keep weapons, not food, out of the territory.

Gibbs said the U.S. is "working to improve the humanitarian conditions" in Gaza. At the same time, he stressed the administration was "greatly supportive" of Israel's security and "that's not going to change."

Secretary of State Hillary Rodham Clinton also did not call for an end to the blockade, but she pressed Israel to allow greater access to humanitarian relief supplies.

In New York, meanwhile, the deputy U.S. ambassador to the United Nations, Alejandro Wolff, suggested to reporters that the flotilla "may have been intended to provoke."

The impact on efforts to promote a peace settlement between Israel and the Palestinians may be minimal.

While Prime Minister Benjamin Netanyahu canceled a meeting with President Barack Obama to return home to deal with the aftermath of the raid, he spoke three times with the president.

U.S. mediator George Mitchell is due back in the region Wednesday and Palestinian leader Mahmoud Abbas' June 9 White House meeting with Obama has not been canceled.

The raid provoked some angry rhetoric from Turkey, and seemed to threaten Israel's historic warm ties with Ankara. But the long-range impact on Israeli-Turkish relations may be limited.

Prime Minister Recep Tayyip Erdogan furiously told parliament Tuesday that the "bloody massacre" of at least four Turkish activists among nine passengers slain by Israeli naval commandos was a turning point in the long-standing alliance.

"Nothing will be the same again," Erdogan said, gesturing angrily, his voice shaking at times.

But Turkey's Deputy Prime Minister Bulent Arinc took a softer tone. "We will find a solution within law and diplomacy," he said. "No one should expect us to declare war on Israel over this."

When Obama telephoned Erdogan Tuesday, according to the White House, the U.S. president said it was important to find better ways to provide humanitarian assistance to the people of Gaza without undermining Israel's security.

Gibbs, meanwhile, suggested Obama's effort to build ties to Arab countries would not be damaged.

"In terms of our relationship with the Muslim world, I think the president has obviously spent a lot of time on improving our relationship with countries throughout the world, and special time and care on our relationship with the Muslim world.

"I do not think that this will have a great impact on that," he said

Reuters and The Associated Press contributed to this report.


UMNO BN Dah Lama Kenyang Makan Hasil Judi Dari Berjaya

Lesen judi sukan ‘ganjaran’ Kabinet kepada Berjaya

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai “ganjaran” atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

“Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

“Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini,”
kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini.

Beliau yang juga anggota Biro Politik PAS mendakwa Najib memberikan lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya kerana terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

“Keputusan memberikan lesen judi ini adalah satu keputusan mengejut yang dibuat Najib kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen.

“Secara zahirnya jelas bahawa beliau terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

“Oleh sebab itu beliau memberikan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya dan saya percaya syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak RM250 juta hasil daripada pertaruhan bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi,” katanya.

Pelancaran kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid.

“Tindakan kerajaan ini merupakan penggadaian rakyat, hak rakyat, kepentingan rakyat demi kepentingan BN.

“Masyarakat sudah tenat dengan masalah judi, ramai yang terjebak dengan Ah Long mengapa mesti nak tambah lagi masalah?

“Yang akan untung hanya dua kumpulan iaitu tauke judi serta Ah Long akan juga dapat keuntungan besar dan mungkin yang BN turut akan memperoleh keuntungan kerana Kumpulan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN,” kata Khalid.

Tambah Khalid, rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi kerana ia akan memberikan kesan buruk dalam masyarakat.

“Rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi ini kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat.

“Tindakan kerajaan ini akan mempertaruhkan masa depan rakyat dan juga negara,” katanya lagi. -TMI

Terbukti UMNO Itu Sekutu Yahudi

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas.

"Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.

"Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco.

"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti terikat dan mengikut telunjuk untuk mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Menurut Mustaffa lagi, ini mungkin mempunyai kaitan dengan kezaliman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan Altantunya.

"Kita juga sangsi dengan respon Najib yang begitu lambat bertindak berhubung serangan komando rejim zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmarra yang menyebabkan 9 aktivis dan berpuluh lagi cedera.

"Kontrak yang dimeterai Najib dengan syarikat Apco Worldwide menjadi satu sebab kerajaan Umno-BNl bersikap sederhana terhadap sukarelawan Malaysia yang terselamat," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sebelum itu, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

Zahid memberi alasan penerbangan itu akan membabitkan kos yang tinggi dan setakat ini tiada permintaan daripada kerajaan Umno-BN untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera. -SK


Tiada penerbangan khas bawa pulang sukarelawan: Zahid

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain membabitkan kos yang tinggi, setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

"Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi... jadi saya tidak nampak sebarang keperluan itu buat masa ini selain tidak ada permintaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata semua 12 sukarelawan Malaysia itu turut dibantu Atase Pertahanan Malaysia di Jordan sebaik dilepaskan dari tahanan tentera Israel.

"Selain diberikan makan minum, semua mereka turut diterangkan atase pertahanan tentang beberapa langkah yang perlu diambil untuk pulang ke Malaysia," katanya.

Dalam kejadian itu, kapal Turki yang membawa bekalan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan ke Gaza telah diserang tentera Israel ketika berada kira-kira 68 batu nautika di luar perairan negara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk wartawan dan jurukamera Astro Awani turut berada dalam kapal itu dan mereka dibebaskan dan dibawa ke Jordan.

Zahid turut menggesa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar mengkaji semula hubungan tersebut bagi menentang tindakan Israel yang telah bertindak di luar garis-garis diplomatik.

Beliau berkata, masyarakat dunia bukan hanya perlu mengutuk tindakan Israel tetapi perlu bertindak menghentikan hubungan diplomatik dengan negara tersebut yang biadap dan tidak berperikemanusiaan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Israel itu diluar garis diplomatik kerana menggunakan kekerasan dan melakukan tindakan di perairan antarabangsa yang tidak pernah selama ini dilakukan oleh mana-mana negara di dunia," katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Mana pergi Abu Lahab Malaysia yang sentiasa ada berjuta-juta ringgit untuk dirasuahkan kepada katak-katak?

Mengapa tidak boleh mengeluarkan belanja untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel?

"Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi.." kata Zahid. Jawapan yang tak sepatutnya keluar dari pemimpin UMNO terhadap nyawa-nyawa rakyat Malaysia yang kini terancam di Gaza.

Sepastinya kerana menjaga APCO. Sepastinya kerana menjaga kepentingan Yahudi.

Maka tidak hairan di dalam demo Anti-Israel semalam, UMNO tidak melibatkan diri malah Polis Malaysia cuba untuk menghalang rakyat menyertai demo tersebut dengan alasan tiada permit.

Rupa-rupanya UMNO itu sekutu Yahudi! Gi jahanam UMNO, gi jahanam Israel.

Empayar Naza Bakal Runtuh?

Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.

Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.

Di bawah undang-undang warisan Islam, harta si mati harus diagihkan dengan saksama sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satu konglomerat persendirian terbesar di negara ini.

Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.

Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.

Beliau dikatakan menerima sebanyak 18,000 AP setahun.

Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah di London dan Los Angeles.

Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

“Undang-undang harta pusaka Islam boleh didapati dalam al-Quran dan ia menentukan dan menetapkan bagaimana harta warisan seharusnya diagih-agihkan di kalangan anggota keluarga.

“Ia sangat jelas dan tiada sebarang isu melainkan pewaris sendiri bersetuju sebaliknya,” kata beliau.

Di bawah peruntukan itu jelas beliau, anak lelaki akan memperoleh sebahagian besar harta peninggalan.

“Dalam keadaan normal, ibu bapa akan mendapat satu per enam harta, isteri atau isteri-isteri pula secara bersama akan memperoleh satu per lapan, anak-anak akan menerima dua bahagian manakala anak perempuan satu bahagian,” kata Aziz.

“Ini adalah pembahagian asas dalam Islam selepas melunaskan (segala) hutang,” katanya lagi.

Semalam, Rokiah dan lima anaknya memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26,

Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd,

Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan

Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.

Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.

Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Apa juga nilai bersih, ia akan dikira secara nisbah. Adalah jelas dan tiada persoalan walaupun ada wasiat.

“Melainkan kita hendak menghormati orang yang sudah meninggal dunia dan wasiatnya, maka setiap orang perlu bersetuju bahawa akan mematuhi wasiat yang telah dibuat,” kata beliau sambil menambah, melainkan undang-undang harta pusaka akan mengatasi segala-galanya.

Bagaimanapun Aziz menekankan bahawa kedua-dua isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta pencarian.

“Ia tidak kisah, jika boleh dibuktikan bahawa perkahwinan mereka adalah sah, maka boleh memperoleh satu per lapan harta yang akan dikongsi oleh kedua-dua isteri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka boleh menuntut harta yang dikumpulkan sejak perkahwinan mereka.

Dalam keadaan sedemikian, jelas beliau, isteri pertama akan mendapat bahagian yang lebih besar berbanding isteri kedua, jika diambil kira tempoh perkahwinan mereka.

Kata beliau, tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pengagihan dibuat.

“Jadi tiada pembahagian secara automatik. Apakah yang anda akan menuntut? Berapa banyak yang anda akan tuntut? Dan, bagaimana anda akan membuktikan yang anda ada menyumbang kepada usaha pemerolehan aset.

“Anda ada hak tetapi anda kena membuktikan tuntutan anda,” kata beliau.

Aziz mengakui menentukan nilai Empayar Naza akan menjadi satu tugas yang amat besar, khususnya bagi mendapatkan nilai sebenar konglomerat ini.

Mereka juga menuntut bayaran sementara berjumlah RM20 juta daripada Zaleha dan anak-anaknya menerusi Ekspedisi Nikmat dan baki tuntutan selepas perbicaraan kelak.

Anak kedua, Nasarudin enggan mengulas apabila dihubungi semalam. Nasimuddin memulakan perniagannya pada 1974 dan telah diberikan 18,000 AP setiap tahun untuk mengimport kereta.

Kumpulan Naza menjadi tumpuan apabila diberikan kawasan seluas 65 ekar, tanah milik kerajaan di kawasan Jalan Duta di sini, yang bernilai RM15 bilion tanpa melalui tender terbuka. -TMI

Ulasan GB

Keruh di hulu, keruh jugalah di hilir.

Sebut Naza, teringat Rafidah, teringat juga isu AP. Dan teringat juga satu adage "easy come easy go".

4 Jun 2010

Manikavasagam Tidak Faham Prosidur SELCAT Dengan Mahkamah

Siasatan Selcat, Mike Beri Keterangan, Teng Tegas Perlu Ikut Peraturan

Siasatan Selcat hari ini mendengar keterangan daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang membuat dakwaan berlakunya rasuah dalam syarikat lombong pasir milik kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Namun Manikavasagam tidak dapat menyerahkan rakaman video dan senarai saks-saksi yang menurut beliau boleh membuktikan dakwaan berkenaan.

Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata Selcat tetap menjalankan siasatan telus, namun meminta Manikavasagam untuk mengikut prosedur dalam member keterangan dan mengemukakan bukti.

Manikavasagam diminta oleh Teng menerangkan dokumen-dokumen yang didakwanya terkandung segala bukti dan senarai saksi yang diserahkannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin.

“Yang berhormat telah besetuju untuk memberi keterangan berhubung siasatan jawatankuasa ini ke atas urusniaga Kumpulan Semesta Sdn.Bhd dan Yb telah memberi beberapa maklumat berkenaan dengan Semesta ini, jadi dipersilakan YB apakah YB ingin memaklumkan pada jawatankuasa ini?,” soal Teng.

“Saya memang telah membuat aduan dan sebagai Pengarah Aduan Parti Keadilan Rakyat, saya telah menerima dua aduan, seorang kontraktor yang bernama Cheong dan juga pekerja Semesta, berjumpa saya di Pekan Meru dan memberi maklumat yang mereka hendak berikan pada saya.

“Seorang lagi pekerja Semesta, Encik Eng, seorang eksekutif dan juga saya telah menerima banyak lagi aduan daripada seorang kontraktor iaitu Encik Zahar, pelombong pasir di Mukim Rasa, di Hulu Selangor,” kata Manikavasagam.

Teng bagaimanapun menegaskan bahawa undang-undang tubuh Selcat menwajibkan mana-mana saksi yang hendak tampil perlu terlebih dahulu memberi keterangan bertulis yang ditandatanginya dan disampaikan kepada pejabat Menteri Besar.

“Sehubungan itu melalui pendengaran jawatankuasa hanya boleh mendengar keterangan daripada saksi untuk memberikan keterangan bertulis melalui jawatankuasa ini. Jadi saksi-saksi yang disebut oleh YB tadi, hanya seorang yang bernama Cheong yang telah pun membuat satu akuan berkanun dan telah diminta oleh jawatankuasa ini untuk membantu jawatankuasa ini,” kata Teng.

Bagaimanapun Manikavasagam meminta Selcat untuk mendengar keterangan semua saksi yang dimaksudnya walaupun mereka tidak membuat keterangan bertulis sebagaimana yang dikehendaki.

“Saya minta saksi penting Encik Eng pekerja Semesta sendiri datang memberi saksi hari ini sebab saya akan serahkan semua dokumen yang penting hari ini,” mohon Manikavasagam.

“Kita buat siasatan terbuka dan kita bukan siasatan macam polis mahupun SPRM, kita buat siasatan terbuka, kita perlu ikut prosedur, kalau saya tidak ikut prosedur, nanti Peguam Semesta akan buat aduan.

“Mengikut buku ini semua peguam perlu mengikut buku ini dan kalau mengikut buku ini semua jawatankuasa perlu mengikut buku ini, dan kalau di mahkamah pun tidak boleh tengah-tengah bicara di mahkamah dibuat, kemudian bicara diberhentikan kerana hendak membuat siasatan, jawatankuasa ini terikat dengan undang-undang jadi Dewan adalah pembuat undang-undang jadi kita perlu ikut undang-undang,” kata Teng.

Teng meminta Manikavasagam dan semua pihak supaya tidak menyalah tafsir keperluan untuk saksi memberi keterangan bertulis yang akan diperinchi sebelum keputusan dibuat sama ada perlu untuk memanggil mereka ke sidang Selcat.

“Bukan kita tidak mahu siasat tetapi masalahnya kita terikat, kita hendak panggil saksi yang kita sendiri tidak tahu siapa pun dia, akan menjadi satu perkara yang akan diketawa oleh dunia dan ini tidak mengikut peraturan, jadi ada prosedur-prosedur undang-undang yang perlu diikuti,” jelas Teng kepada Manikavasagam.

Teng juga berkata dokumen-dokumen yang ingin diserahkan oleh Manikasagam hari ini sepatutnya dibuat lebih awal.

“Dokumen perlu diserahkan pada masa peringkat siasatan bukan ketika hendak datang sini baru hendak menyerahkan dokumen, apakah pengetahuan yang ada pada YB selain daripada perkara itu yang hendak dikemukakan kepada jawatankuasa,” soal Teng.

Manikavasagam bagaimanapun tetap mahu panel Selcat melihat segala bahan bukti yang ada padanya termasuk cakera padat yang mengandungi rakaman video yang didakwanya terlibat dengan rasuah.

“Nanti dulu, sabar-sabar-sabar, saya jawap soalan, saya pun sabar Tuan Pengerusi dan datang pagi ini hendak beritahu perkara ini dan tuan pengerusi perlu panggil saksi-saksi ini! Satu-satu, memang satu-satu, sudah lama nanti sudah! Saya pun perlahan-perlahan, jadi saya hendak tanya semua dokumen itu ada pada siapa?”

“Semua dokumen ada pada Encik Eng,” jawap Manikavasagam.

Manikavasagam menggesa jawatankuasa tersebut tidak cuba untuk menyelindungkan mana-mana perkara dan bukti yang didakwanya benar terhadap isu penyelewengan rasuah pasir terhadap syarikat Semesta.

“Biar saya habiskan dahulu, yang penting dokumen-dokumen ini, panggil-panggil semua saksi ini dan sepatutnya tiada isu hendak tutup dalam isu ini, ini yang penting, tuan pengerusi perlu panggil semua saksi-saksi ini sahaja, saya minta itu sahaja, sekian terima kasih,” pinta Manikavasagam.

Manikavasagam kemudian meninggalkan dewan.

Teng berkata sidang siasatan Selcat adalah contoh yang mengutarakan ketelusan kerajaan negeri pakatan rakyat dalam menangani sebarang aduan penyelewengan kuasa dan rasuah.

Namun beliau berkata untuk memberi keadilan kepada semua prosedur-prosedur tertentu harus dihormati oleh pihak berkenaan.

“Mana ada satu jawatankuasa yang adakan pendengaran awam macam ini, siaran secara langsung, tiada cover up, semua ditanya, saya tidak kira daripada parti mana, ini dewan adalah dewan yang bebas.

“Kita ada daripada semua parti di sini, parti Keadilan ada, PAS ada, Umno ada, kita hendak menjalankan satu tugas dengan baik, mengikut amalan yang baik dan jangan cari publisiti di sini,” tegas Teng. -TVS


Hanya Saksi Buat Akuan Bersumpah Layak Beri Keterangan

Hari terakhir Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat) berhubung salahguna kuasa dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditangguh pada suatu masa kemudian menyaksikan pertikaman lidah berlaku ketika Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam memberi keterangan.

Suasana bertukar menjadi tegang apabila beliau yang merupakan saksi kedua hari ini ditegur Pengerusi Selcat, Teng Chang Kim dengan nada begitu tegas memintanya untuk menghormati panel Selcat.

Chang Kim cuba menenangkan Ahli Parlimen Kapar itu yang sangat beremosi dan marah apabila dihalang untuk membekalkan saksi-saksi yang merupakan pengadu berhubung pendengaran awam tersebut.

"Saya yang bawa isu, saya jawab tuan pengerusi, saya jawab soalan, saya sabar, saya pengarah aduan rakyat. Tuan pengerusi perlu panggil saksi-saksi ini. Dah lama saya nanti, dah lama saya sabar tuan pengerusi," katanya dengan nada tinggi.

Menurut Chang Kim, hanya saksi yang membuat akuan berkanun kepada jawatankuasa itu sahaja dibenarkan untuk memberi keterangan.

"Kita perlu memastikan keterangan yang akan diberikan saksi mestilah berkaitan kerana ini bukan mahkamah biasa.

"Sebab itu pada sesi pendengaran awam ini, jawatankuasa hanya boleh mendengar keterangan daripada saksi yang telahpun memberikan keterangan akuan bertulis kepada jawatankuasa ini. Ia bagi memastikan keterangan yang diberikan itu berkaitan atau tidak berkaitan.

"Daripada saksi-saksi yang disebut oleh Yang Berhormat (Manikavasagam) tadi, hanya seorang yang bernama Cheong Hoong Wooi telah membuat satu akuan berkanun. Jadi beliau telahpun disaman oleh jawatankuasa ini untuk membantu jawatankuasa ini.

"Lain-lain saksi disebabkan tidak ada sebarang keterangan berkanun maka mereka tidak dapat dipanggil oleh jawatankuasa ini. Diharap Yang Berhormat dapat memahami prosedur yang ditetapkan," jelas Chang Kim lagi.

Manikavasagam dalam keterangannya memberitahu panel Selcat bahawa terdapat dua pihak pengadu utama yang datang kepadanya membuat aduan berkenaan terdapatnya unsur salahguna kuasa di dalam KSSB.

Pengadu terbabit terdiri daripada seorang kontraktor, Cheong Hoong Wooi dan dua orang lagi merupakan kakitangan KSSB.

Antara nama kakitangan KSSB yang diberitahu beliau termasuk Ng Teck Yong. Saksi ini katanya telah memberikan dokumen berhubung isu ini.

Selain mereka, Manikavasagam juga mendedahkan terdapat beberapa sumber lain juga yang membuat aduan berhubung perkara sama.

"Yang penting hari ini saya akan panggil saksi-saksi ini dan mengemukakan dokumen-dokumen serta CD yang saya ada dan tidak ada sebarang percubaan untuk menutup apa-apa dalam pendengaran awam kes ini," tegasnya.

Berikutan itu, beliau menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya yang mengikuti pendengaran awam itu.

Chang Kim pula dengan tegas berkata, "Ini adalah prosiding yang serius, bukan satu ceramah politik. Jika anda ingin bertepuk tangan, sila keluar. Ini amaran tegas."

Sementara itu, ketika ditemui di lobi pejabat Selcat, Manikavasagam sekali lagi mengulangi ketegasan beliau hadir pada pendengaran tersebut untuk menyampaikan semua dokumen dan saksi-saksi yang berkaitan.

"Saya hari ini memang tak cakap banyak, kebetulan saya nak serah dokumen, dia (panel Selcat) pun tak tanya yang dia cakap cuma dua dokumen sahaja yang salah satunya dilabelkan sebagai surat layang. Itu yang saya marah sedangkan surat yang saya terima itu disampaikan kepada saya oleh orang dalam KSSB sendiri (Ng Teck Yeong). Jadi saya percaya.

"Saya juga marah sebab dia (pengerusi) tak benarkan saksi-saksi lain tampil untuk beri keterangan dan perlu mengikut prosedur sebagaimana yang dinyatakan dalam pendengaran tadi," katanya. -SK



Adakah Najib Sekutu Yahudi, Tinggalkan Negara Semasa Rakyat Kutuk Rejim Israel?

Pakatan Rakyat berasa kesal dan kecewa di atas sikap Perdana Menteri yang mengasingkan diri bersama-sama rakyat untuk mengutuk dan membantah tindakan kejam tentera rejim Zionis Israel menyerang dan membunuh aktivis yang beada di atas kapal misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza Isnin lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat meja bulat pimpinan Pakatan Rakyat bersama badan bukan kerajaan di Kampung Baru berkata persidangan pagi tadi telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana berjaya diatur dalam masa yang singkat.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana tidak ada wakil dari Barisan Nasional mahupun Datuk Seri Najib Razak walaupun jemputan telah diberikan lebih awal.

Turut hadir pada persidangan meja bulat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa serta pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.

"Saya ingin maklumkan bahawa persidangan meja bulat ini telah melakar satu sejarah kepada Pakatan Rakyat dan juga NGO, selain itu saya kesal kerana tidak ada wakil dari BN dan juga Najib dalam menyatakan pendiriannya.

"Pelan tindakan keadilan dan keamanan untuk Gaza yang telah dianjurkan pada 4 Jun 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mengambil pendirian bersama untuk mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan ke Gaza sebagai suatu tindakan ganas dan jenayah ke atas kemanusiaan.

"Dengan kesepakatan bersama kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa, kami dengan ini merumuskan

1. Mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan rejim Zionis Israel keatas aktivis misi keamanan berbilang warganegara.
2. Mendesak agar rejim Zionis Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.
3. Menuntuk supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
4. Menuntuk semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarik balik.
5. Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.


"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni rejim Zionis Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung," kata Anwar.

Selain pendirian bersama yang telah dipersetujui, persidangan juga memutuskan untuk menghantar surat khas kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui Pegawai Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur selepas solat jumaat ketika demonstrasi bantahan kekejaman Israel. -

Ulasan GB

Seperti terang lagi bersuluh seolah-olah APCO menyuruh Najib dan UMNO APCO sisihkan diri daripada rakyat yang menentang Yahudi.

Najib banyak liabilitinya kepada rakyat, isu katak dan isu Perak, isu lesen judi, isu Scorpene, isu Model Ekonomi Baru yang sisihkan bumiputera, isu penjualan 40% tanah Kg. Baru kepada kaum bukan-bumi, isu konspirasi Liwat2, dan lain-lain. DIbandingkan dengan Pak Lah yang berkategori "lembab" tapi Najib lain pula rekodnya, buruk dan busuk.

Beliau ialah Bapa Rasuah, Bapa Judi dan kini kena tambah Bapa Zionis di Malaysia.

50,000 Sertai Demo Anti-Israel. Tiada Kekecohan Jika Polis Tidak Campurtangan

Demontrasi Anti-Israel telah berjalan lancar. Sekalipun jumlah yang hadir melebihi puluhan ribu orang, tidak timbul sebarang kekecohan seperti yang didakwa dan diramalkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang melarang rakyat Malaysia menyertai demostrasi anti Israel.

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3: 20 petang: Pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Nasaruddin Isa dan Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan kedutaan AS.

3:10 petang: Pimpinan utama berada di depan pintu masuk kedutaan AS.

3:04 petang: Kira-kira 50,000 peserta perhimpunan tiba di depan bangunan kedutaan AS

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50,000 orang berarak menuju ke Kedutaan AS dan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.

2.20 petang: Ada 4 trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan. Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel.

2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3 km untuk tiba di Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi polis. Sekurang-kurangnya 7 trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'Hancur Yahudi'.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.

(Nota: Dikemas kini berdasarkan maklumat harakahdaily dan wartawan TV Selangor di lokasi, Radzi Razak)


Anwar: Memo ke Washington minggu depan

Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.

Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]

Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.

Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.

Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.

3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.

Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.

Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan. -mk


Ulasan GB

1) Demo Anti-Israel BN dihadiri 200 orang di Masjid Negara manakala demo Anti-Israel PR menjangkau 50,000 orang

2) Sekalipun polis ditempatkan di lokasi demo PR, namun tidak ada sebarang kekecohan berlaku seperti diwarwarkan.


BERNAMA Amalkan Kewartawanan Longkang

Cuepacs nafi 41% kakitangan awam amal rasuah

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Presiden Cuepacs Omar Osman hari ini menafikan seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.

Sambil mendakwa media telah salah tafsir kenyataannya semalam, Omar berkata, bilangan kakitangan awam yang disoal siat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2007 dan 2009 hanya sekitar 39 peratus hingga 51 peratus.

Seramai 51 peratus daripada 591 orang yang ditahan oleh SPRM (Badan Pencegahan Rasuah sebelum 1 Jan 2009) merupakan kakitangan awam dan ia menurun kepada 47 peratus setahun kemudian dan 39 peratus tahun lalu.

“Saya cuma berkata sekitar 41 peratus daripada mereka yang ditahan untuk disoal siasat oleh SPRM merupakan kakitangan, bukannya 41 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam... bila dikatakan 41 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam, ramai sudah bimbang dengan laporan ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Omar mengakui beliau menerima banyak panggilan telefon daripada agensi-agensi awam dan ahli-ahlinya berhubung perkara tersebut sejak pagi tadi.

Sambil melahirkan rasa bangga kerana peratusan kakitangan awam yang disoal siasat SPRM yang terus menurun sepanjang tiga tahun lalu, Omar berkata, pihaknya yakin angka itu akan mencecah paras sifar menjelang tahun 2012.

“Dalam dua tahun, pada akhir 2012, kami yakin peratusan ini akan menurun ke paras sifar,” katanya.

Laporan Bernama semalam memetik Omar berkata, seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.

Omar dipetik berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Laporan itu menambah bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan SPRM supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya. -TMI


Cuepacs: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas
June 02, 2010
TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar. — Bernama


Ulasan GB

Wartawan manakah yang mula-mula membuat laporan berkenaan? Ya, BERNAMA!

Ini menunjukkan berita-berita BERNAMA terpesong dan tidak benar. Ini menunjukkan kepada kita juga berita-berita BERNAMA tidak authentik dan tidak seperti yang diucapkan oleh pembicaranya.

BERNAMA banyak melakukan penipuan malah di dalam berita-berita politik pula banyak berita yang direka-reka terutama yang berkait dengan Pakatan Rakyat.

BERNAMA mengamalkan kewartawanan longkang yang kemudian menghidangkan berita palsu untuk ditelan oleh rakyat Malaysia.


3 Jun 2010

Pemujaan Najib: Katak dimasak dalam air panas

PRK Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu memperlihatkan sokongan padu pengundi Cina terhadap Pakatan Rakyat. Malah, sikap pengundi menolak rasuah politik (sogokan wang) seolah-olah memberi tamparan yang sengit terhadap Najib dalam usahanya mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Namun demikian, satu fenomena lagi yang jelas muncul di Pandamaran, Hulu Selangor, Sibu hinggalah Johor Bahru kebelakangan ini, iaitu sambutan hangat daripada pengundi Cina terhadap Najib ketika lawatan beliau ke tempat-tempat tersebut.

"Kali pertama PM mengunjungi sini sejak n tahun", "PM menikmati makanan tempatan yang enak"..., ditambah pula dengan gambar lautan manusia, orang ramai menegakkan jari telunjuknya untuk menyokong 1Malaysia bersama Najib, menyarat di muka depan suratkhabar.

Bagaimana kita membaca kedua-dua fenomena yang bertentangan ini? Pertama, kehangatan pengundi Cina menyambut ketibaan PM sekadar kelakuan bersopan, atau hanya berminat dengan cahaya kamera yang datang bersama orang besar, namun tiada kena-mengena dengan pilihan undi. Kedua, pengundi Cina menyambut baik Najib, tetapi kesukaan mereka terhadap Najib tidak cukup untuk menghilangkan ketidakpercayaan terhadap UMNO?

Analisa kedua di atas mungkin boleh diperlihatkan menerusi contoh berikut. Dalam kolumnya di Sinchew Daily, Lim Mun Fah memetik kata-kata pemimpin Pertubuhan Cina di Johor Bahru yang berbunyi, "Seandainya setiap pemimpin UMNO mesra rakyat, bersikap terbuka seperti Najib, bagaimana BN boleh hilang sokongan orang Cina?"

Seandainya soalan yang berlegar dalam minda kalangan masyarakat Cina hanya berbunyi, "Najib telah berubah, bagaimana pula dengan UMNO?", sebagaimana yang dikatakan penulis Sinchew Daily, maka Najib hanya perlu menutup mulut orang seperti Ibrahim Ali dan akhbar Utusan Malaysia buat sementara sebelum PRU, agar BN berkemungkinan besar untuk mengembalikan kemenangannya.

Malah, seandainya Najib singgah untuk sejam dalam perarakan hari besar Tua Pek Kong di Sibu (Najib hanya singgah selamat 10 minit), berjabat tangan dengan 500 orang, di samping tidak menyogok pengundi dengan RM5 juta di Rejang Park sehingga mengundang kesan sebaliknya, maka undi kepada BN mungkin bertambah ratusan, sehingga membawa kemenangan kepada BN.

Imej Najib melambung

Bukan mimpi seandainya dibayangkan Najib tampil sebagai pemenang di Sibu, kerana kawasan ini masih kubu BN yang kukuh pada dua tahun yang lalu. Kini, PR dengan semangat berkobar-kobar menyasarkan Malaysia Timur. Persoalannya, jikalau diadakan PRK, bahkan pilihan raya negeri di Perak sekarang juga, apakah "Gelombang Najib" akan memenangkan BN?

Kalaulah jawapannya "ya", maka loceng kecemasan telah berdering di Barat Semenanjung, asas kuasa PR. Tetapi, setahun yang lalu, imej Najib masih merudum berikutan rampasan kuasa di negeri Perak. Najib tidak berani untuk turun berkempen di PRK Bukit Gantang kerana khuatir dengan kesan negatif yang mungkin dibawa dirinya. Bukan sahaja orang dalam negeri, malah di luar negeri Perak berasa jijik apabila Najib dengan megahnya memperkenalkan empat ekor katak di Perak ketika rampasan kuasa.

Mengapa imej Najib, terutamanya di kalangan masyarakat Cina melambung dalam jangka yang amat singkat ini? Lebih-lebih lagi, sepanjang jangka satu tahun ini, Najib membiarkan kumpulan seperti Utusan Malaysia, Ibrahim Ali, protes kepala lembu, golongan yang cuba memonopoli penggunaan kalimah Allah untuk terus melakukan apa yang dikehendaki sewenang-wenangnya.

Jikalau beliau berjaya mengawal kumpulan di atas, menutup mulut Ahmad Ismail, Nasir Safar daripada mengeluarkan hujah yang mengundang "malapetaka", jadi apakah Najib akan menjadi lebih mesra rakyat, bersifat terbuka sebagaimana yang disifatkan oleh Lim Mun Fah dalam tempoh setengah tahun yang akan datang? Menjelang PRU ke-13, apakah Gelombang Najib bakal menangkis badaian tsunami politik pada tahun 2008?

Nilai orang Cina

Terdapat dua bacaan terhadap fenomena "Karisma Najib" dalam masyarakat Cina.

Pertama, "terkenal untuk 15 minit". Orang ramai suka tengok, bergambar dengan orang ternama, agar turut menjadi tumpuan. Jadi, apabila PM menjenguk ke rumah mereka buat kali pertama, ia semestinya sesuatu yang menggembirakan. Jikalau Ketua Menteri atau Menteri Besar PR juga datang bertanya khabar, maka persepsi positif terhadap Najib akan diimbangi, atau sekurang-kurangnya tidak ditukar menjadi undi.

Bacaan keduanya sebegini. Najib berjaya membina imej positif dirinya kerana harapan masyarakat Cina terhadap pimpinan UMNO terlalu rendah. Hanya dengan tidak mendendangkan perkauman Melayu, Najib berjaya mengkagumkan masyarakat Cina yang tidak menaruh harapan terhadap UMNO, meskipun propaganda "1Malaysia" itu memperlihatkan kecetekannya.

Namun begitu, apakah ini berbeza dengan Pak Lah, yang turut membina imejnya sebagai mesra rakyat, bersikap terbuka sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan PM? Apakah fenomena untuk membezakan antara pemimpin dengan parti ini akan berlanjutan sehingga PRU pertama PM baru ini?

Pada hakikatnya, kedua-dua bacaan ini mencerminkan kualiti budaya dan nilai masyarakat Cina.

Bacaan pertama meskipun tidak banyak menjejaskan proses pendemokrasian, namun menumpang bangga dengan ketibaan orang ternama, bermegah apabila orang berpangkat menjenguk tanpa mempersoalkan akhlak orang ini... bukankah apa yang berlaku pada ribuan tahun dahulu? Apa yang berbeza adalah, kalau dahulu orang Cina melutut di tepi jalan, melaungkan agar Maharaja dilimpahi rahmat dan umur yang panjang hingga ribuan tahun, kini menjadi fans zaman moden yang mengambil gambar dengan telefon bimbit.

Apa yang lebih bahaya adalah bacaan kedua. Sejak bila permintaan, harapan kita terhadap pemimpin UMNO, diukur hanya dengan "mereka tidak mempermainkan sentimen perkauman dan agama secara langsung"? Adakah ia membawa makna bahawa, seandainya pemimpin kerajaan bersikap sederhana dalam isu perkauman, maka kita tidak mempedulikan sama ada beliau memijak demokrasi, mencabul hak sivil, mencuri khazanah negara?

Peranan media

Setelah 8 Mac, kesedaran sivil semakin membangkit. Demokrasi, negara hukum (rule of law), hak asasi manusia, sistem dua parti yang diperjuangkan pelopor gerakan masyarakat sivil pada tahun 1980-an, telah menjadi persetujuan asas golongan muda dan penduduk bandar tanpa mengira kaum. Mengapa wujud pula pemikiran pemujaan pemimpin yang anti-intelektual dalam masyarakat Cina?

Apakah jenis manusia yang akan memuja Najib, biarpun pemerintahannya setahun ini mencatatkan rekod buruk - menumbangkan satu kerajaan negeri dengan rampasan kuasa, cubaan rampasan kuasa di negeri lain mengakibatkan kehilangan nyawa seorang pemuda, meninggalkan seorang janda dan anak.

Sementara itu, akhbar fasis dibiarkan terus menghasut populist, di samping menekan media yang bebas dan profesional, sehingga isteri perlu tampil mengawal stesen televisyen.

Adakah manusia itu orang tua yang selama ini hidup dalam pemerintahan autokratik, yang takut jika berlakunya huru-hara? Adakah pemuda yang asyik menyalin jawapan standard lantaran pendidikan yang tidak mengajarkannya agar berfikir secara bebas? Adakah kakitangan kerajaan yang periuk nasinya dikawal kerajaan? Adakah peniaga kroni yang mendapat kontrak kerana kebergantungannya terhadap kuasa pemerintah?

Kita boleh faham seandainya golongan yang tersebut di atas. Tetapi, seandainya bukan sahaja mereka di atas... Siapakahnya yang menyolek pemimpin sedemikian, agar kita percaya Najib telah menjadi baik, dan kini hanya menunggu masa agar UMNO menjadi baik seterusnya?

Hari ini, setelah sembilan tahun persekongkolan kuasa politik ekonomi untuk memonopoli akhbar Cina, semua warga yang prihatin terhadap masa depan negara wajib bertanya kepada diri, sanggupkah kita masih mengangguk kepada akhbar Cina untuk meneruskan agenda mereka untuk membantutkan, malah menongkah arus pendemokrasian negara kita dengan rencana mereka, sehingga kita menjadi katak yang masak dalam air yang dipanaskan secara perlahan-lahan?

Juga, pembangkang yang menikus dan terlalu berkira-kira bila berdepan dengan akhbar Cina selama ini, kerana takut diri mereka diboikot dalam akhbar Cina, wajib berdepan dengan persoalan ini.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji dan penganalisa politik. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal, disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

**Catatan editor: Artikel ini ditulis dalam konteks di mana pengamal media Cina menyarat dada akhbarnya dengan rencana memuji pimpinan Najib secara individu. Pada masa yang sama, kuasa konservatif dalam UMNO dipersalahkan kerana membantutkan perubahan yang cuba dibawa oleh Najib.
-MR

Polis Malaysia Halang Rakyat Bantah Israel?

Jangan sertai perhimpunan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. — Bernama

Air Mani Di dubur Saiful, Siapa Yang Memasukkannya?

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diperkatakan dengan ketiadaan koyakan, hari ini dimaklumkan oleh doktor kerajaan — kewujudan air mani di dubur pengadu memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan.

Dr Mohd Razali Ibrahim, salah seorang daripada tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 memberitahu, ujian sampel menunjukkan adanya air mani walaupun tiada kesan koyakan atau kecederaan pada bahagian dubur.

Ujian itu dijalankan dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

“Dengan kesemua laporan yang ada di depan saya, saya boleh mengatakan adanya bukti penembusan walaupun tanpa kecederaan klinikal,” kata beliau lagi.

“Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur,” katanya.

Dr. Razali berkata demikian ketika ditanya oleh pendakwa raya.

Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal mengenai laporan doktor itu sebelum ini, pada 28 Jun yang menyebut “tiada kesan kecederaan, tidak koyakan,,, tiada penemuan konklusif tentang wujudanya penetrasi di dubur.”

Doktor itu menjawab bahawa pada masa itu beliau tiada pengetahuan tentang kewujudan sampel calitan yang diambil daripada Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengakui tiada bukti wujudnya kecederaan atau trauma.

Menurut satu lagi laporan sampel-sampel calitan itu menunjukkan adanya kesan air mani.

Laporan itu hanya ditunjukkan kepada Dr. Razali oleh pasukan pendakwa raya hari ini ketika sesi soal.

Ini menyebabkan Dr. Razali mengubah rumusan beliau.

Beliau juga membacakan kandungan laporan yang mengatakan sampel calitan B5, B7, B8 dan B9 yang menyebut tentang kesan air mani di dubur.

“(Dengan ini) saya boleh merumuskan (sekarang) bahawa adanya bukti tembusan,” kata Dr. Razali.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh dijangka menyoal balas doktor itu selepas ini.

Dua minggu lalu Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Pada November lalu, pasukan pembela menegaskan dakwaan liwat terhadap Anwar berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi.

Malah sebelum ini peguam-peguam Anwar memberitahu berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal.

Mereka mendakwa perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. -TMI

Ulasan GB

Rumusan Dr Mohd Razali di atas menimbulkan banyak tandatanya.

Diantaranya ialah jika benar dengan kehadiran air mani di dubur Saiful menunjukkan ada tembusan, ia tidak semestinya dari zakar Anwar atau boleh disimpulkan wujudnya liwat. Bukankah kehadiran air mani itu boleh dimasukkan oleh orang lain apatah lagi air mani Anwar telah diambil secara paksa sebelum perbicaraan bermula?

Dan menurut satu pengamatan:

‘Saya baru teringat yg KY Jelly ialah water-based lubricant dan ia akan cair pada suhu badan. Bermakna selepas beberapa ketika dan sudah tentu tidak sampai 48 jam, KY Jelly ini akan telah mencair dan meleleh keluar dari mana-mana lekuk badan. Dan jika Anwar dikatakan menggunakan KY Jelly ini, sudah tentu tidak ada air mani yg tinggal dalam bontot Saiful disebabkan telah hanyut dibawa KY Jelly yg mencair ini!’

Justeru itu, timbul persoalan baru? Siapa sebenarnya meletakkan air mani di dubur Saiful jika bukan anggota konspirator?

Pertubuhan Yahudi Pertahankan UMNO APCO Dan Hentam Anwar

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.

B'nai B'rith juga memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W. Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar Ibrahim sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib Abdul Razak dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menuruti kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman di Dewan Rakyat 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Dato' Mahsuri Zainal.

Ulasan GB

Najib dan UMNO mungkin gembira dengan tindakan pertubuhan Yahudi itu kerana Anwar adalah musuh Yahudi dan musuh Najib serta UMNO.

Jadi, dari segi itu kita lihat: Yahudi pertahankan UMNO dan menyerang Anwar kerana UMNO melantik firma perunding Apco Worldwide yang ada kaitan dengan Zionis.

Yahudi marah Anwar juga kerana Anwar membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Rumusannya : Yahudi pertahankan UMNO lantas menyerang Anwar. Apakah kemarahan Yahudi itu di atas permintaan Presiden UMNO sendiri? Ada logiknya. Wallahu'alam.





Karpal Kemuka Alibi Dan Dakwa Saiful Berbohong Dalam Mahkamah

Saksi utama kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu kes itu, yang selesai memberi keterangannya pada Isnin lalu, hari ini sekali lagi diarahkan tampil ke kandang saksi.

Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

Karpal kemudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam, - Ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof membuat bantahan.

Sebaliknya Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku tetapi Saiful tidak bersetuju. Katanya, kejadian berkenaan memang berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.

Karpal: Kau menipu.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.

Beliau kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Sebelum itu, pagi tadi pihak pembelaan membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur, lokasi di mana Saiful mendakwa dia diliwat.

Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1.

Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia. -mk

TGNA : Najib Sudah Terlewat

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet sebagai langkah yang sudah terlewat sekiranya ia semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya Sarawak tidak lama lagi.

“Itu terlewat dah. Sudah terlewat (sekiranya untuk menghadapi pilihan raya Sarawak. Di Sibu kalah, baru nak buat perubahan? Sepatutnya awal-awal lagi (buat perubahan).

“Buat perubahan sekarang sudah tidak ada makna. Hanya buat orang ketawa,” katanya mengulas Kabinet yang diumumkan Najib, kelmarin, Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Kabinet itu menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri melaporkan, Najib juga melantik dua Ahli Parlimen dan empat Senator sebagai Timbalan Menteri baru.

:Chee Hueng dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, manakala turut diumumkan pelantikan dua Ahli Parlimen sebagai Timbalan Menteri iaitu Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem (Timbalan Menteri Luar) dan Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), yang juga anak kepada Soi Lek.

Rombakan kali ini menyaksikan empat Timbalan Menteri bertukar portfolio iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim yang menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat (Timbalan Menteri Pengangkutan); Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Empat Senator turut dilantik sebagai Timbalan Menteri yang baru iaitu bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang juga Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan baginda pada Jumaat ini, 4 Jun jam 3.30 petang di Istana Negara.

Najib berkata, pelantikan mereka selaras perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan.

Katanya, Seri Paduka Baginda perkenan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa mulai semalam.

Mereka akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam tempoh terdekat. -SH

2 Jun 2010

Kabinet Senator - Petanda Umno-BN Bakal Hancur

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan tindakan yang bertentangan dengan prinsip KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang beliau sendiri laungkan.

"Najib cenderung untuk memilih mereka yang dirasakan mudah bekerja untuk kepentingannya. Beliau mengenepikan pandangan akar umbi dengan melantik kroni menjadi menteri melalui jawatan senator.

"Secara rasionalnya, kredibiliti barisan kabinet itu terletak kepada kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri dan lantikan barisan kabinet baru ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej negara," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani lagi, Najib masih lagi mahu melantik orang yang diragui prestasi dan rekodnya, malahan ada di antara mereka turut terpalit dengan beberapa skandal yang melibatkan dana awam dengan jumlah peruntukan yang besar.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak melantik ahli parlimen di kalangan Umno seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad yang dilihat lebih baik dan meyakinkan.

"Individu seperti ini boleh memberikan harapan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Saya menganggap kestabilan politik dalam Umno-BN bagaikan 'telur di hujung tanduk'.

"Mereka ini tidak lagi relevan dan bakal hancur dan ini adalah ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Tambah beliau, semua ini berpunca apabila kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada orang yang berwibawa.

"Saya cadangkan Datuk Seri Najib Razak segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan itu tidak sesuai untuk beliau," katanya dalam nada sinis. - SK


MP BN tak layak anggotai kabinet Najib

PETALING JAYA: Penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, memberi tanggapan bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang semalam.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mencabar Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator baru dilantik bertanding dan menjadi ahli parlimen bagi menggantikan ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," katanya.

Bukan Kabinet Rakyat

Terdahulu, penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantiksebegitu ramai senator untuk menganggotai kabinet barunya.

Kata Lim, perlantikan berkenaan langsung tidak mencerminkan sebuah ‘Kabinet Rakyat’.

Ini kerana, menurut ahli parlimen Ipoh Timur itu, senator yang dilantik itu bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Menurut Lim lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Kabinet masalah MCA

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang semalam, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek – Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai ahli Dewan Negara. -mk