30 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Melaka Bakal Jatuh Kepada Pakatan Rakyat?

Melaka bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya ke 13 nanti. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ianya adalah umpama angan-angan ‘Mat Jenin’ yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Malah penyokong dan pemimpin BN sudah pasti mentertawakan sesiapa sahaja yang mendakwa mereka akan kecundang pada Pilihanraya Umum akan datang.

Namun begitu pernah kita terbayang, Selangor dan Khir Toyo; Perak dan Tajol Rosli; Tsu Kon dan Pulau Pinang serta Kedah dan Mahdzir akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sebelum ini. Sudah tentu tiada siapa yang menduga selepas Pilihanraya Umum ke 12 semua negeri-negeri kuat BN itu akan bertukar pemerintah.

Begitu juga keadaannya dengan Johor dan Negeri Sembilan yang dikatakan tidak mempunyai ruang langsung untuk PAS menang walaupun dengan satu kerusi. Tetapi itulah yang berlaku. Apabila Johor dan Negeri Sembilan berjaya diteroka oleh PAS apabila PAS menang masing-masing 2 dan 1 kerusi DUN pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu yang penuh dengan sejarah.

Maka tidak hairanlah semua perkara mustahil seperti itu juga bakal berlaku di Melaka. Pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 5 kerusi DUN melalui DAP. 5 DUN yang dimenangi oleh DAP ialah Kesidang (YB Goh Leong San), Kota Laksamana (YB Betty Chew), Bandar Hilir (YB Tey Kok Kiew), Bachang (YB Lim Jak Wong) dan Ayer Keroh (YB Khoo Poay Tiong).

Dengan 5 kerusi yang sudah dalam tangan Pakatan hanya memerlukan 10 kerusi lagi untuk merampas negeri Melaka yang penuh sejarah ini. Apakah ini mustahil? 15 kerusi DUN sudah cukup bagi Pakatan Rakyat memperolehi majority mudah iaitu kelebihan 2 kerusi dari BN untuk memerintah Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN secara keseluruhannya. Jika Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi maka BN sudah tentu hanya mendapat 13 kerusi DUN sahaja.

Dari pengamatan pemerhati politik, Melaka juga akan mengalami perubahan iklim politik pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Ini berdasarkan kepada ‘mood’ rakyat keseluruhannya yang dilihat semakin hari semakin condong meyokong Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi dengan kemenangan 7 kali berturut-turut Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia yang tempiasnya terkena kepada rakyat negeri Melaka.

Rakyat Melaka khasnya kaum Tionghua dan India semakin jelas menyokong Pakatan Rakyat sepertimana rakan-rakan dan saudara mara mereka di negeri-negeri lain. Jika senario seperti ini terus kekal hingga Pilihanraya Umum akan datang Pakatan Rakyat dijangka dengan mudah merampas kerusi DUN seperti Lendu, Machap, Bemban, Duyong, Klebang, Bukit Baru, Paya Rumput dan Merlimau yang mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu yang melebihi 20 %. Dengan kerja kuat yang berterusan Pakatan Rakyat dijangka dapat merampas 2 lagi kerusi majorit Melayu yang lain.

Oleh itu hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk merobohkan ‘khurafat’ (hanya BN yang boleh memerintah Melaka) di Melaka akan menjadi kenyataan.

Namun begitu gerakerja untuk menyedarkan rakyat Melaka tentang betapa pentingnya negeri Hang Tuah ini di perintah Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang mudah dan enteng. Seluruh jentera Pakatan Rakyat mesti bekerja kuat dari sekarang tanpa menoleh ke belakang.

Pakatan Rakyat Melaka juga mesti memantapkan perpaduan sesama mereka bagi memberikan gambaran kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menerajui Negeri Melaka. Persepsi ini amat penting kerana selagi rakyat tidak yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat maka selagi itulah mereka tidak akan mengundi Pakatan Rakyat.

Gerakerja secara kolektif, terancang, interaktif, kreatif dengan komitment tinggi di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mesti dimulakan dengan segera tanpa berlengah.

Sejak akhir-akhir ini, Pakatan Rakyat Melaka dilihat mula menggerakkan jentera secara kolektif di mana banyak program-program bersama telah dijalankan. Antaranya gerakan mendaftar pengundi baru, ceramah bersama, program kebajikan rakyat secara bersama dan program turun padang bersama. Ini merupakan perkembangan sihat yang cukup menggerunkan BN Melaka.

Isu-isu tempatan yang begitu banyak sudah tentu boleh digunakan Pakatan Rakyat untuk menenggelamkan Ali Rustam dan kuncu-kuncunya. Isu paling besar yang sebenarnya memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat ialah isu rasuah Ali Rustam, isu pembaziran kerajaan negeri, isu hutang lapuk kerajaan negeri, isu kronisme dan lain-lain sebenarnya belum dieksploitasi sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Melaka juga mesti diberi kefahaman yang cukup tentang hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Contoh-contoh program dan aktiviti kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat sekarang mesti diwar-warkan supaya rakyat negeri Melaka faham dan mengerti perbezaan antara pemerintahan Pakatan Rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dan pemerintahan kerajaan BN yang lebih mengutamakan tembolok pemimpin dan kroni-kroni mereka.

Dengan bantuan isu nasional dan antarabangsa maka tidak mustahil rakyat Melaka akan berubah dan beralih angin menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang. -mutaligat

Era Najib Altantuya : Antara Manek Urai dan Permatang Pasir

Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.

Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.

"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.

"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanyay.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.

Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.

"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"

"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.


Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.

"Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting."

"Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.


Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.

Kata Dzulkifli, Umno sebenarnya masih sukar memenangi N11 Pasir, walaupun calon Umno disegani bersih dalam kalangan ahli-ahli mereka serta pengundi sendiri.

"Umno masih angkuh, walaupun banyak pihak dari awal mengkritik peribadi calon mereka (Rohaizat), mereka tetap menamakan calon tersebut (Rohaizat).

"Andainya pemimpin mereka mengubah calon yang lebih bersih sekali pun, mereka (umno) tidak mudah memenanginya (Permatang Pasir) kerana Umno juga bermasalah."

Tambahnya lagi, perhitungan pengundi secara normalnya bukan sakadar terhitung oleh peribadi calon, malah integriti parti dan isu-isu berkaitannya.

"Dalam suasana yang biasa, iaitu tidak adanya 'Thunami Politik' seperti 8 Mac (tahun) lalu atau era Reformasi 1998 sekalipun, perhitungan pengundi bergantung pada faktor peribadi calon, integriti parti (yang bertanding) serta dinamika isu. Di Permatang Pasir tentunya begitu (perhitungan pengundi)."

Ujarnya lagi, sebanyak 30 peratus perhitungan pengundi masing-masing tergantung pada faktor peribadi calon serta integriti parti-parti yang bertanding.

Bakinya, iaitu 30 peratus bergantung pada dinamika isu-isu yang dilihat sekitar satu-satu pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Mengulas perhitungan Manek Urai yang acapkali dijadikan sandaran bahawa Umno serta calonnya semakin diterima rakyat, Dzulfikli menjelaskan bahawa perhitungan pengundi di Dun tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi dinamika isu, 30 peratus.

"Manik Urai buat penampilan Umno disebabkan PAS sedikit terjejas dengan pelbagai dinamika isu seperti kerajaan perpaduan, Manik Urai 'Anak Emas' kerajaan persekutuan, dan banyak lagi."

"Ditambah, Umno guna wang terlalu banyak dengan menjanjikan pelbagai pembangunan, tentunya mengaburi perhitungan pengundi."


"Dengan bahasa yang lebih mudah, perhitungan di Manik Urai masih disebabkan dinamika isu, kalau tidak pun calon Umno tidak mengalami masalah seperti di Permatang Pasir."

Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan peribadi Rohaizat dibelit kes pecah amanah RM161, 000 wang Koperasi Pekebun Kecil; dan kedudukan isteri keduanya, Rafizah Mohamad Ali.

Selain itu, kes penjualan tanah Johor pada Singapura 1980an, rasuah, kematian Beng Hock, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), undi hantu turut mewarnai Umno sejak hari penamaan calon, 17 Ogos lalu.

Soal peribadi calon, integriti Umno - dinamika isu; 3 faktor tersebut mengakibatkan Umno bukan sahaja kalah di Permatang Pasir, malah gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah kalah tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil sebelumnya. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Kepada Demontrans Lembu, Datang MBSA Pada 5 Sept (updated)

Kerajaan Selangor menjemput pihak yang menimbulkan bantahan berhubung pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam, supaya hadir pada Dialog Awam 5 September ini di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selepas kerajaan memutuskan pemindahan itu, menerusi persetujuan ramai.

Rodziah berkata, peluang ini juga boleh digunakan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.

“Saya sebagai adun di sini telahpun set satu pertemuan dialog bersama penduduk pada 5 September nanti di MBSA.

“Patutnya mereka menggunakan ruang itu untuk lebih berbicara, sabtu pagi,” katanya.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Beliau yakin, bantahan berhubung pemindahan kuil ini sengaja dibangkitkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan segelintir penduduk di Seksyen 23.

“Saya dengan berani nyatakan muka-muka yang ada adalah didokongi dan majoriti adalah ahli UMNO, saya dapati tak banyak penduduk, jawatankuasa bertindak, dua tiga penduduk, bukan semua, tak wakili semua 375 buah rumah,” katanya.

Rodziah telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Exco. Kerajaan sedia menimbangkan keputusan ini, jika ia benar-benar menimbulkan masalah kepada penduduk.

Beliau difahamkan, hanya segelintir sahaja penduduk yang membantah, manakala yang lain menghormati keputusan yang dibuat kerana kuil ini akan dibina di kawasan perindustrian dan bukan berhampiran kawasan perumahan mereka.

“Kalau kita pergi ke kawasan situ, seksyen 23, budaya mereka mencemari, vendalisme, menulis perkataan tak melambangkan budaya, tak bertamadun.

“Saya telah pun berjumpa dengan mereka dan telah bincangkan pandangan mereka nak tau betulkah majoriti membantah,” katanya.


Era Najib Altantuya : SPRM Dera Saksi - Gobind

Inkues kematian Teoh Beng Hock telah menguatkan dakwaan Pakatan rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan selama ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan penderaan fizikal dan mental ke atas saksi untuk mendapat keterangan.

Itu rumusan peguam Beng Hock, Gobind Singh Deo selepas 15 hari inkues siasatan itu berlangsung di Shah Alam.

"Saya ambil contoh apa yang berlaku pada hari ini, setelah 15 hari kami menyoal balas saksi-saksi dan saksi SPRM dan sebagainya, hari ini kita telah pun membuka laporan polis yang telah pun dibuat oleh saksi-saksi yang lain, yang mana mereka menyatakan yang mereka juga telah dibawa ke Plaza Masalam, tingkat 14 dan di situ mereka dibelasah.Didera secara psikologi dan juga fizikal".

Dalam temubual dengan TV Antara, Gobind berkata tidak ada siapa yang menduga ibu pejabat SPRM Selangor menyimpan seribu satu kisah yang mengerikan mengenai keadah mendapatkan bukti terhadap mereka yang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan wang.

"Kalau kita lihat dari segi set up, dia bawa kepada sebuah bangunan korporat, kita lihat dalam bangunan semua orang di dalamnya memakai suit, kita lihat ada sofa dan tv sebagainya, tidak ada sebarang orang yang akan fikir, tempat ini ada dibawa saksi dan mereka dibelasah. Bila kita sebagai suspek atau kita sebagai saksi pergi ke situ juga, memang di dalamnya tempat korporat, tidak ada sebarang perkara untuk kita takut. Walhal apa yang berlaku dan telah pun berlaku, apa yang saya nak cakap bukannya kita petik daripada udara, daripada laporan polis yang kita dapat, ramai yang telah dibawa ke situ" kata Gobind.

Beng Hock, seorang pembantu kepada exco kerajaan negeri, dijumpai mati pada 16 Julai lalu di perkarangan SPRM Selangor setelah dipanggil memberi keterangan terhadap majikannya mengenai dakwaan salah guna wang RM 2,400.

Beliau disoal siasat pada petang Rabu sebelum mayatnya dijumpai keesokan pagi.

Gobind kesal kerana sokongan pelbagai pihak terhadap penubuhan SPRM untuk membendung gejala rasuah dengan lebih berkesan akhirnya memberikan kesan sebaliknya.

"Apabila saya melihat Teoh Beng Hock khususnya mayat di situ, saya tertanya di dalam hati saya sebagai ahli parlimen, kita ini sokong MACC, apakah kita ini tahu fikir pada waktu itu sehingga ada orang yang didera" menurut Gobind.

Namun katanya lagi, beliau bersama-sama dengan Pakatan Rakyat akan terus berkerja keras dalam memastikan rakyat mengetahui hal sebenar di sebalik misteri kematian Beng Hock.

Beliau berharap keterangan saksi mengenai tekanan fizikal dan mental yang diguna terhadap mereka akan memaksa SPRM menghentikan penggunaan kekerasan sebegitu untuk mendapat bukti.

"Kita nak keluarkan kebenaran, kita nak semua orang tahu, kita nak SPRM tahu bahawa kita tahu, jadi jangan seolah-olah di dalam bilik ini semua orang tidak tahu apa yang berlaku. Kita nak bagitahu bahawa aduan dibuat, kita sedar dan you have to stop" tegas Gobind. -TVA


Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Demo Kepala Lembu (updated)

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.


29 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Perlaksanaan Undang2 Syariah Perlu Dimantapkan - Kartika

Isu hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah Kuantan terhadap Kartika Sari menzahirkan keperluan untuk memantapkan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini supaya dilihat sebagai memberi keadilan yang dimaksudkan.

Peguam Yusmadi Yusoff berkata sistem undang-undang syariah ketika ini menghadapi pelbagai kekangan sehingga mengundang campurtangan pihak eksekutif.

Kartika didapati bersalah kerana meminum arak di pusat hiburan Cherating pada 11 Julai lepas. Mahkamah Syariah mengenakan denda 5 ribu ringgit dan enam sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus bagaimanapun mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena kemuliaan Ramadan.

Kes kartika telah menarik pelbagai ulasan di dalam dan luar negara mengenai keadilan sistem undang-undang syariah sebagaimana yang di laksanakan di Malaysia.

“Kita tengok dalam kerangka undang-undang Malaysia sekarang ini, undang-undang syariah terpaksa bergelut dengan undang-undang yang sempit, ruang hidup di atas kerangka undang-undang common law. Ruang syariah yang diberi sejak merdeka amat sempit. Itu hakikat, tetapi hari ini dalam keadaan realitinya hari itu, orang-orang tiba mengangkat harapan yang amat tinggi dalam undang-undang syariah untuk dibuktikan ke manakah keadilan, mana mungkin untuk undang-undang syariah dilihat secara efektifnya dilaksanakan, ia mesti beri ruang yang cukup,” kata Yusmadi.

Beliau menegaskan rangka perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa.

“Maksud saya itu ialah rangka perundangan itu dari segi perundangannya dari segi asas, sistem keadilan dia mesti memberi ruang kepada undang-undang syariah untuk menyerlah dari segi keistimewaannya. Kerana saya melihatnya ia adalah tidak adil.

Bagi saya apa yang berlaku hari ini, bukan sahaja ia diadili tapi malangnya sekali seolah-olah undang-undang itu adalah ‘trial’ seolah-olah macam diadili dan diberi 1 kayu ukur yang amat tidak realistik. Bagi saya hari ini, kalau undang-undang syariah yang ada dalam kerangka perundangan sekarang ini pun dapat ditunjukkan boleh dilaksanakan, mampu memberi mesej pendidikan dan terutamanya dapat mengurangkan dan membezakan seidikit atau gejala atau kesalahan jenayah itu pun sudah cukup baik,” tambahnya lagi.

Yusmadi berkata undang-undang syariah tidak akan dihormati selagi pihak eksekutif tidak menghentikan campurtangan mereka dan membelakangi pengasingan kuasa yang termaktub dalam sistem demokrasi negara.

“Isu sebat, ketika dibangkitkan, tiba-tiba baru kita tahu kononnya yang menyebatnye belum terlatih dan aspek rayuannya tiada di Pahang. Dalam hal ini, ada isu-isu fundamental lain lagi contohnya isu pengasingan kuasa. Hari ini saya tengok, saya lihat Najib Tun Razak dan menteri-menteri lain menunjukkan sikap campur tangan dalam undang-undang mahkamah. kenapa seorang Perdana Menteri atau seorang eksekutif boleh campur tangan dalam kehakiman. Pertama tidak dibuktikan aspek kehaikman itu adalh kepincangan, dari segi prosedurannya?," katanya lagi.

Yusmadi berkata keghairahan pemimpin Barisan Nasional seperti Najib dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Abdul Jalil harus berhenti mempolitikan isu Kartika dan menghormati lunas-lunas Islam.

“Hari ini dikatakan Kartika perlu merayu. Persoalannya adakah ‘tuan punya diri’ mahu melakukan? Sebab di sini saya laping risau menggesa kepada pihak-pihak bertanggungjawab, jangan jadikan orang individu sebagai mangsa kepada kelemahan kita yang lebih penting lagi. Jangan sampai agama atau undang-undang kita difitnah atau ditomah,” akhirinya.



Era Najib Altantuya : 31 Ogos Misi UMNO Tawan Selangor

Dalam tempoh lebih kurang 30 jam lagi, rakyat Malaysia dikatakan akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Walaupun kebenarannya, hanya separuh merdeka. Separuh merdeka yang membawa maksud kita selaku rakyat masih belum benar-benar bebas untuk melaksanakan sesuatu. Banyak konkongan daripada pihak kerajaan yang membataskan perlakuan kita sebagai rakyat dalam misi mereka(kerajaan) untuk menjaga perjalanan pentakbiran yang sonsang.

Mana mungkin kerajaan di bawah Barisan Nasional akan memberi sepenuhnya kemerdekaan kepada rakyat sedangkan mereka selaku pemimpin-pemimpin negara masih lagi ingin menjaga periuk nasi yang bersumberkan hasil bumi negara dan titik peluh rakyat sendiri melalui amalan rasuah.

Dalam kempen menyambut kemerdekaan yang dilaungkan oleh kerajaan pada tahun ini, ada lagi misi mereka(BN) yang belum tercapai. Ya, 31 Ogos 2009, misi menawan Selangor. Mampukah Barisan Nasional selaku pemegang tampuk pemerintahan negara merampas kerajaan Negeri Selangor secara haram, iaitu tidak melalui sistem pilihanraya.

Usaha-usaha yang tidak mengenal erti jemu ini lebih bermakna sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam membasmi amalan rasuah. Namun berlaku sebaliknya apabila mereka lebih berminat untuk menggunakan segala jenis macam tanpa mengira sensitiviti rakyat demi mengapai tujuan dan impian mereka.

SPRM dijadikan tangan untuk parti pemerintah dalam usaha merampas negeri yang terkaya di Malaysia. SPRM dijadikan balaci dalam erti kata budak suruhan dalam melaksanakan misi-misi terancang mereka. Kemuncakkan kepada penyalahgunaan suruhanjaya ini membawa kepada kematian seorang anak muda.

Rakyat Selangor terutamanya menjadi bingung apabila kes-kes yang nilainya jutaan ringgit ditenggelamkan dan kes-kes kecil yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diperbesarkan hingga meragut nyawa anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rakyat di negeri ini tertunggu-tunggu dan mahukan jawapan kemana hilangnya jutaan ringgit semasa BN berkuasa, namun kerajaan BN di bawah pimpinan Najib lebih selesa untuk menyalahgunakan kuasa dalam menghalal cara.

Usaha-usaha BN tidak terhenti disitu sahaja, isu-isu yang tak mampu mereka tangani semasa memerintah dijadikan modal untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid. Isu penternakan babi secara moden dan isu arak dijadikan modal sedangkan selama mereka memerintah Selangor, apa yang mereka buat? Dan apabila isu-isu yang dimainkan tidak mampu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, isu agama pula dimainkan. Perarakan ‘Kepala Lembu Berdarah’ jelas dilakukan untuk menyemarakan api perkauman.

Dengan tindakbalas polis yang kurang cekap/cerdik atau sememangnya mengikut arahan dari kerajaan BN, perarakan ini tidak langsung mendapat tentangan daripada pihak polis sebaliknya anggota polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati kepada kebiadapan segolongan manusia.

Rentetan perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam misi menawan Selangor, agensi-agensi kerajaan malahan isu ‘agama’ menjadi dagangan mereka. Apakah hasilnya memberansangkan buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional?

Yang pastinya, ‘dateline’ meraka dalam merampas Selangor sudah hampir. Dalam tempoh lebih kurang 30jam ini sepatutnya perlaksanaan mereka berada di fasa terakhir dalam misi besar mereka. Ataupun hanya angan-angan yang mampu mereka kecapi. Nantikan 31 Ogos 2009.... tunggu dan lihat. -kedaikopitepimasjid

Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Isu Kepala Lembu

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.

Era Najib Altantuya : UMNO Sepatutnya Terima Dasar PAS Lebih Dahulu Dari DAP

Umno Kelantan tetap mempertahankan dasarnya adalah jelas dan jitu dalam usaha mengembang dan mengukuhkan prinsip Islam menerusi sistem pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun ada pihak yang tidak henti-henti cuba menafikannya.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mad Alwi Che Ahmad, mendakwa DAP merupakan parti menentang dasar Islam dilaksanakan Umno seraya meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, segera berhenti dari mempolitikkan gesaannya supaya Umno mengubah dasar dicanangnya selama ini.

Mad Alwi memberitahu Nik Aziz tidak wajar mengkritik ataupun meminta Umno berbuat demikian sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya lebih rasional menyeru parti sekutunya terdiri dari DAP dan PKR menerima dasar Islam dilaksanakan PAS tanpa sebarang keraguan.

Beliau menegaskan Nik Aziz baru boleh mengatakan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar Islam sekiranya DAP yang anti Islam, fundamentalis itu mampu menerima pakai keseluruhan dasar diperjuangkan PAS.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan kekalahan Umno di Permatang Pasir mempunyai kaitan dengan penerapan dasar yang tidak betul dibuat Umno.

Sebelum ini Nik Aziz dilaporkan berkata faktor terbesar menjadi punca utama rakyat mulai menolak Umno ialah kerana pelaksanaan dasarnya yang tidak Islamik tetapi lebih menjurus kepada sekularisme. Kata Nik Aziz ianya amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Dalam pada itu kenyataan Mad Alwi mendapat perhatian Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim, yang berpendapat bahawa kenyataannya tidak ubah sebagai satu kenyataan politik Umno Kelantan bagi menutup keaibannya ekoran kekalahan demi kekalahan dihadapi sepanjang pilihan raya kecil.

Manakala bekas pegawai halaqat Pasir Puteh, Drs Saipul Baharin Mohamed, pula beranggapan tahap kefahaman Mad Alwi masih rendah semasa mengeksploitasikan ideanya pada khalayak umum berhubung perkara tersebut.

Menurut Saipul, Umno sebagai orang Melayu sepatutnya terlebih awal menerima dasar Islam berteraskan Quran dan Sunnah yang dilaksanakan PAS sebelum meminta Nik Aziz menyeru DAP menerima dasar berkenaan.


Sementara itu pada satu majlis yang lain Nik Aziz memaklumkan kerajaan negeri akan membina sebuah masjid baru bernilai RM7 juta di kawasan persimpangan jalan Pasir Mas-Ketereh dekat sini.

Projek pembinaan masjid yang akan diberi nama Masjid Al-Hussin itu akan dibiayai oleh RHB bank dan akan dilancarkan di dalam bulan Ramadan ini juga. Menurut Nik Aziz, kerajaan negeri akan menyediakan tapak pembinaan masjid tersebut. -Mohd Zuharman

Era Najib Altantuya : Demo Kepala Lembu - Penerusan Agenda Utusan Malaysia

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

Era Najib Altantuya : Polis Masih Belum Siasat Demo Kepala Lembu

Beberapa Exco Kanan Selangor hari ini mengadakan perjumpaan tergempar dengan polis untuk menzahirkan kebimbangan kerajaan negeri terhadap tindakan pihak tertentu semalam berarak dengan kepala lembu untuk menghasut penduduk Melayu terhadap tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Semalam kira-kira 50 orang mengheret kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam selepas solat Jumaat.

“Kami telah maklumkan Ketua Polis Daerah (OCPD) supaya mengambil tindakan secepat mungkin terhadap peristiwa semalam, “ kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Xavier berkata polis member jaminan “akan diambil secepatnya kepada mereka yang bertanggungjawab. Tindakan ini akan diambil secepatnya kerana kita mahu menghantar mesej kepada semua bahawa tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang, termasuk UMNO sendiri dan bukan UMNO,”.

Dr Xavier berkata polis akan bertindak berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat bersabit tunjuk perasaan itu.

Antara yang membuat aduan kepada polis ialah wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS serta Parti Sosial Malaysia dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Polis kena bertindak dengan tegas supaya untuk menentukan supaya tak ada lagi tindakan seperti ini kalau polis tak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama dengan mereka dan ini menyebabkan tindakan yang liar berlaku,” kata Dr Xavier.

Tunjuk perasaan semalam dilihat sebagai cubaan pihak tertentu menghasut penduduk Islam supaya membantah pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke sebuah tapak jauh dari kawasan perumahan di Seksyen 23.

Hadir sama di balai polis Seksyen 11 hari ini ialah Exco Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei. -TVA



Era Najib Altantuya : Kuil Sek 23, Apa Isu Sebenarnya?

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”. -YB Khalid Samad

Era Najib Altantuya : Kepada Demontrans Lembu, Datang MBSA Pada 5 Sept Bincang Isu Kuil

Kerajaan Selangor menjemput pihak yang menimbulkan bantahan berhubung pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam, supaya hadir pada Dialog Awam 5 September ini di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selepas kerajaan memutuskan pemindahan itu, menerusi persetujuan ramai.

Rodziah berkata, peluang ini juga boleh digunakan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.

“Saya sebagai adun di sini telahpun set satu pertemuan dialog bersama penduduk pada 5 September nanti di MBSA.

“Patutnya mereka menggunakan ruang itu untuk lebih berbicara, sabtu pagi,” katanya.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Beliau yakin, bantahan berhubung pemindahan kuil ini sengaja dibangkitkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan segelintir penduduk di Seksyen 23.

“Saya dengan berani nyatakan muka-muka yang ada adalah didokongi dan majoriti adalah ahli UMNO, saya dapati tak banyak penduduk, jawatankuasa bertindak, dua tiga penduduk, bukan semua, tak wakili semua 375 buah rumah,” katanya.

Rodziah telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Exco. Kerajaan sedia menimbangkan keputusan ini, jika ia benar-benar menimbulkan masalah kepada penduduk.

Beliau difahamkan, hanya segelintir sahaja penduduk yang membantah, manakala yang lain menghormati keputusan yang dibuat kerana kuil ini akan dibina di kawasan perindustrian dan bukan berhampiran kawasan perumahan mereka.

“Kalau kita pergi ke kawasan situ, seksyen 23, budaya mereka mencemari, vendalisme, menulis perkataan tak melambangkan budaya, tak bertamadun.

“Saya telah pun berjumpa dengan mereka dan telah bincangkan pandangan mereka nak tau betulkah majoriti membantah,” katanya.

Era Najib Altantuya : Ketua Demo Lembu Mengaku Ahli PAS?

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. - malaysiakini

Ulasan GB

1) Apabila dah tersepit, pandai pula kata kepala lembu itu misteri, tak tahu dari mana datangnya.

2) Sedangkan gerombolan anda yang mengangkatnya, kemudian anda memijaknya.

3) Seorang lagi pencacai yang mengakui dirinya orang PAS, tugas PAS Shah Alam untuk siasat siapa Mahyuddin Manaf ini?


Era Najib Altantuya : MB Selangor Bidas Demonstran Lembu

Tindakan sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak membawa kepala lembu binatang suci dalam agama Hindu bagi membantah pemindahan sebuah kuil di Shah Alam adalah berbentuk provokasi untuk mengugat perpaduan rakyat, lapor TVA.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan berbentuk menghasut itu amat dikesali, khususnya menjelang Hari Kemerdekaan Isnin ini.

Khalid berkata rakyat Selangor pelbagai kaum adalah matang dan tidak akan terpengaruh dengan penunjuk perasaan yang cuba mencari modal politik murahan dengan menggunakan sentimen keagamaan untuk menghasut penduduk.

Beliau menggesa polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

“Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” tegas Khalid.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah pun mengatur perbincangan terbuka bersama penduduk setempat untuk mendapatkan maklum balas mengenai perpindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke sebuah tapak di luar kawasan perumahan di Seksyen 23. Dialog itu dijadualkan pada 5 September depan.

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja untuk mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Khalid.

Khalid berkata sebarang tindakan menghina agama sesebuah kaum akan membawa persepsi Malaysia semakin berundur ke belakang dalam aspek memupuk budaya menghormati kepelbagaian agama dan adat resam di kalangan penduduk.

Sementara itu pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.