Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom bersama lima lagi tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.
Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.
Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh akademik yang lain.
“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada pemberita.
Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.
Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.
Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan.
Anuar berkata, akan ada lagi tokoh-tokoh akademik yang akan menyertai Amanah secara berperingkat.
“Ini merupakan gelombang kedua kemasukan tokoh-tokoh penting ke dalam Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September lalu dan ada lagi yang akan membuat pengumuman menyertai Amanah,” katanya. -MD

29 ulasan:
Salam:
Diam-diam ubi berisi,syabas,buat kerrja,insyallah dgn izin allah,suatu hari nanti "Amanaah akan mengantikan umno/pas,dan menjadi payong untuk orang2 melayu dan rakyat malaysia umumnya.
teruskan usaha.
sekian.
Yg berpelajaran tinggi pilih amanah,
Yg taksub melulu pilih pas..
Ingat pas,ingat umno,mca,mic
Hehehe
Syabas,tahniah..., Amanah!
Yang masuk Amanah para ahli akkademik yang masuk Pas pellawak Mr Os itu pun dinafikan oleh Mr Os hehehehe.....
Syukur semoga disertai insan yg amanah demi Islam dan Negara.
Tahniah... teruskan usaha anda
Syukran! Syukran...! Moga Amanah di penuhi ahli-ahli akademik negara!
Alhamdulilah!, semoga Amanaah akan menjadi sabuah parti politik yang berpegang pada prinsip berpolitik dan kemajuan negara.Bukan hanya tentang tetapi memberi jalan keluar dengan sesatu kesulitan.Contohi sebagaimana TS Lee L. T.,menegur dan buka jalan.Selamat maju jaya.
Alhamdullilah....gempur sampai umgok terlungkup
Benar, tuan omar daud.
Hari ini orang tengok satu perkara saja. Kalau mana2 pemimpin bercakap, merancang dan bertindak tanpa memikirkan manfaat kepada rakyat terbanyak, dia pasti ditinggalkan. Tidak kira parti apa pun. Kalau salah langkah, pasti orang bijak pandai awal2 lagi cabut lari.
Umno telah diketepikan kerana tok2 ketuanya dikatakan bodoh2 belaka.
Pas pun sekarang dijauhkan kerana tok2 alimnya merapu2, berlagak dan tak pandai berkawan.
Amanah pun boleh jadi macam tu kalau tidak memahami hasrat rakyat. Asyik buang karan melayan benda2 tak berfaedah.
Ingatlah. Negara memerlukan orang2 bijak pandai dan amanah untuk mengembalikan dasar pemerintahan di jalan yang betul. Kalau tidak bertindak sekarang, bala besar sedang menanti..
Tak lama lagi parti Pas akan penuh dgn LiPas2
kita harap ramai lg bijak pandai profesional dn ulamak2 masuk Amanah
sekrng pas bongkak rrasa ramai ulamak maka dia betul dn sgt islam
Bunga-bunga sedang berkembang...
Api perjuangan terus menjulang...
Penyertaan tokoh akedamik sekali gus 6 orang adalah petunjuk AMANAH adalah lebih baik dari parti melayu yang sedia-ada.
bagaimana nak masuk PAS?, bukankah PAS dah seperti UMNO, maka lebih baik masuk UMNO terus.
Tunggu juga berita keluar kat blog2 pro paspispus... takde lah pulak.. mcm shahrun supian ckp..mr os pun malu mengaku jadi ahli pas.
TAHNIAH. PAS sudah lemah, hanyut entah apa halatujunya sekarang. Kesian. Harap lebih ramai tokoh-tokoh Melayu dan juga kaum lain menyertai AMANAH. AMANAH wajib bertanding di semua kerusi PAS kali ini. Insya Allah rakyat akan memilih AMANAH. PKR, AMANAH dan DAP akan berganding bahu untuk menyelamatkan negara. Umno/BN/PAS sudah tidak relevan lagi.
Isu korupsi dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Umno sekarang tidak pun ditegur golongan agama dalam Umno. Ini sangat menyedihkan. Apa kata presiden PAS? Senyap. Ini petanda buruk bagi negara kita. Maka rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Umno dan PAS.
AMANAH adalah sebuah parti Islam yang progresif. Allahuakhbar....
Percaya lah....jika amanah memilih utk bertanding di semua kerusi PAS yg akan menang adalah UMNO ..pas sudah biasa dgn kekalahan...tapi sy yakin fenomena ahli keluar parti akan menimpa Amanah sabaik sahaja kalah dlm pilihanraya
Kesudahan nya UMNO yg bagitu sarat dgn skandal juga yg akan terus menerajui negara..
Secara peribadi saya begitu senang melihat UMNO menjadi dominen dlm BN berbanding dgn PH yg kita tak tau siapa ketua nya....yg jelas DAP begitu kedepan berbanding dgn rakan nya yg lain..
Alhamdulillah..
UMPAS....
Tulang kering masih sayang bangkai bernyawa...tiada harapan...hanya mengharap ehsan duit rakyat dan kontrak kerajaan
Pas sekarang berperanan memecahkan undi rakyat dahln akhirnya memberi kemenangan kpd umno.Aku xnampak manfaat pas kpd rakyat malaysia selain tiap2 hari dok mfitnah pan. Politik sempit kampong mfitnah / melabon / bising2 dlm Facebook bkn main hingar,tp bila ajak debat kecut telor...pesideng senyap je skrg,xkn xdpt jwtn kluster klustur kot.kahkahkahkah
pas akan jadi hampas.kenyataan
pemimpin pas spt takiudin,idris ahmad,
nik abduh,xuhdi dan mustafa ali
sangat memualkan.
anon 11.24
sokong!
penyokong dan ahli pas lebih baik masuk umno terus
sebab setidak2nya umno tidaklah menonjolkan imej sgt islam
dan umno tidak mempermainkan hudud mcm pas
dlm umno klu tgk 'pay per view' bukan isu besar.
rasuah 'kecilan2' sekecil 250j (lembu) pun bukan lagi isu besar
sekarang ini dh senang lenang lembu tu dan suci dr segala dosa
pakai ala dewa atau sarung bunga malai atau patung di bt cave pun tidak ada sesiapa nk hirau
dlm umno tiada fikrah khawarij dan syiah. bukan kerana mereka suci tp kerana umnu hanya berkiblatkan wang.. agama2 ni bukan hobi mereka.
sedangkan pas....
imejnya sgt islam (org lain semua tk islam)
terdiri dpd ramai ostad yg baru nak start
menganggotai syura ulamak sudah dianggap ulamak
serban kupiah putih melepak atas kepala
takbir sentiasa dilaung diluar azan dn solat
tapi seleranya sama dgn umnu.
sepakat mereka permain hudud.
sepakat mereka assobiyah dan fahaman perkauman sempit
sepakat mereka rasuah dan tidak peduli rakyat
sepakat mereka fitnah cerca maki hamun org yg tidak sependapat mereka
sepakat mereka redha dgn kezaliman ke atas anwar
sepakat mereka menafikan 2.6b
sepakat mereka mengiyakan ckp perompak yg mengaku tidak merompak di sebuah tabung pak haji
sepakat mereka memburu harta dunia wang dan pangkat
sepakat mereka memperkuda penyokong bawahan utk kemewahan pemimpin atasan
MAKA KPD PENYOKONG PAS .... MASUKLAH KE DLM UMNU SELURUUUUH NYA
buat apa hidup dlm serba salah menipu diri sendiri, berimej islam tp tidak bebas buat apa saja mcm umnu sedangkan hati sgt kempunan dgn cara umno.
buanglah kopiah gantilah songkok tinggi, anda akan merasa lebih selesa dan luas dunia ini
Tuan Dol, bersetuju amat setiap hayat dan nadi berdenyut ini dapat rasa imarah pada politikus murahan dan menjunjung material...
PAS biasa kalah. Ulang PAS biasa kalah.
Sebab itu tinggalkan lah parti yang asyik-asyik kalah. Dah tentu dengan ketiadaan pemimpin progresif, dalam tangan PAS akan kalah.
Orang yang memilih AMANAH sudah bersedia memberi komitmen dalam apa keadaan sekali pun samada malah atau menang. Bukan mudah menang, tidak mustahil untuk berjaya. Sekarang dalam banyak isu PAS dilihat dalam kelemasan. AMANAH bukan setakat dapat jawatan dalam pentadbiran negeri Selangor tetapi dapat 6 orang tokoh sekali gus.
Ada Ketua tapi macam Najib pun tak berguna. Perjuangan PH ialah untuk rakyat. Dalam apa perkara, Rakyat yang ketua nya. Undang-undang, ketua nya. Najib dan UMNO, Ketua Penyamun. Kuasa dan hak pengamal undang-undang, penyiasatan dan kewangan pun Najib kasi samun !
Jangan suka menyamun, nanti berkawan pun dengan penyamun.
PAS sudah mengelabah.
Guna nama TGNA untuk menghilangkan rasa terkilan Gundah Gulana
Jgn lupa juga tulang kering...ahli pas juga akan kluar jika pas kalah byk tempat dlm pru akan datang..hahaha
Udah2 la pas...jgn dok sibuk pasal amanah...ahli pas byk dah kluar join amanah...baik jaga kata2 Dan tingkah laku...x pasal2 nnti lagi ramai kluar Dari pas....hahaha..
Syabas Yusuf Hassan dp Cot Mssjid Negri Selangor dulu.
Catat Ulasan