24 Jan 2016

Protes TPPA: AMANAH & Pakatan Harapan Di Landasan Betul Lawan UMNO BN

Bantah TPPA : Mohamad Sabu mahu rakyat tolak kapitalis, rasuah dan TPPA

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendesak rakyat menolak rasuah, kapitalis dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dalam ucapannya di Dataran Merdeka tengari tadi ketika menyertai perhimpunan aman Bantah TPPA yang diadakan hari ini.

Bantah TPPA hari ini berlansung aman sejak awal tengahari tadi apabila menyatukan kumpulan protes yang mula berhimpun di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Padang Merbok petang ini.


Antara kumpulan protes yang turut kelihatan sama menyertai bantahan TPP ini dikalangan NGO seperti Isma, PSM, Gamis, Perkasa selain disertai PAS, Amanah dan PKR.

Presiden Amanah,Mohamad Sabu ketika berada di Dataran Merdeka sempat menyapaikan ucapan dengan mengesa orang ramai menolak rasuah, kapitalis dan TPPA

Beliau berkata ekonomi Malaysia sudahpun dimonopoli oleh kapitalis tempatan.

Dengan TPPA, katanya, ia hanya akan memberi laluan kepada kapitalis Amerika untuk menepukan ekonomi Malaysia.

Malah, katanya, perniagaan kecil di Amerika pun membantah TPPA kerana mereka juga tahu bahawa mereka akan menderita jika ia dilaksanakan.

Justeru beliau mendesak kerajaan Barisan Nasional wajib dijatukan dalam PRU-14.

"Kita mahu rayat lebih kuat menentang penindasan. Rakyat sudah lama menderita dengan kenaikan harga barang yang semakin parah," ujarnya.

Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suaram menempatkan lapan pegawainya dan 10 pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memantau protes hari ini.

Dijangkakan sehingga petang ini Padang Merbok akan dibanjiri lebih daripada 2,500 orang yang menunjukkaan protes terhadap kerajaan kerana mahu melaksanakan TPPA di negara ini.

Demonstrasi Bantah TPPA yang berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka berakhir di Padang Merbok jam 4 petang tadi. -malaysiadateline.com






ULASAN GB

AMANAH bersama Pakatan Harapan berada di landasan yang betul selama ini tatkala menentang dasar-dasar pemerintahan rejim Najib dan UMNO-BN.AMANAH sentiasa "istiqamah" di dalam penentangannya samada di parlimen (seperti menentang Bajet 2016 dan isu plakad Mana Derma RM2.6 Bilion) atau di "demonstrasi jalanraya" seperti penyertaannya di dAlam BERSIH 4.0 dan protes TPPA hari ini).

PAS yang sebelum ini mengumumkan kerjasamanya dengan UMNO tiba-tiba hari ini muncul dengan baju hijaunya menyertai demonstrasi protes TPPA walaupun sebelum ini Presiden PAS menyatakan bahawa "jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan.


Dan lebih teruk apabila Presiden PAS menyerlahkan sifat perkauman yang tebalnya apabila menyelar DAP mahu TPPA kerana orang Cina kuasai perdagangan.

Ia telah dijawab oleh Tony Pua bahawa yang mencadang dan menyokong TPPA itu ialah kawan karib PAS iaitu UMNO, apakah UMNO itu orang Cina?

Walaupun DAP tidak mengerahkan ahli-ahlinya ke perhimpunan hari ini, namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga telah turut membuat kenyataan sebelum ini bhahawa DAP bersama Pakatan Harapan menentang TPPA.

Selain itu, PAS juga masih menyerlahkan dan mengamalkan sifat buruknya apabila mereka mengeboo AMANAH pada petang tadi sewaktu Tian Chua menyebut nama AMANAH. Tindakan memboo itu adalah "trade mark" buruk perangai PAS yang terikut-ikut dengan perangai dan sikap UMNO terhadap seseuatu yang tidak disukainya - sama seperti mereka lakukan ke atas kumpulan progresif di dalam muktamar-muktamarnya sebelum ini.

Sekarang hukum kebenaran dan keadilan terdedah, PAS akhirnya terpaksa turun juga ke jalanraya, terpaksa ikut Pakatan Harapan dan tinggalkan UMNO untuk melakukan demo terhadap kerajaan UMNO BN. Semua menyaksikan gelagat mereka, mereka tiba-tiba keluar beramai-ramai untuk menjuarai perhimpunan dan menjilat semula kata-kata mereka sebelum ini kononnya demonstrasi jalanan itu adalah "yoya-yoya" dan langkah politik tidak matang,

Yang pentingnya kini, Amanah bersama Pakatan Harapan perlu teruskan perjuangan menentang UMNO BN dengan atau tanpa kehadiran PAS. Akhirnya nanti PAS akan mengikut kita.

10 ulasan:

  1. Pas..oh..pas...startegi politik PH tu.. kesan kemudiannya akan memalukan pas.hahaha.. kalau dah meyertai tu kira pas dah masuk perangkap PH.. takkan pakar strategi terulung pas tak dpt kesan demo TPPA ni..pas menyertai demo TPPA kesannya kan pas juga.. padan muka.. dulu tuang presiden menghina pendemo2 BERSIH.. skg apa jadi pada parti berusia 60 tahun..

    BalasPadam
  2. pelik dgn perangai tuang presideng ni...tak tau dah nak komen cakap apa kat dia ni...geleng kepala jer laa...suka hati kau lah tuang presideng hadi...

    BalasPadam
  3. Mabuk ka PAS ni...

    BalasPadam
  4. Presiden pas yg mencorak pas harini...begitu pemimpin, begitulah pengikutnya...

    BalasPadam
  5. Ada nmpk zuhdiiiiii....ada nmpk din ayammmmmmmmm....ada nmpk abeduhhhhhhh....hiiiii...gram kat dorang ni......duk dlm bilik aircond kot....opppps...lupa lak...ada nmpk velfire 10kkkkkkkkk.....hihihi...letihhhh...

    BalasPadam
  6. TPPA tak akan menjadi, minyak dunia turun giler x jadi masaalah, bajet negara tak jadi hal dan bermacam macam lag........Jika orang tua ni tak sabotaj PRU13 dengan percikan apinya ( pil kuda, jebon , diberi tongkat kepada umno yang nak rebah ).

    BalasPadam
  7. Dulu aku x pernah miss sebarang himpunan, tp skrg dah x stim lagi nak turun sebab menyampah nak tengok muka puak2 pascai...lain kali kalau x ada puak tu confirm aku turun punya...

    BalasPadam
  8. Pada saya antara cabaran utama Pakatan Harapan adalah hilangkan seboleh mungkin ketakutan jiwa dan minda org2 melayu kampung dan pendalaman terhadap DAP...dan satu lagi DAP jgn sentuh sgt isu2 berkenaan agama Islam...serahkan tugas itu pada Amanah...moga PRU nanti PH akan berjaya...

    BalasPadam
  9. Apabila Presiden sebuah parti Islam selalu berhujah secara rasis, apa lagi yang boleh kita banggakan?
    Apabila Presiden sebuah parti Islam asyik menyalahkan orang lain (terutama Cina) tanpa membuat penambahbaikan dalam parti, apa lagi yang boleh kita banggakan?
    Apabila Presiden sebuah parti Islam menuduh parti lain rasis sedangkan dia pulak bersahabat dengan parti rasis, apa yang boleh kita banggakan?
    Apabila Presiden sebuah parti Islam .... apa nak jadi dengan Parti Islam Ni?
    Sudah sampai masanya PARTI ISLAM SEMALAYSIA bertukar nama kepada PARTI MELAYU ISLAM SEMALAYSIA agar nama Islam tidak dicemarkan. Sekurang-kurangnya ada juga Melayu kat depan Islam dan bukan sebaliknya. Bila lagi Melayu Islam di Malaysia nak menyediakan TANAH PERKUBURAN MELAYU? Bila lagi? Kan kita hendak hidup sebagai Melayu, sudah tentu matinya pun mahu Melayu juga kan.
    Patutlah Tok Jib dok HARAMJADAHkan Melayu kita. Hanya HARAMJADAH yang kenal HARAMJADAH.

    BalasPadam
  10. Dianggarkan disertai lebih 4,000 orang, kumpulan penyokong parti Islam dilihat lebih dominan, termasuk melemparkan perasaan marah mereka kepada penyokong Amanah.

    “Jahanam Amanah!”, “Hancur Amanah!” antara slogan yang dilemparkan kumpulan PAS ketika ahli parlimen dan naib presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.

    Hadi sudah tanamkan semangat fahaman syiah dalam diri ahli2nya..jahanam2..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.