PAS mampu berjuang sendiri, kata timbalan menteri besar Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.
Amar yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada Barisan Nasional, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.
"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.
"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.
Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.
Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.
"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.
"Menyerang Presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya. – Bernama
ULASAN GB
Ternyata kenyataan Nik Amar di atas terlalu angkuh dan bongkak. Seolah-olah PAS hanya ada di Kelantan tidak di negeri lain. Seolah-olah PAS kini sudah cukup kuat untuk berjuang sendirian tanpa rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Seolah-olah hanya beliau seorang yang berhak menentukan dasar dan halatuju PAS, bukan ahli-ahli PAS, bukan muktamar.
Apabila muktamar setiap tahun memutuskan resolusi perkukuhkan PAS di dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya segala jalan dan segala usaha dilakukan bagi mempastikan PAS tdiak berpisah dan terpisah dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang berlaku pimpinan tertinggi PAS lakukan adalah disebaliknya. Malah mereka yang bertindak untuk pastikan kesinambungan PAS dalam PR telah dilabelkan barua dan pelbagai label lain seperti Jebon dan seumpamanya.
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Susah payah pimpinan PAS terdahulu terutama Allahyarham Ust Fadzil Noor dan TG Nik Abd Aziz berusaha untuk menyatukan parti-parti pembangkang bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah kemudian diikuti dengan Barisan Alternatif sehingga kahirnya tercetusnya Pakatan Rakyat sehingga UMNO BN hampir ditumbangkan di Parlimen.
Pimpinan PAS terdahulu begitu bersabar untuk memajukan idea dan gagasan hudud.... mengutamakan yang utama iaitu menumbangkan dahulu rejim UMNO BN dan menghapuskan kezaliman. Tetapi malangnya pimpinan PAS yang ada terutama Haji Hadi dan kelompok ulamak tiba-tiba begitu gopoh untuk melaksanakan hudud, sehingga akhirnya Pakatan Rakyat berantakan.
Sepatutnya pimpinan PAS yang ada perlu bersyukur kepada Allah kerana dengan kewujudan Pakatan Rakyat, PAS telah mendapat tempat di hati rakyat termasuk yang bukan Islam. Malah PAS memenangi banyak kerusi samada di peringkat DUN ataupun parlimen hasil dari kerjasama erat parti-parti pembangkang ini. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan itu, sebaliknya mencari jalan untuk menghapuskan PR dengan "membarua" mana-mana pimpinan yang berhasrat untuk memperkukuhkan PR.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan....kita sama-sama tunggu hukuman Allah itu berjalan... tengok siapa yang bakal terhukum di dalam PRU14 nanti...
71 ulasan:
Tikus tua baiki labu.
hujah paling bodoh daripada mulut seorang ulamak.. betul2 haram jadah dan celaka.. pelbagai kata nista untuk si celaka.. kelantan memang tak ada masalah.. tempat lain? malangnya pas mempunyai geng2 ulamak yang bodoh dan haram jadah.. sbg contoh berpuluih tahun pas bertanding di johor tahun lepas pru 13 baru berjaya menawan 4 kerusi dengan bantuan undi bukan islam.. barulah ketua dewan ulamak pas johor, pesurujaya pas johor biole bercakap tentang islam di dewan undangan negeri johor.. sebab keharam jadah ulamak ini.. maka pru 14 bole ker pas menawan kembali? kalau ditakdirkan kalah maka boleh ker menyampaikan hujah islam di dun... bull shit punya ulamak
Semua orang akui PAS Kelantan kuat sebab faktor TGNA
Cuba cuba lah bawak berfikir mengapa PAS buat keputusan bergabung dalam Perpaduan Ummah Bahkan PAS pernah bergabung dengan UMNO
Parti yang bergerak sendiri ia lah parti yang tak boleh berkerjasama dengan parti lain Parti yang tak reti bercampur dengan yang lain Sebab itu sehebat hebat TGNA Almarhum bersedia berkerjasama dengan PR Ini sifat orang yang tak sombong dan bongkak!
Jika sebelum ini mereka 'mengapi api' kan isu hudud sekarang mereka 'mengapi api' kan ahli dengan keluar dari PR
adakah pas akan letak calon bidan terjun di permatang pauh?
ini nampak macam pemimpin yg tidak cerdik..
jgn nnati berputih mata
Bila yang diberi gelaran ULAMAK tidak memperjuangkan keadilan sejagat ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK tidak memperjuangkan hak rakyat biasa ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK tidak memperjuangkan hak rakyat yang dizalimi ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK tidak ambil kisah tentang oraang yang dipimpinnya telah dizalimi ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK asyik dok bercakap sombong ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK dok asyik menunjukkan kemewahan peribadi ... apa pandangan manusia (orang Islam dan bukan Islam) pada Islam itu?
Bila yang diberi gelaran ULAMAK ... sudah tentu akan diHARAMJADAHkan oleh rakyat sebab manusia hanya lihat pada tindakan dan bukannnya niat.
Belawok Hangit mung nik amar, 1990 Bn reboh sebab PAS bergabung dgn S46 dlm APU hasil kekuatan pengaruh tok guru n ku li....
Bukan angkuh dan sombong...itu kekuatan yang perlu ada pada seorang islam...termasuk kamu dan saya...agar kita di geruni..kita berlembut pada tempat nya.
Ini Timbalan MB taik kucing bodoh piang..Dia ingat PAS ada kat Kelantan je...Rakyat bukan nak PAS perintah Kelantan je tapi luaskan pengaruhnya di serata Malaysia...Ulamak macam ni dalam PAS banyak...kalau setakat nak sendirian je tak ada cita2 nak perintah negara ini lebih baik jadi NGO je....dapat juga pitih dari kerajaan BN...
As Salam , sudah menjadi lumrah bila berlaku perubahan pucuk pimpinan maka berlaku lah perubahan pringkat bawah..n setengah pemimpin 2 da trasa diri mereka HEBAT dri yg trdahulu...maka timbullah perasaan KUAT..X PERLU GANDINGAN..TAKBUR..RIAK yg akhirnya akan memakan diri sendiri..dah x tau dah sekarang ni HALA TUJU perjuangan PAS ni..WALLAHUALAM..
memang beliau seorang yang tak tau sejarah...berlagak, pas bila2 boleh kecundang di selangor. Nak ngoyak sket la amar oiiii..masa ayahanda arwah nik aziz ada dahulu memang pas di pandang tinggi, tapi la ni bagi ambo umpama parti pyrex jer ada pun takpo, takdo pun takpo..tak diperlukan pun. Nama parti islam tapi suko bergaduh...piiraahhhh
kelakarlah kamu ni... abis skrg PAS digeruni ke?
lagi dipandang hina sebab tak tahu hidup bermasyarakat.
dihina oleh rakan2 sendiri dalam PR, dihina oleh UMNO kerana dah masuk perangkap mereka
malah silap gaya dihina oleh Allah dan para malakaikat kerana Al-Quran menjelaskan:
"Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia." - Al Imran: 112"
Dua-dua kena jaga serentak, habluminallah, habluminannas...
jalan digunakan olih parti pas sebenarnya bukan jalan atau sunnah nabi,tiada demokrasi dalam islam ,islam menggunakan khilafah sebagai jalan pentadbiran,demokrasi pulak ciptaan dajjal..kembali pada sunnah nabi..khilafah adalah yang terbaik..
Anon 8.43, betul kekuatan perlu ada pada semua org Islam tp kebijaksanaan sering kali mengalahkan kekuatan. Amar sepatutnya lebih rajin membaca agar tak keluar kenyataan yg bodoh so bong macam ni. Ingat bukan semua ahli PAS menyokong apa yg anda dan sekutu sdg lakukan. Yg menentang sebenarnya telah terhidu bau2 UMNO dlm segala kenyataan yg dibuat.
Anonmouse 8.43 sudahlah bodoh. bodoh tak nak mampus pulak tu.last2 tak tahu nak komen.bila tulis kan nanti dikatan layan orang gila kita jadi gila sama.
Ayuh kita bergerak dalam PASMA. Kita daftar sebagai parti politik. Buat apa nak gaduh2 lagi dengan orang gila hudud. Buat sakit kepala ja.
aku yakin kita boleh menang dengan bantuan DAP. PKR dan parti2 di Sabah dan Sarawak.
Tidak mesti kita perlu PM melayu. Yang penting tidak mengamal rasuah dan adil dan saksama kepada semua rakyat. Tak perlu ada apa-apa istilah lagi. Bumiputera dan bukan bumiputra sama saja. Yang beza cuma takwa.
mungkin sebenarnya inialh stratiji beliau untuk menghancur kan Pakatan terutama hancurkan Pas.jangan pandang wajah dan pakaianya ,mungkin ini talipusat Umno.nampak macam ualamk je mungkin.Syaaaaaaaaiiiiiiii.takanaklah tuduh tan.eh geramnya aku.
Jangan sombong sangat nik amar. Masa menang tahun 1990 dulu sbb pas gabung dgn APU dibwh tengku Ràzaleigh.....kalau sendiri jgn hrp la .....
Sah sangat bongkak, angkuh dan sombong. 1990 tu PAS bukan menang Kelantan sendirian. Tahu dan ingat ke fakta cikgu ustaz ni. Sekarang dah naik taraf ulama lupa ke atau bodxx ke. Atau memang jiwa nak ke UMNO, sampai dah minta sungguh di pecat PR. Nanti bolehlah pusing cakap pada rakyat konon macam PAS dipecat pada tahun 1978 dulu. Jawatan dan $$$ sebenarnya yang menjadi idaman, hudud hanya menjadi bahan. Cikgu ustaz!!! masih ramai mangsa banjir tinggal dalam khemah di Kelantan ni. Kami yang kena banjir tobat takkan undi PAS lagi. Sama perangai UMNO. Tengoklah nanti!!!
betul apa yg dikata oleh Nik Amar...better berpecah kalau tak suka..jgn gadai prinsip semata mata nak kuasa..kepada yg tak suka pas mcm ni ..bole join pasma..takpun bila muktamar undi proksi DAP dlm Pas..kan senang...Pasma pun tunggu June kalau nak jadi parti politik..sbb kalau kalah baru jadi parti pasma...
Rosak.....!
Gila.......!
Macam GST juga daaaa.....! Suka atau tidak ...kena hadap jugak la...!
mohd syahrul said...
betul apa yg dikata oleh Nik Amar...better berpecah kalau tak suka..jgn gadai prinsip semata mata nak kuasa..kepada yg tak suka pas mcm ni ..bole join pasma..takpun bila muktamar undi proksi DAP dlm Pas..kan senang...Pasma pun tunggu June kalau nak jadi parti politik..sbb kalau kalah baru jadi parti pasma...
April 2, 2015 at 9:42 AM
macai bangang... tak guna otak.. 4 negeri mjriti mlyu.. kedah, perlis, kelntan, trngganu ..pas menang hnya di klntan... kalau mnang semua kawasan mjriti melayu baru mung bole kata kita kuat.. sama bangang dgn tuang presideng, geng ulamak hak celako mung ni
mohd syahrul,
prinsip kepala ban*
suka2 fitnah org pil kuda, aibkan presiden pkr, baruakan org...
sekarang semua tuh balik kepada tuannya...
anjing umno dalam pas...anjing ni lah yg akan menghancurkan PR serta PAS dalam PR14 nanti...
AssalamMu'alaikum Datuk Tim. Menteri Besar kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkatalah sesuatu tiudalam keadaan sedar. Pada tahun 1990 dulu PAS dapat tawan Kelantan disebabkab kerana ada kerjasama dengan Parti Semangat 46 pimpinan TengRazaleigh Hamzah bukan kerana PAS memang kuat. Kalau tidak jangan mimpilah...........
Belum ada pemimpin PKR atau DAP yang bongkak seperti itu
Semua orang dalam Malaysia ini tahu kalau PR berpecah yang paling untung sekali ialah UMNO Budak yang baru lahir semalam pun tahu yang untung UMNO
Nik Amar dah alihkan isu dari hudud ke PAS keluar PR Dia lansung tak ambil berat kenyataan PAS Selangor dan apa yang dikatakan oleh anak Fadzil Nor
Senang senang tuduh PKR dan DAP yang tak bertolak ansur sedangkan dengan ahli sendiri pun pro Ulamak UG tak bertolak ansur Dia ingat bertolak ansur ni cuma semasa buat keputusan? Mendengar dan memberi respon apa yang PAS Selangor dan anak Fadzil Nor katakan pun kira termasuk bertolak ansur Masa beri pandangan pasal masa depan PR pun bercakap biar lah bertolak ansur sikit
Nik Amar tak beri peringatan pun jika PAS keluar musuh akan buat kenduri 44 hari Apa guna duduk dalam PR jika musuh pun tak boleh di kenal pasti? Yang dia tahu masuk PR sebab nak laksanakan hudud semata mata
UMNO yang salahguna kuasa biar Allah yang tentukan macam banjir sebab Allah yang turunkan air banyak sangat
Baru jadi timbalan MB dah tak sedar diri Dan Kelantan sendiri belum tentu dalam PRU akan datang.Bodoh sombong kena kencing dengan UmNo nak berlagak tak kena tempat.
"Susah payah pimpinan PAS terdahulu terutama Allahyarham Ust Fadzil Noor dan TG Nik Abd Aziz berusaha untuk menyatukan parti-parti pembangkang....." - benar kah kenyataan ini atau gurauan anda ?
Setahu saya Pas tidak pernah mempercayai kafirun apa lagi kafir harbi Dap! Umno sahaja berpuluh kali di kafirkan oleh Pas dengan berbagai gelaran di selarikan.
Wujud nya PR kerana Anwar Ibrahim yang mampu meneraju dengan cara "melawan fitrah melayu." Itu kenapa Pas juga yang sinonim perangai yang sama seperti Dap, boleh sahaja bersekongkol - membuang segala hipokrit di gaul kepura-puraan demi menakluk Putrajaya, konon nya ! Betapa Melayu di tipu dan tertipu mainan Anwar, Nik Aziz / Hadi dan LKS/LGE.
Sebelum ini Pas memang bersendirian(setelah menarik diri dari Umno) . Cuma bila dalam PR kebodohan Pas terserlah, undi Dap meningkat sehingga Dun mengumpul jumlah perwakiln "yang membahayakan" kedudukan melayu itu sendiri...
Berpijak lah di bumi nyata wahai greenboc ! Jika anda seorang berilmu berhati-hati lah dengan cara politik yang menyahkan melayu dari bumi Malaysia ini. Jangan butakan mata dan pekakkan telinga...fikirkan pewaris nya kelak ! Kafir harbi tidak pernah redho dengan Islam. Juga munafik yang mencari untung besar.
yang maki hamun kat sini..sama sahaja dengan UMNO, PKR, dap @ BN... mmg PAS perlu sendirian.... PRU 14 nnti..setiap parlimen dan DUN...letak semua calon PAS...kita tgk resultnya...dah kita nak islam kan..takut apanya...menang alhamdulillah..kalah pon alhamdulillah...janji buat kerja btol btol itqan berstrategi kerana Allah semata...insya Allah..akan sampai waktu nanti...islam akan tertegak dengan sendirinya...penuh dengan izzah...ayat tu bukan sombong bongkak..itu ayat izzah...
Maju mundur sesuatu institusi atau badan adalah kerana pemimpinnya.
Jika pemimpin bijak dan disukai ramai maka pasti akan maju kerana dalam ramai-ramai pasti ada idea-idea yang mantap sebagai panduan..
Jika pemimpin ajak perang maka terjadilah perang, jika pemimpin ajak damai...terciptalah damai...
Kenyataan pemimpin kadang kala tersasul dan nampak kurang cerdik..mungkin malas buat kerja rumah.
Bunyi sama macam GST daaaa...!cuma beza nada saja. cakap lah apa pak sheikh nak ckp. Sampai waktu tau lah apa yg kami ingin pangkah.
Dari bising pasal parti, baik beri penjelasan pada Rakyat tentang haram dan halal nya GST tu. Rakyat nak tau tu je. Masalah parti tu, sampai mati pun
Kedua pemimpin Kelantan ini memang pun tak reti guna komputer
Tindakan mereka macam tak tahu apa yang terjadi sedangkan maklumat dan respon orangramai dalam internet setiap jam diupdatekan
TGNA pun bukan reti betul nak guna komputer
Tapi apa yang berlaku dalam PAS dan apa pendapat dan padangan dalam blog dia tahu samada orang bagi tahu atau dia sendiri yang tahu Maksudnya tindakan yang di buat atau apa yang berlaku dah tahu ke mana arahnya Dah tahu apa yang akan terjadi Sebab itu bila jawab soalan berkaitan dia akan jawab Mana pernah dia kata tak tahu atau jawab yang menyakitkan hati orang Tu pun UMNO marah ! Yang MB dan TMB pulak UMNO tak marah !
Ambill contoh bila banjir besar kata sebab hujan luarbiasa bukan sebab pembalakan yang telah di hentikan pengeluaran permit Tak berapa lama di dedahkan senarai permit yang telah di luluskan oleh blogger
Jauh jika dibandingkan pemimpin Malaysia kita dengan LKY Macam tu jugak lah jauh nya malah lebih jauh jika di bandingkan dengan TGNA yang beriman pada Allah
Sampai dah tolak hudud terang2an pun macai pasma kata pkr dan dap X sombong...
Ya saya sokong parti pasma ditubuhkan segera kerana saya juga sokong TGHH terus memimpin parti PAS.. bravo kepimpinan ulamak.. jgn jd seperti mereka yg mendewakn tok pekong..
Tiga pemimpin PAS yang paling saya benci adalah:
1. Haji Hadi Awang
2, Dr Haroon Din
3, Nik Amar
Kalau keluar gambar mereka, hilang selera makan.
Teruskan istiqamah TMB.. kami majoriti dlm PAS sentiasa bersama pencinta hudud.. bukan bersama penentang hudud mcm LKS dan DSWA..
Takabur..klu x krna idea tgna dn tgfn brgabung dgn angktn prpaduan ummah pas xkn mng kelantn dan dia pn xkn rasa jd tmbln mb..dasar cakap besar,
Kalau baca tajuk yang admin keluar tu memang betullah TMB tu sombong. Tapi adil ke kalau tak baca isi.
Admin jangan kena bertanggungjawap kerana pembaca2 blog tanpa usul periksa terus terpengaruh dengan tajuk admin beri dan mereka memaki hamun dan sumpah seranah tanpa membaca isi kandungan article yang diterbitkan MKini.
Bodo la ko.ni.. g la mlalut psl mlayu ko kt blog pro umno.. ko sibuk dtg cni psl pe..ikut GB la nk tulis apa.. blog dia ngok!!
Oi macai umno.. g brambus!!
Saya setuju bilamana kata Datuk Mohd Amar Nik...PAS boleh berjuang sendirian. Dahulu pun PAS berjuang solo.. Soalnya boleh atau tidak menumbangkan kerajaan BN dalam PRU akan datang.. itu cerita lain.. Kenapa kita nak melatah ajee dengan pandangan orang lain yg berbeza dgn kita..?? Bukan bermakna saya sokong.. tetapi.. keterbukaan menerima pandangan orang lain.. adalah tanda2 orang yg beriman. Kalau kita boleh menerima pandangan orang lain... InsyaAllah.. orang lain juga akan bersedia menerima perbezaan pandangan kita...
Kalau tak bleh nk bersuara.. itu dah macam umno laahh
Pemimpin utama PAS sedia ada telah menjadi tidak relevan. Tidak memahami maksud Islam sebenar. Islam bermaksud adil dan saksama, meletakkan sesuatu di tempatnya dan patuh kepada Allah swt. Berjuang di landasan demokrasi memerlukan seorang pemimpin Islam itu bijak, saksama, adil, jujur, amanah, berhemah dan yang paling penting memberi contoh akhlak Rasulullah saw. Malangnya, perkara ini tidak dizahirkan mereka yang mengaku menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan. Berpesanlah dengan kebenaran dan kesabaran, sesungguhnya Allah swt akan memberikan hikmah kepada kita semua. Wallahualam.
betapa kecilnya jiwa pemimpin PAS ini, hanya mahukan kelantan saja. kemudian rasa dh lepas tanggungjawab dlm perjuangan.
tahap JKKK saja.
pemimpin patut berjiwa besar, matlamat memerintah negara dan kalau boleh ada pengaruh diperingkat dunia.
sebb menguasai negeri masih terikat dgn kerajaan pusat. lambat laun kerajaan pusat akan memberi tekanan dn mencipta byk halangan utk melemahkan negeri.
jika memerintah negara, maka hudud akan berjalan lebih mantap tanpa gangguan kerajaan pusat parti musuh lagi.
jika memerintah negara, menguasai media boleh diguna utk menerap kefahaman hudud dgn berkesan. ia akan menyerlahkan keindahan hudud sehingga diterima oleh majoriti rakyat
Nik Amar ni tukang pecah belahkan Pakatan Rakyat jea buleh harap...nak tulung tarik sokongan pelbagai bangsa kpd pas sptmana yg TGNA buat jauh sekali...bodoh pianglah geng pas kalu ikut ckp mamat ni...tanpa dptkan kuasa terlebih dahulu, pas takkan ke mana...ingat tak di selangor dulu...nak masuk masjid nak bagi ceramah pun tak boleh...aduhai geng ug pas ni...
Sedih lah
Bila penjaga dan pendidik agama Islam sudah angkoh bongkak , maka kejatuhan agama Islam akan mendatang
Umat umat Islam Melayu akan jadi hina papa kedana jika terus men Keldai kan diri kepada Unta Unta agsma.
Orang orang Melayu saja
Sbg muslim aku wajib sokong hudud, soalnya betul ke umno serius sokong hudud ni atau sekadar strategi utk pecah belahkan Pakatan Rakyat? kalau ikut perlembagaan negara, hudud nak dilaksanakan perlu mendapat 2/3 undi majoriti ahli parlimen...jgn kuat sgt assobiyyah kawan...nabi tak suka..
Rosli betul ke ko cinta hudud.. Aku takut ko cinta buntot umno jer..heheheee.. Puteri umno..
Ghoosli.. Kami tk tolak hudud.. Ko ni tolol ker tk bc statement dswa.. Kami tolak undang2 syariah sesat bos ko tuh... Bukan hudud yg bos ko pamerkan tapi ajaran sesat!
Saya sokong Nik Amar...Allahuakbar...!!!
Entah bila pula PR menyahkan melayu Strategik PR ialah Calun BN Cina Calun PKR Cina Tapi bila PR letak calun Melayu Zahid di Hulu Langat BN UMNO letak India
Siapa yang nyah melayu?
Anon Apr 02 11 21 AM
Kedah pun tewas ada hati nak letak semua kawasan calun PAS
inilah buat kerja tak ada kebertanggung jawaban Tak ada rasa malu
Lepas ini jangan harap lah derma orang perseorangan apalagi karung duit Orang dah tak pergi ceramah lagi dah
Nak duit untuk PRU kena tebang balak lah!
Tiada apa yang perlu dipertahankan tentang kedudukan PAS didalam Pakatan Rakyat memandangkan Dap dan Pkr terang-terang menolak hukum Hudud...baik bergabung dengan Umno lagi bagus...tak kisah lah Umno ikhlas...
Wan Rosli
Main masuk terjah
Baca lah artikel artikel berkaitan dalam GB dulu Apa kata Anak Fadzil Nor "mengapi api kan" isu hudud
Lepas tu baca PAS Selangor yang kata hudud tak boleh dilaksana selagi tidak ada pemahaman
Kalau macam tu dalam PAS dah ada lah yang mendewakan tok pekong
Aku sokong hudud dikata assobiyah.. yg cinta parti dap boleh x aku panggil kurang cerdik
kalau PAS nak berdiri sendiri, PAS bolih. gali kubor dari sekarang. PR 14 PAS akan dikebumukan.
Baik Kita tunggu bila PAS bersendirian dan kita tenguk PAS cakap pasal Negara Hudud untuk memberi kefahaman pada pengundi
Buat lah kaji selidik dulu di Kelantan sekarang samada orang Kelantan percaya atau tidak pada Ahmad dan Amar
Dulu pun macam tu lah cara PAS sebab tak reti pasal isu lain seperti ekonomi dan undang undang Bulat bulat PAS kena tipu dengan UMNO Siapa yang bongkar pengundi hantu ? Siapa yang belasah SPR? Siapa yang dedahkan rasuah dalam UMNO?
Ceramah Hj Hadi tak pernah cakap pasal ekonomi Macamana di pondok macam tu atas pentas politik
PR tawar turun minyak hapus pinjaman PPTN Gaji minima itu pun masih belum menjamin kemenangan Semasa TGNA Husam yang merancang ekonomi Kelantan
Tapi istilah 'ekonomi' kepimpinan yang baru ialah lenyapkan hutan
kalau pas bersendirian pas boleh menang? presideng kamu dah buat kajian dgn meletak calon di 6 adun dan 1 parlimen yg bukan kerusi pas. apakah rumusan kajian itu?
BN MENANG SEMUA KERUSI!!!
bg mrk yg mengutuk org yg menentang hudud kelantan, mai sini sat. yg dikritik adalah ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN bukan hudud Allah swt.
EKJS adalah pindaan. kalau hudud Allah, boleh pinda2 ke?
lagipun ekjs tu sebenarnya mungkar! kalau dakwa org liwat atau zina tak perlu lagi saksi. kalau sifool tuduh siamang liwat dia dikelantan, sifool tak kena qazaf.
kalau nak Islam, Islamlah seluruhnya - 100%. boleh ke Islam 80% munafiq 10% kafir 10%?
kalau dmasak kari 10 ekor lembu dicampur dgn 1 ekor babi / anjing, korg rasa masakan tu halal ke?
pegawai Islam pun takut nak makan cadbury yg dia sendiri sahkan halal! itu baru dna, bukan zahir pun.
jgn jadi mcm hudud brunei, sultan kebal dr didakwa. lupakah hadis yg mengatakan keruntuhan kaum bila org kecil dihukum tp org kaya dibiarkan?
ciri2 barua umno dlm pas.
1. tak kritik umno tp kritik ahli pas dan pr
2. tak serang umno tp serang ahli pas dan pr
3. dpt liputan media umno
4. dpt habuan dr umno dan kontraktor umno.
5. bermegah dgn kemewahan.
6. tak buat2 apa pun utk rakyat yg kena banjir.
sekurang2nya YB Husam ada juga turun padang beri bantuan.
Dahlah bodoh...diperbodohkan pulak...jom asar...
Assobiyyah tu pasal nada perkauman kau tu yg kuat sgt bukan pasal hudud...ada paham kaa..kau asyik tarukk dap jea...apsal kau ingat dah gabung dgn umno nanti, mca tu jawa ke?
Inilah Assobiyah yang ada dalam PAS. Bercakap dengan keangkuha dan melihat secara lokal sahaja. Mana-mana pimpinan PAS perlu sedar mereka bukan membawa agenda keperibadian dan kenegerian masing-masing.
Tidak perlu menidakkan sokongan daripada rakan seangkatan (PKR dan DAP) kerana hakikat itulah PAS mampu menang di beberapa kawasan yang secara asasnya tidak mungkin PAS menang.
PAS boleh cermin diri, apa yang ebrlaku di Kota Damansara apbila PAS meletakkan calonnya. Siapa yang pilih siapa? Calon PAS tetap mendapat undi yang terendah.
Kumpulan-kumpulan yang terlalu taksub dengan agenda UG dan PAS boleh sendiri wajarlah berfikir dan merenung kepada fakta.
Apa pun yang kemelut yang melanda PAS ketika ini, hakikatnya ialah ujian Allah yang mahu membuka mata ahi-ahli PAS melihat gelagat dan keihlasan pimpinan PAS apabila mula diberi tampuk kuasa.
Jika terus dengan keangkuhan dan kesombongan, maka PAS akan kembali menjadi Parti Pak Lebai sahaja...
Kih kih kih.terhibur pulak aku dpt tgok sarkas free dr anon 3:25.sebongok2 ahli PAS pon tak wat perangai mcm kau buat kat atas tu.hihihi.bgus jgak kao ader.tak lah terasa tension sgt bila dok baca blog politik neh.biasanya cara tu geng umngok yg menjuarainya,aduhaiiii kah kah kah kah.teringin aku nak tgok tuannya.cmana rupanya.
AKU KALAU ADA KUASA, AKU PECAT!!!
Ketepikan NIk Amar dari kepimpinan PAS dan TMB.
Husam,sila komen sikit pasal Nik Amar ni...
Boleh ke? Jangan takutlah...
Pungkok hang!!! Ni sekoq lg ajen amno-Upco. Pi balik jg parti hang bahlol..
Ekceli di Klantan sndiri pn pas akn mngalami kekalahan dlm pru akn dtg...mngkin nik amar lupa or buat2 lupa dlm pru lps yg memenangkn pas di klantan krana undi golongan ank klantan perantauan mcm sy dn kwn yg blik mngundi ats faktor almarhum TGNA..tp skg kami sudah bosan dn mnyampah dgn game dn prangai ularma k ug pas klantan ni yg makin mnjadi2 sjak ketiadaan TGNA..so skg ramai ank klantan yg brada kt luar sdh mula menukar pusat mngundi.
Memang bngap btol lh macai sekor ni..aku nk tnya kau..dlm pru Dap lwn parti mn? Dap x lwn dgn umno or pas..tp dap lwn mcm or gerakan so kau ingt mca or gerakan tu parti melayu jgk ke??!!
Kalau xtau hukum hakam hudud tu secara terperinci tak perlu nak menghukum org yg x sokong hudud PAS....saidina umar sendiri pernah memansuhkan hudud waktu zaman kebuluran yg menunjukkan klu nak implement hudud kena make sure condition die sesuai...baca juga pendapat mufti perlis.....pemikiran melayu tipikal susah nak dgr pendapat org lain,..ego x bertempat tapi diri sendiri yg rugi
PRK pengkalan Kubur sudah menjadi contoh terbaik apabila PAS berjuang bersaorangan
dr the sniper:
DUN PAS menang di Selangor.
mm=% majoriti menang; c=% undi kaum Cina.
N17 Gombak Setia. mm=4.2%; c=11.73%.
N18 Hulu Kelang. mm=7.2%; c=14.32%.
N2 Sabak. mm=2.1%; c=12.23%.
N20 Lembah Jaya. mm=20.7%; c=31.86%.
N21 Chempaka. mm=25.9%; c=38.17%.
N23 Dusun Tua. mm=10%; c=37.72%.
N26 Bangi. mm=25.2%; c=18.96.
N29 Seri Serdang. mm=25.4%; c=31.6%.
N38 Paya Jaras. mm=14.3%; c=27.3%.
N42 Meru. mm=25.6%; c=27.5%.
N45 Selat Kelang. mm=8.7%; c=26%
N51 Sijangkang. mm=10.8%; c=15.2%.
N53 Morib. mm=2.6%; c=22.7%.
N54 Tanjung Sepat. mm=3.4%; c=28%.
PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP. Jika pengundi cina boikot DUN2 di atas dalam PRU14? Tak payah penuh. Cukup 50%. Semua akan bungkus.
Nik Amar boneka Umno. Apakah habuan dunia dia dapat merealisasikan cita-cita Umno untuk pecahkan Pakatan?
Usah pedulikakn golongan yang tak bersyukur.moga pas lebih gentar pada Allah dr golongan manusia sekular ni,istiqamah jdikan Al quran sbgai prinsip pegangan rujukan panduan dan peringantan.kalah menang Allah tentukan.jangan tunduk pada nafsu.Allah ade berfirman dlm surah sejadah ,al mulk telalu sedikit yg bersyukur.kita hidup kt dunia bukan nak menang piliharaya tp nak ikut perintah Alllah.bole tak bole ke Allah yg tentukan.jgn bg muka kt kafir dan sehaluan fahaman dengannya.Dlm bnyak peperang an ,Rasullulah pun kalah jugak padahal Allah bg hancurkan kaum yang zalim dlm 1 saat je.tapi Allah nak menguji kesabaran hambanya yang beriman.
Catat Ulasan