24 Okt 2014

[MENARIK] 28 Okt: Keputusan Mahkamah Untuk Anwar & Hadi


Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan tidak timbul isu diantara menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 28 Oktober ini.

Anwar dan Hadi akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang sama namun tempat yang berbeza.

Menurutnya, kronologi kes di antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden PAS adalah sangat berbeza.

“Kes Anwar ini sudah berlangsung selama bertahun-tahun, melibatkan isu-isu tentang keadilan, isu kehakiman dan juga isu pendakwaan yang terpilih.

“Maknanya tabiat kes Anwar ini cukup berliku dan ini berbeza dengan tabiat dan kes Presiden PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, motif hukuman juga tidak sama.

“Anwar sudah sampai ke tahap rayuan yang merupakan jalan terakhir.

“Manakala Presiden saya, dia diminta hadir ke mahkamah mengenai pertuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya,” ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, Mujahid tidak menafikan bahawa Anwar dan Hadi merupakan pemimpin besar di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mujahid turut membayangkan bahawa kemungkinan pemimpin PAS dari Pantai Timur akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu manakala pemimpin lain akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan di Parlimen dan juga memberi sokongan kepada Anwar.

Namun demikian Mujahid tidak menyatakan sama ada beliau akan menghadiri kes Anwar ataupun Hadi.

“Saya belum buat apa-apa keputusan. Implikasi di Kuala Lumpur dan di Terengganu juga berbeza. Kita kena faham.

“Saya berasakan saya kalau dapat hadiri di kedua-dua tempat adalah lebih baik. Tetapi apakan daya saya tidak boleh berada di dua tempat yang sama,” ujar beliau.

Pada 28 Oktober ini, Hadi akan menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Manakala Anwar akan menghadiri Mahkamah Tinggi Putrajaya bagi tuduhan liwatnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyatakan beliau akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi mengiringi kes Presiden PAS pada tarikh tersebut. Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa beliau akan hadir ke Putrajaya bagi memberi sokongan kepada keluarga Anwar Ibrahim. -FMT







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





27 ulasan:

Amuraria berkata...

moga kebenaran & keadilan muncul jua dengan izin Allah SWT ,insyaAllah,ABU !

Tanpa Nama berkata...

yg menariknya satu difitnah yg satu lagi memfitnah...

Tanpa Nama berkata...

Nak buat mcm mna rayat masih pilih ......

Unknown berkata...

Pulak tu yg ularmak memfitnah.....maasyaAllah.

air gunung berkata...

Sebenarnya perundangan negara yg sedang dibicarakan.pandai sgt atur..satu masa akn kantoi jge.jgn ingt rakyat bodo atau sentiasa bodo.

Tanpa Nama berkata...

Anon..10:11AM

Canteeek TUHAN beri mu "ilham" tu..

A) yg konon2nya dituduh LIBERAL itu,
....diFITNAH diFITNAH diFITNAH

DAN>>>>

B) yg konon2 FAKEH ulaamamak no2 donia yg sgt2 popular di TV3 & Meloya lg bijak menuduh2 "brokar-BARUA" dan berjubah brSARBAN itu,
....memFITNAH mmFITNAH mmFITNAH

maha2 MAHA7 BESAR KBESARAN MU yaALLAH!!!

"GOD's move mystrious way"
"aarinal haqqa-HAQQAN"!??

Tanpa Nama berkata...

bagi yg pergi beri sokongan pada hadi tu bermakna korang sokonglah fitnah yang dia dah buat.

pelik tengok kewalakan ahli pas. buat solat hajat mohon pada Allah swt supaya kekalkan pemimpin yang abaikan solat. pastu sokong presiden yang khianat pada rakan dan suka fitnah orang.

Tanpa Nama berkata...

Di Putrajaya kalau bersalah kena penjara bertahun tahun Dan yang satu lagi di Tganu kalau bersalah kena bayar ganti rugi dan kena minta maaf No hal lah punya

Putrajaya masuk penjara atau tidak maruah di angkat dan di muliakan Tganu kalau bersalah kena teruk dan kalau tak bersalah mulut dan lidah dia yang sebut Dan tak perlu di ingatkan pada orang orang PAS yang berilmu bahawa semua anggota badan kita akan menjadi saksi apabila di soal oleh Allah di hari pengadilan


Tanpa Nama berkata...

Semalam..
Sebuk n kecoh pasai anjing pakai SOROBAN n jubah
-konon2nya mgHINA islam hu hu..?

aku tengok anjing tu sgt mulia
aku rasakan anjing tu sgt jujur
anjing tu djdkan bahan FITNAH
..oleh pmFITNAH pmFITNAH pmFITNAH!
-sama mcm pilkuda
-sama mcm ayat BARUA!

hello
HELLO..
Anjing tuu sgt2 mulia krn TAK tau buat FITNAH pilkuda & ayat BARUA!?

HELLO..
Anjing tuu sgt2 jujur TAK tau U-turn AUTA BELIT putar2..

HELLO..
Anjing tu NON-special TAK mintak pon diWALAQ,dan TAK ngaku pon konon2 FAKEH/ulamak

HELLO..
Anjing tuu TAK lapar ESOS 500000,
TAK tau perabih DUIT gi LONDON,
TAK tau berLAGAK dgn velFire 7siri

hello..
GB dan pembaca2 budiman,,
Sapekah yg sbnr2 nya sgt2 sgt2 sgt7 HINA dan HAPRAK didepan MATA kita skrg!???

Bgmn pula HINAnya dan HAPRAKnya dsisi ALLAH!???

sama2 kita tunggu dhari diMAHSYAR nanti,, insy'ALLAH..

Tanpa Nama berkata...

perjara lah tanda kebenaran

mohd shahran berkata...

yang di trengganu nak bela buat apa.. ITU KEBODOHAN DIRI SENDIRI. hADIR DI tRENGGANU SEPERTI KITA HADIR SAMA MEMBELA SI FITNAH. KITA TURUT SAMA MEMBELA KEZALIMAN

kroni royalty berkata...

Belum didapati bersalah dah cuba melaga laga kan org..dan bawa fitnah.. siapa yg tak solat? Mungkin anda sendiri kot.. kalau kita setakat sembahyang .. kalau anda hanya ada ilmu fardu ain. Dok diam2.. kuliah anda kerap hadir tak? Hanya ALLAH sj yg boleh ketogorikan anda... semoga anda diberi hidayah oleh ALLAH. Insyaallah..

Tanpa Nama berkata...

semoga pihak yang menzalimi akan di hukum setimpal dengan kejahatannya...dan semoga Allah menyelamatkan orang yang beriman, beramal soleh dan orang yang berjuang atas dasar kebenaran dan keadilan...

Tanpa Nama berkata...

takde pernah dengar pun anjing adalah makhluk yang mulia... manusia adalah sebaik2 kejadian.. kalau ulamak buat silap dia akan diadili di pdg mahsyar .. kalau seseorang menghina ulamak ia satu dosa yang lain.. jangan sedap sangat menaip... semua itu tidak akan terlepas dari penghisaban.. jangan terlalu yakin...

Tanpa Nama berkata...

anon 1:35

ulamak yg memfitnah wajar dihina dan dtimpa kehinaan.

Tanpa Nama berkata...

kpd
Anon 1:35pm

ALLAH telah jd kan anjing sbg SAHABAT setia ashabul-KAHFI yg bnar7 brIMAN kpd ALLAH seolah2 seRUMAH ddlm GUA selama beratus TAHUN..

...bukankah itu keMULIAan anjing disisi ALLAH yg setia brsama2 org yg bnar7 brIMAN?

...betul,,manusia itu juga sebaik2 KEJADIAN.... TETAPI manusia juga trutama ularrrrMAK adalah sehina2 & seJIJIK2 "kejadian" (7:176)!??

fikir
fikir dlm2
fikir & BAYANGkan..

...seandainya yg diGEMBUR2kan konon2 nya bhw malaikat2 RAHMAT tidak masuk kerumah yg ada anjing...itu berERTI tiada MALAIKAT yg mnjaga & mmlihara ashabul-KAHFI ddlm GUA??

...seolah2 malaikat2 TIDAK brsama2 dgn org2 yg bnar7 berIMAN kpd ALLAH???

diantara NAS2 Quran & hadis yg mana kah masih ada "KHILAF"????

yaALLAH.."aarinal haqqa-HAQQAN.."

Tanpa Nama berkata...

anwar telah disabitkan dgn bukti zahir yg ada,soal dia kena zalim atau tidak..serah pada yang maha mengetahui.abd hadi lak..sebab mulut nakal..kena saman yg sepatutnya tak jadi apa pun.baik toksoh g keduanya..
berapa kali mahu bg peluang keduanya..terkadang fitnah datang bkn datang dari org lain..tapi diri sendiri yg timbulkan fitnah..betul atau tidak..ti cite lain...keduanya merosakan diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Yang disanjung2 tu dah DUA kali didapati bersalah meliwat. Nak puja juga kah?? Kali ni dia nak minta kesihan supaya tak dipenjara dengan menggunakan taktik lama konon mahkamah tak adillah, menentang kezalimanlah. Modal lama dan lagu dari piring hitam lama.Cuma yang tak guna otak saja yang masih termakan dengan cerita ulang tayang.Hairan juga, ulamak besar dunia seperti Yusof Qordawi pun langsung tak berbunyi kali ini untuk beri sokongan. Berbeza dengan Hj Hadi cuma dituduh memfitnah. Siapalah yang mahu mengaku dia jadi bapa ayam kle, atau pengedar dadah ke? Mana pernah tawkey heroin pernah kena tangkap.Yang menghina Hj Hadi adalah munafik2 yang barua yang menyanjung pebuatan keji kaum Luth.

Tanpa Nama berkata...

Tersgt jelas anon 2:54 adalah barua kepada presiden yg suka memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, apa hukumnya kita menyokong ulamak yg dah terang2 suka memfitnah tanpa bukti?

1) pil kuda
2) komunis
3) broker
4) barua

Tanpa Nama berkata...

WOW!!

Anon 3;06pm
wellcome..thats VERY2 GOOD QUESTION!

youu should ask that to nik aziz
you can do so to haron din too huh
or..well to majlis syoooruu s well

klu worang sudah TIPU FITINAH lagi itu AUTA2 karee manyak kali..aiyoooo!

but is wokey...as long as setan2 yg dikenali still backing them!?

Tanpa Nama berkata...

Klau dh taik umno tu..komen pn mcm taik..

Tanpa Nama berkata...



sdr anon oct, 2014 2:540 PM

Anwar di dapati tak bersalah dan di bebaskan oleh Hakim Berikutan keputusan tersebut pengakuan Sukma di tarik dan dia dibebaskan terlibat dengan tuduhan yang sama

Kes kedua Anwar dapati tidak bersalah kerana bukti dna yang sangat sangat meragui Kes rayuan hanya di buat di saat saat akhir sedangkan Sialpol keciwa kerana Peguam Negâra tidak terus mengemukakan rayuan

Kita kena jadi orang yang beragama sepanjang masa Jangan mudah terima apa yang di lakukan oleh sipenguasa atas sebab kepentingan politik kita lupa pada agama kita

Yusof Qordawi pd masa kes pertama sudah kelihatan berumur Kalau Anwar dah semakin tua mustahil Yusof Qordawi masih cegas macam dulu jugak

Sebenarnya anon 2:54 PM tahu akan kebenaran tapi sayang tak semua yang diberi kesedaran Ramai yang tahu dia sedang memandu kereta tapi mereka tak sedar mereka sedang memamndu

Yang tahu kah nikmat Allah (Ilmu)
atau yang sedar kah nikmat Allah (Ilmu) Kaitkan pula pada kes pil kuda Adakah orang yang mengatakan orang lain itu orang yang berilmu ?

Tanpa Nama berkata...

kes mahkamah HADI tak payah pergi kerana nilai ekonomi nya ZERO. Hadi pun tiada yang boleh di belajar kecuali nak jadi munafik saja.

kes mahkamah ANWAR IBRAHIM ada perubahan kepada jaidiri bangsa , samada jadi bahalol atau maju bijak kerja kuat macam bangsa Cina.

orang orang melayu rata rata bahalol malas miskin dan pelahap rasuah saja. Anwar Ibrahim ikon perubahan kecuali kalau bangsa Melayu nak hidup atas POKOK , macam rumah flat zaman ini.

Tanpa Nama berkata...

Bengong Kamu ni ajaran sesat pemuda kahfi

Tanpa Nama berkata...

Takde angin takan pokok bergoyang
Kamu ingat ada king Kong ke yang goyang

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas mulia suci. Segala buat adalah untuk baik. Jangan Kita soal mereka. Patut Kita ikut jer maka segala masiat akan Hilang.