27 Sep 2014

[BONGKAR] Patutlah Dia Sebut BARUA... Ada Kepentingan Peribadi Di Selangor (?)


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS.

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?)

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana.

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi.

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya.


TRANSKRIP

0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker?

0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu.9Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masalah" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik!

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri!

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
-alhusseyn













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





37 ulasan:

Amuraria berkata...

syabas kepada dua-dua insan berani kerana benar ! walau pahit kebenaan wajib dikatakan ,ABU !

Tanpa Nama berkata...

sememangnya aku bersetuju dgn PAS Selangor,ramai golongan yg celik erti persahabatan,ramai golongan intelek dlm PAS Selangor,berbanding dgn puak PAS di ....sendiri pikir la,aku sebagai salah seorang yg menyokong pakatan pembangkang masa PRU yg lalu,merasakan kecewa dgn cara Presideng PAS meluahkan kata-kata.Macam tu ke cara org yg berkopiah berbicara....tidak menggambarkan sebagai org islam yg sejati,apa kata sahabat non muslim...tapi aku warga internet tahu kenapa dia dok sibuk pertahankan TSKI,Din Ayam tu sapa,org yg buat kacau daun masa PRU lalu...org macam ni yg selalu porak peranda jemaah...Kalau macam ni la cara PAS...tak yah mimpi la nak perintah Malaysia dan nak bawa kebaikan untuk rakyat kononnya la,rupanya untuk tembolok sendiri.
Kalau demi rakyat,PAS akan sediakan calon yg mampu berbahas atau pun idea yg bagus dalam parlimen.Ramai yg berbahas aku tgk golongan profesional...yg pakai vellfire,entah ke mana,buat golongan PAS yg ckp 2 adun Selangor tu pengkhianat...aku rasa,mereka adalah wira rakyat...kalau masa tu,TSKI merasakan ramai menyokongnya,beliau ambil tindakan untuk bubarkan dun,duit siapa habis keluar....SPR? duit pembayar cukai la,kalau kamu nak tahu...
dan bg aku,pengkhianat yg sebenarnya adalah org yg tidak menjalankan amanah yg diberikan rakyat...dgn erti kata lain ' make gaji buto '

Tanpa Nama berkata...

suh wala suh tsiqah... rupanya ada benda tersembunyi disebalik arahan. menantu punya pasal... Allah dedahkan kesemuanya...

sanizabrinee berkata...

Ustaz Ridhuan Pas memerlukan lebih ramai orang seperti kamu ....barulah boleh melahirkan Pemikir yang kontemporari . Selain kanu dan ustaz wan ji masih ramai yang nasih duduk dibarisan belakang mesti tampil kedepan demi melhirkan generasi {jemaah } yang berfikir untuk menjadi teras kepada negara Malaysia kita ini .

Tanpa Nama berkata...

Yup,... Sudah samapai masaresideng pas ni di tukar... Begitu jg dgn mustapha ali... Yg juga ubat tamat tempuh... Elok le dikeluarkan... Aku anak muda xnak orang yg disuruh wala tp xtau nak jaga mulut yg jahat dan juga xtau nak setia kawan... Dari aku suka pas sekarang aku dah xsuka selagi presideng xditukarkan... Mulut dia mulut huduh sgt....

Tanpa Nama berkata...

Saya dengar, ikut hukum Islam kalau kita menuduh sasaorang itu kafir ke munafik ke fasik ke...tapi jika orang yg dituduh itu sebenarnya tidak seperti apa yg dituduh, maka tuduhan itu kembali pada diri yang menuduh. Jadi tuduh orang itu "BARUA" kalau orang itu tidak BARUA, apa macam? Maka yang menuduh itulah sebenarnya "BARUA" Di PRK Pkn Kubur semalam pun, petugas PAS dah kena sorak PAS BARUA ! Adoyai malunya. amik kau...

Unknown berkata...

AkhirZaman,ramai golongan ULAMA masuk Neraka....

Tanpa Nama berkata...

AkhirZaman nnti,ramai golongan ULAMAK masuk Neraka Jahanam...Masyaallah!

Tanpa Nama berkata...

Kena wala pada Hadi Awe sore saja kah?ko pemimpin Pas hok lain macemana.Nampak gaya ko hak lain tak payah wala bakali.sebabtu bila Abe mat berucap ada yang keluar dan ada set ustad muda piah putih jadi perangai beruk boo pemimpin.Hadi Awe Ayah Pin Hadi Awe Ayah Pin.Wala wala wala wala weh weh wala weh.Ayah Pin tak maki pengikut dia.Hadi Awe maki pengikut dia.Jadi jawape nya Hadi Awe lebih teruk dari Ayah Pin .Wala wala weh..........

4G berkata...

Yg heran mr president kita nie ta pernah merasa bersalah atau memohon maaf kpd individu2 yg pernah mnjdi sasaran hmburan mulut laser dia..i.e.calun pkr d trgnu yg dtuduh juai pil kuda..mngata wan azizah ta lyak jdi mb..mnuduh clun dmsara fhaman marxis..dll jika na d senaraikn byk

Tanpa Nama berkata...

Seingat aku dari tahun 1959, para pemimpin PAS terdahulu dari Dr Burhanuddin Helmi, Dato' Asri Hj Muda, Yusuf Rawa dan Ust Fadhil Nor, mereka ini sangat dikagumi, disanjungi dan dihormati.Tak pernah terdengar meluahkan perkataan kesat seperti 'BARUA' baik kepada kawan mahupun lawan sebab mereka adalah pemimpin berakhlak mulia dan perkerti tinggi. Tiada rundingan dalam gelap dan tikam belakang. Renungkanlah.....

Unknown berkata...

Sesuatu yang terpendam atau di peram bau nya akan di hidu juga begitu lah penjelasan nya bila perkataan "BARUA" dan "BROKER" "TERKELUAR" dari mulut se seorang yang di anggap mulia selama ini.

Untuk menurunkan se seorang dari tampok kuasa ada lah amat sukar. Contoh nya di tempat ku bila si YDP yang sudah memegang jawatan tu lebih dua puluh tahun pun masih enggan melepas kan jawatan tersebut. Tambahan pula bila ada pengikut. begitu lah juga dengan mereka mereka yang masih bergaut di kerusi nya, lagi lah susah bila ada kepentingan dan habuan. Cuba dapat kan penjelasan dari insan kamil yang di gelar "DIN AYAM"

Muktamar ke 61 ada lah medan yang sesuai, itu pun kalau akar umbi nak kan perubahan. Kalau tidak tunggu lah................

Tanpa Nama berkata...

aku doakan biarlah hj hadi ni kalah dalam saman rm2 juta tuh... biar sang menantu tu bayar, dan semuga penjadi pengajaran semua anggota majlis syura yg sibuk suh para ahli wala kpd mereka dan presiden.

Tanpa Nama berkata...

Tamatkan saja kontrek menantu Presideng tu dalam KPS, selesai masalah.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa PAS patut keluar saja dari pakatan rakyat. Apa guna bersama kalau saban hari difitnah dan diperli dengan pelbagai hal. Pas bertanding saja macam biasa termasuk di selangor. Andainya gabungan DAP dan PKR betul-betul kuat, selangor kekal di tangan pembangkang. Andai sebaliknya, ianya kan menjadi pengajaran kepada penyokong DAP dan PKR.

Tanpa Nama berkata...

PAS x perlu kelaur PR. Yang perlu skrg ialah UG keluar PAS. Mereka perosak parti. Mereka golongan minoriti yg mengkucar-kacirkan PAS.

in response to aku rasa PAS patut keluar saja dari pakatan rakyat. Apa guna bersama kalau saban hari difitnah dan diperli dengan pelbagai hal. Pas bertanding saja macam biasa termasuk di selangor. Andainya gabungan DAP dan PKR betul-betul kuat, selangor kekal di tangan pembangkang. Andai sebaliknya, ianya kan menjadi pengajaran kepada penyokong DAP dan PKR. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Aku pengikut Pas mohon kepad golongan ulamak muhasabah diri.agar Pas akan menjadi parti yang di kagumi.mula dari Hj.Hadi.mustopa Ali.Nik Abdoh.Nik Amar.Nasariddin Tantawi.Dr Azhar Yaakob.Haruhn Din.dan ramai lagilah ulamak jumud dalam Pas.

Tanpa Nama berkata...

Saya cukup setuju dgn Ustaz Ridzwan Abu Bakar. Takrif ulama perlu diperbetulkan. PAS tak perlu dipimpin oleh ulama. Tengok saja HAMAS, sayap politiknya dipimpin oleh Khaled Mashall, bukan seornag ulama tetapi HAMAS gemilang di bawah pipinannya. Begitu juga Erdogan di Turki. Kepimpinan Melalui Ulama hanyalah candu untuk memperbodohkan ahli PAS. Kepimpinan melalui ulama adalah doktrin Syiah di Iran. PAS menciplaknya. Tetapi anehnya PAS menentang fahaman syiah di Iran.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak dibimbangkan kalau PAS keluar pakatan rakyat? penyokong DAP dan PKR kan ramai... Lagipun komen para penyokongnya bagaikan kepimpinan PAS tiada sumbangan di Selangor dalam pru lepas.

Tanpa Nama berkata...

Pas kalau rasa kuat sangat nak keluar Pakatan, silakan. kami ahli-ahli Pas kat bawah ni walaupun ahli Pas tapi kami akan buat cara kami sendiri..'tetap bersama Pakatan Rakyat' tak kiralah PASMA ke Kelab Penyokong PKR & DAP ke..kami akan fikirkan untuk tetap bersama Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tak bimbang pun, PAS yang dpt kosong kerusi nanti jika PAS keluar PR. PAS dulu menang byk kerusi kena tgk siapa pesuruhjaya pas masa itu, Dr.Rani Osman, seorang rpofesyenal yang begitu disegani dan disenangi oleh rakyat Selangor. Alih-alih beliau digantikan dengan puak-puak UG seperti Iskandar Samad, Khaiiruddin dan Mohd Zaidy. Hancur musnah PAS Selangor dikerjakan. Guna kuasa veto macam Presiden parti.

Apa nak dibimbangkan kalau PAS keluar pakatan rakyat? penyokong DAP dan PKR kan ramai... Lagipun komen para penyokongnya bagaikan kepimpinan PAS tiada sumbangan di Selangor dalam pru lepas. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru Hadi hanya lah sejarah KEGAGALAN BAHALOL PAS di abad ini.

Cukup lah dari membincang kan cerita cerita si bahalol dan kegagalan nya.

Biar lah "Hermit" tinggal di gua nya. Tiada akan maju sesuatu bangsa yang bangga dengan kepimpinan bodoh benggap gaya penipu.

Kesian lah pada ahli ahli PAS yang bodoh buta buta mempercayai Tok Guru 2B - Broker & Barua nya.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, masih ada ahli pas yang berani semacam Ir.Izham dan ustadz Ridzwan. Smeuga lebih ramai yang tampil ke hadapan memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

PRU 14 nanti adalah masa yang sesuai untuk 'sekolahkan' golongan yang tidak kenang budi

Tanpa Nama berkata...

Keterlaluan tak jika aku katakan Haji Hadi Awang sebagai BARUA? Bukankah dia sendiri yang mempopularkan istilah itu? Bukankah istilah itu kembali kepada orang yang bercakap?

Saladeen berkata...

Sabar2 ler saudara ku semua.. Minum air dulu.. Gluukk glukkk glukkkkk..

Tanpa Nama berkata...

Anon September 27, 2014 at 12:35 AM -Kamu keterlaluan.Hanya orang suci sahaja boleh cakap Barua kpd yg lain.Akhirat nnti kamu akan diseret ke neraka kalau tak tarik balik kata-kata kamu tu!

Tanpa Nama berkata...

Ramai ustaz sekarang mempunyai kepentingan diri dan "cari makan". Rasa hilang hormat malah takut untuk menghormati mereka.

Tanpa Nama berkata...

baguih punya blok....seronok kutuk dan siar kelemhan...hentam sana...sini...kamu le jadi presiden pas

Tanpa Nama berkata...

Presiden kutuk dan hentam ahli PAS sendiri dengan broker dan barua tak mengapa? Baguih punya wala...

in response to baguih punya blok....seronok kutuk dan siar kelemhan...hentam sana...sini...kamu le jadi presiden pas by Anonymous

sb dehlawi berkata...

teringat kisah arif fahmi menantu tgna yg jadi ceo pmbk. husam terpaksa merayu tgna supaya arif letak jawatan. itulah bermulanya hubungan dingin antara husam dan kluarga nik aziz.

atsixty berkata...

Salam semua, pada pandangan peribadi saya, PAS keseluruhannya tidak lah begitu ROSAK - hanya perlu diganti segelintir yang kita selalu katakan puak puak UG. Mereka2 ini lah yang seharusnya ditukar ganti... selain itu PAS adalah parti yang dapat mengantikan UMNO. Jangan kita kecewakan pengundi2 bukan Melayu kerana mereka semua berharap sangat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada PRU 14. Insyallah.

Ikhlas dari saya.

Malaysiabaru berkata...

Takkan nk biarkan mb kedua ni bermaharajalela...anak raja terbuang

BaDiN berkata...

kemelut MB sdh berakhir tapi kemelut sesama sendiri tidaj berkesudahan,ok kali ini org PAS undi PAS,org PKR undi PKR,org DAP undi DAP bila masing2 menang,perintahlah di DUN masing2 ,jgn nak mimpi nak perintah negara jika asik nak berkelahi je..Aku pada PRU 14 ni Konform tak undi sapa sapa.kalau pergi pun aku bawa balik kertas undi tu buat Kenangan kalau beginilah keadaannya berterusan berbalah sesama sendiri.Tapi nak undi dacing tidak sekali kali..Adakah semangat ini mahu dibawa ke medan PRU14 nanti.NOKTAH...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan BaDiN. Orang PAS undi PAS.

Tanpa Nama berkata...

ini sajakah tahap hujah geng ulama ni? cuba beri hujah penafian terhadap tuduhan yg dikemukakan dlm artikel ini

in response to baguih punya blok....seronok kutuk dan siar kelemhan...hentam sana...sini...kamu le jadi presiden pas, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah tiada pilihan lagi,wajar gantikan Hadi Awang dengan orang lain.Semolek-moleknya Hadi Awang letak jawatan.Habis cerita.