26 Ogo 2014

[RAHSIA TERBONGKAR] Haji Hadi Ajak Azmin Bentuk Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO


Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"
kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. -TMI

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Terdedah sebuah tembelang paling jijik.

Baru sebentar tadi GB mencadangkan supaya Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang perlu diangkat sebagai Mursyidul Am PAS dan lepaskan jawatan Presiden parti.

Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, maka Haji Hadi sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan jika terbukti benar bahawa beliau ingin mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, bererti beliau telah mengkhianati keputusan Muktamar sebelum ini yang mahu PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Haji Abdul Hadi perlu dipecat dari PAS!

Rupa-rupanya perjuangan Hj.Hadi untuk MELAYU.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"

Di dalam tahun 2009 sewaktu idea Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mula hangat, GB pernah mengulas:

Sebenarnya isu tersebut tidak perlu diulas panjang lagi. Jawapan masyarakat sudah cukup untuk membuktikan idea itu ditolak.

Jika masih ingin terus memproklamirkan idea tersebut adalah terlebih baik yang termasuk di dalam kumpulan 3% yang menyokong itu menyertai UMNO. Itu jalan paling mudah. Tak perlu susah-susah untuk cipta satu utopia yang hanya indah pada sebutan tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak akan tercapai.

Kezaliman yang dilakukan oleh BN selama ini terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh tiba-tiba dikompromikan dengan pewujudan Unity Government sementelah lagi kita tidak cukup bijak untuk menandingi strategi Rasulullah di dalam bernegara. Jika tidak sudah pasti Rasulullah merupakan orang pertama mewujudkan Unity Government sewaktu kezaliman Quraisy Mekkah tertimpa kepada umat Islam.

Kezaliman dan kemungkaran tidak boleh dihapuskan dengan kita kononnya menjadi pentadbir bersama, dengan entiti politik yang masih berbeza. Jika demikian apa gunanya berpilihanraya lagi? Di mana pengertian jihad kecuali jihad untuk mengejar keduniaan yang menjadi matlamat Kerajaan Unity ini?

Juga, kerajaan unity ini adalah satu penempelakan dan penghinaan terhadap para syuhada yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk Islam zaman berzaman.

Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.

Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!

Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!

Dengan pembongkaran ini, 13 ADUN PAS perlu menentukan sikapnya SEKARANG. Samada ingin bersama Pakatan Rakyat atau Presiden PAS yang telah khianat terhadap partinya sendiri.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta khalid samad..mujahid rawa..hanipa..dr zul..mat sabu..bukak parti baru atas nama profesional. .nescaya ramai golongan anak muda akan tinggalkan pas..tinggalkann jer parti pas utk golongan serban..lembab nak mampus..bab agama memang terer..bab politik hancurrrr..bila kalah jer keluar la alasan..dah ditakdirkan allah..asalkan islam menang..kalau dah mcm tu..jgn bertanding..bagi jer UMNO menang free..panas betul aku ngan serban ni..ulamak mender..pil kuda ada laaa...puuuiitty

Tanpa Nama berkata...

Sebelum imej Pas dan TGHH jadi lebih buruk dipandang oleh masyarakat Islam dan bukan Islam wajiblah TGHH berundur dan letak jawatan.

Pengkhianatan Presiden Pas kpd muktamar parti, ahli2 dan penyokong2 Pas tak boleh diterima apalagi oleh seorg yg membawa imej warak dan terlebih Islamnya. Sangat menjengkelkan!!

Golongan ulamak munafiklah yg mula2 menghuni neraka berbanding golongan org2 yg jahil.

Tanpa Nama berkata...

mana macai UG? kata x UG dah x da lagi... yg ni apa ke halnya?

Tanpa Nama berkata...

Pohon GB semak kesahihan berita ni sebelum buat ulasan....

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah berita ni benar aku amat keciwa lah sebab selama ini aku percaya perjuangan tghh bersama pas.

pak maun berkata...

Haji Hadi dan Mustapa Ali perlu letak jawatan kalau ada maruah. Husam Musa jauh lebih berkelayakan drpd 2 org ni.

Tanpa Nama berkata...

hello anon 5:22 PM

masa pecat hassan ali dulu, haji hadi ada semak kesahihan kisah?

what goes around skrg tertepek kat muka sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni byk berita x betul harap hati2...

Tanpa Nama berkata...

Setiap yg ulas & komen ada dosa pahala..

Tanpa Nama berkata...

huh!! PAS parti paling senior katanya dalam PR. Masih perjuangkan BANGSA??? WTF!?

Tuan Guru Hadi, Sila letak jawatan anda sebagai Presiden parti. Ini memalukan. Apa khabar dgn 'amanat'1981?? sudah tukar ka??

Tanpa Nama berkata...

Mungkin GB pun dpt saham yg sama..

Tanpa Nama berkata...

ya anon 5:42

GB pon dpt saham sama!
jika betul laporan di atas maka "kaya"lah GB dengan saham yg berlipat ganda kerana mmempertahankan jemaah Islam dari dikhianati oleh presidennya sendiri....

Tanpa Nama berkata...

ya anon 5:42

GB pon dpt saham sama!
jika betul laporan di atas maka "kaya"lah GB dengan saham yg berlipat ganda kerana mmempertahankan jemaah Islam dari dikhianati oleh presidennya sendiri....

khianat berkata...

Khianat. Rasuah. Kita singkirkan... Insyaallah... ALLAHhuakbar.. kita tunggu dulu... jgn cepat percaya... Kalau sahih... jgn ditunggu lg....

BaDiN berkata...

Jika benar berita ini MAKA berkemungkinan PAS akan terbelah dua,Team 1 TGNA vs team 2 TGHH yg pasti menang adalah umno sebab jari telunjuknya bersambut.Melayu Islam milik umno dan Islam Melayu milik PAS2.Kalau digabungkan menjadi MALAS. Singkatan ini berbunyi MELAYU MALAS dan sdh tentu Majoriti Ahli PAS akan memberontak jika benar ia berlaku.Amat malang bagi PAS seandainya TGNA terjejas kesihatannya setelah terkejut perkara ini benar2 berlaku.Yg paling menggembirakan adalah umno sebab PAS menerima nasib yg sama dgn PKR.PAS terbelah dua adalah Talian Hayat Baru Bagi Umno.Pihak media pro BN akan menggila penuh kegembiraan sebab ada isu besar yg menimpa PAS utk didendangkan di mata rakyat.Ya ALLAH ,KAU hapuskan makhluk yg cuba menghancurkan PAS yg ada dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Lim Kit Siang cakap TGHH adalah panadol yang dah expire, masa tu sakan penyokong PAS marah kat LKS sampai nak keluar PR. Masa telah menentukan cakap2 LKS mungkin ada kebenaran atas perkara politik bukanya perkara agama.

Tanpa Nama berkata...

betul ke? mana dapat sumber? malaysian insider? admin denga sendiri ke? takut2 benda nie fitnah.. jngn mudah melatah..

Tanpa Nama berkata...

Haha. Pekabat Hj Hadi secara rasmi menafikan perkara ini berlaku dan suruh Malaysian Insider mintak maaf atau akan disaman fitnah. Berita dipaparkan Greenboc ni fitnah, mengikut orang yang ada diwaktu pertemuan Hj hadi dan Azmin Ali.

Alamak, alamak. Macamana ni? Greenboc nak kena jilat ludah sendiri ke lepas ni?

Allah Maha Agung.

Tanpa Nama berkata...

DARI TMI:

Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno
Published: 26 August 2014

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.

Tanpa Nama berkata...

Settle this rubbish in court

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah party yg teramat teruk kerana disebabkan virus ada dikepalanya. PAS kena ingat sokongan anak muda kepada PAS adalah utk mempastikan PR mengambil alih tempat UBN. Kalau ini sikap PAS anak muda akan lari dari PAS. PAS Kelantan juga nampaknya ego ( berdasarkan kenyataan Pilot dan ko pilot nya ). PAS Kelantan kena ingat PAS memerintah Kelantan kerana sokongan dari pengundi Bandar yg rata-ratanya celik maklumat. Penghuni mengharapkan akan berlaku perubahan diperingkat pusat dan kalau beginilah jadinya lebih baik sokongan diberi terus kepada UMNO. Kalau UMNO perintah Kelantan 99% minyak akan didaratkan di Kelantan dgn ini rakyat Kelantan akan dpt merasai juga hasilnya. Sebenarnya tidak ada kelebihan melampau PAS perintah Kelantan 2 X 5 dgn UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul ceritanya.
Malu aku dengan DAP.
Malu aku dengan Lim Guan Eng.
Kalau UMNO/PKR buat hal,
aku tak kisah. Ini PAS.
Rosaklah Islam macam ni.

Tanpa Nama berkata...

aku macai pas tegar, kalau Pas berminat nak masok tong taik UMNO,segalapengorbanan tenaga dan wang ringgit aku yang bagi tu, akhirnya masok dalam tong taik UMNO, aku keluar PAS.

aku baru kenal pemimpin atasan PAS.
aku bukan bodoh, sebab aku kenal siapa UMNO, ahli bawahan umno jadi hamba abdi kena tipudiperbodohkan
yang atas kaya raya. adakah PAS nak ikut rentak UMNO.

pemimpin atasan Pas tidak kenal pengorbanan ahli bawahan, Pemimpin PAS jangan jual AGAMA untuk keperting diri dan keluarga anda.

Tanpa Nama berkata...

ini semua dunia...

Tanpa Nama berkata...

BILA DAH TERBURAI DAN TERBARAI KATA SEMUA FITNAH...APASAL? TAKUT MALU DGN PRK & DAP?

Tanpa Nama berkata...

BILA DAH TERBURAI DAN TERBARAI KATA SEMUA FITNAH...APASAL? TAKUT MALU DGN PRK & DAP?

Tanpa Nama berkata...

Sudah sudahlah grenboob... buang yg keruh ambil yg jernih. Sudah masaya melayu bersatu untuk memperkukuhkan agenda melayu. Agenda melayu adalah utk mempertabatkan agama islam. Drp kao org bersekongkol dng melayu pkr baik lagi kalau bersalaman dng umno.
Pkr tu asalnya dari mana ek...

Tanpa Nama berkata...

Komenlah ikut suka hang..ingat semua akan dihisab..

Gemuruh berkata...

GB pun dh jadi penyambung fitnah. Dr Shamsuri dh nafikan laporan tu. Tp tak heran, sbb lately si GB ni mmg suka sgt nk menghentam PAS. Asyik rasa dia saje betul. Balik2 bercakap pasal 'hukum kebenaran' konon.

Gemuruh berkata...

Begini lah blogger yg hanya berlindung dgn nama samaran. Omakkau & Anak Sg Derhaka lg jantan sbb berani tonjolkan diri dgn bergambar lagi. Tak payah nk approve2 komen ni, kalau berani kritik org, harus berani juga publish komen org pd diri anda!

sambaldol berkata...

ramai pengkomen takde mental politik sebenar,main ikut2 apa saja laporan tentang pemimpin mereka.

sebenatnye mereka taksub tanpa selidik...

adoi,daulat tuanku ramai yg dah terberak kapur tuanku

Tanpa Nama berkata...

PRK Pangkalan Kubur pasti UMNO menang besar walau pun diletakkan calun yang tidak popular. sebabnya:
1. Kaum wanita tak sokong PAS kerana PAS pandang rendah terhadap wanita.
2. Kaum muda PAS akan sokong UMNO kerana kecewa dengan PAS yg mengkianati PR.
3. DAP akan sokong UMNO untuk mengajar PAS kau kau.
4. Orang atas pagar akan sokong UMNO kerana mereka lihat PAS tidak berprinsip dan sanggup tikam kawan dari belakang.

Silap silap PAS hilang wang deposit. Tahniah UMNO.(in advance)

Tanpa Nama berkata...

Bagai dalam kes pil kuda dan kominis? TGHH tengok dengan mata kepala sendiri dan ada 4 saksi ke? Masa TGHH tuduh tanpa bukti dulu, ada sdra tanya soalan2 sdra tu?

in response to betul ke? mana dapat sumber? malaysian insider? admin denga sendiri ke? takut2 benda nie fitnah.. jngn mudah melatah.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

TGNA PEMIMPIN TERBAIK DALAM PAS BERSAMA USTAZ FADZIL NOOR, HADI PEMIMPIN TERENGGANU PUN GAGAL...

air gunung berkata...

Sama gak dgn PAS asal dr mana ekkk?x yah cerita asal usul lah.yg penting nilai yg diperjuangkan.

in response to Sudah sudahlah grenboob... buang yg keruh ambil yg jernih. Sudah masaya melayu bersatu untuk memperkukuhkan agenda melayu. Agenda melayu adalah utk mempertabatkan agama islam. Drp kao org bersekongkol dng melayu pkr baik lagi kalau bersalaman dng umno. Pkr tu asalnya dari mana ek..., by Anonymous.

air gunung berkata...

Nak jd org politic kena keras cuping telinga.belajar terima kritikan.kritikan yg akn memajukan seseorg pilitician.kritik mcm gb pon dah x tahan.apa barang.rilex ar bro gemuruh.jgn gemuruh plak.ini politik.game of possible.nak terjun neraka pon boley nak ke syurga pon boleh.jati diri kena kuat.sorry aaaa bkn hasan jati.x lama lg ini org akn memekak semula.hehehe.

in response to GB pun dh jadi penyambung fitnah. Dr Shamsuri dh nafikan laporan tu. Tp tak heran, sbb lately si GB ni mmg suka sgt nk menghentam PAS. Asyik rasa dia saje betul. Balik2 bercakap pasal 'hukum kebenaran' konon., by Gemuruh.

Tanpa Nama berkata...

rilek, tunggu info seterus. betul ke x betul. jgn mudah melatah der karang team biru karat menangguk di air keroh pakai excavator

Tanpa Nama berkata...

Greenboc ..jangan kuat lajak dari laju..nnti orang meluat..

Tanpa Nama berkata...

Bimbang jika berita ini adalah fitnah...

Tanpa Nama berkata...

Ulamak but semak je kalau gila jawatan. X Tua ingat mati lah

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu aku x pakai serban psal ckp x serupa bikin. Aku tau nnti Allah laknat aku. Syukur aku tidal lupa diri

Tanpa Nama berkata...

Jangan hantam banyak sangat kawan....tanya hj hadi sendiri, jangan percaya pada setiausaha dia, yang pasti hj hadi tak akan beri jawspan ....tok guru mana boleh tipu dan cakap berbelit,2. ..berpuluh tahun dah mengajar, mana mungkin nak main kungfu aau taici...