Keputusan mahkamah Rayuan semalam yang menetapkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar telah menjadikan negara berada di dalam keadaan huru-hara.
Ramai melihat ia sebagai satu campurtangan Putrajaya untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia yang telah menerima sokongan lebih 50% undi popular yang telah mengalahkan kerajaan Najib yang hanya memperolehi 47% undi popular di dalam PRU13 tahun lalu.
Sekalipun Putrajaya menyatakan keputusan mahkamah itu adalah isu antara dua individu di antara Anwar dan bekas pembantunya tidak melibatkan kerajaan, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menunjukkan kerajaan memang terlibat di dalam kes berkenaan.
Kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan, sebagai tidak adil dan tidak wajar.
“Saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac lalu yang menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2.
“Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi mendakwa bahawa permohonan Anwar telah dibuat untuk melambatkan rayuan kerajaan dan merupakan penyalahgunaan proses.
Naib Presiden PKR, Tian Chua di dalam tweetnya malam tadi menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan jelas menunjukkan kerajaan Najib telah mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat dan rakyat sudah bersedia untuk bangkit bertindak.
Langkah memenjarakan 5 tahun ke atas Anwar akan menyebabkan Najib bakal diturunkan sebagai PM oleh rakyat dalam lima bulan lagi, tambah Tian Chua.
Presiden PAS, TuanGuru Haji Abdul Hadi Awang di dalam kenyataannya semalam menyatakan PAS sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas, tambahnya.
Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.
Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.
PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Sementara itu, di laman sosial rakyat terus mengecam keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang dilihat menjadi jurucakap Najib dan UMNO BN. Hakim-hakim berkenaan dilihat hanya menumpukan perhatian terhadap hujjah-hujjah Shafee dan tidak memberi perhatian terhadap hujjah peguam Anwar.
Apa tah lagi Shafee yang menegetuai pendakawaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung kes Fitnah II sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara.
Menteri Besar Selangor itu kesal dengan keputusan mahkamah berkenaan yang memenjarakan semula Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Satu lagi episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Moga Datuk Seri Dr Wan Azizah serta keluarga bersabar atas ujian dan dugaan ini,” katanya melalui twiter petang semalam.
Di dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali malam tadi telah mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.
Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi mahupun perhimpunan besar-besaran membantah keputusan mahkamah tersebut kerana setiap bantahan seharusnya dilakukan di mahkamah.
Namun, ia bertentangan dengan kenyataan Putrajaya sebelum ini yang menolak dakwaan Human Right Watch (HRW) kerana menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.
"Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri.
Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar.
"Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.
Pada GB, ada hikmah keputusan semalam, ia bakal mengubah lanskap politik negara secara besar-besaran sepertimana yang berlaku pada tahun 1999 sewaktu Anwar dipenjara kali pertama! Kita tunggu dan lihat.
16 ulasan:
Apakah ada lagi hak kita sebagai rakyat untuk membela kebenaran dan meruntuhkan kebejatan jikalau pemimpin yg menjadi ikon kita dipenjarakan atas alasan yg direka...mengapa kami dinafikan hak untuk bersuara walhal hidup kami dihimpit oleh kebejatan pimpinan UMNOBN sedang PDRM tidak mampu melakukannya bagi pihak rakyat malah mereka seolah2 penyokong tegar UMNOBN.
Tido dengan sedih pasal kes Anwar. Bangun pulak terkejut pasal MH370 hilang dalam penerbangan. Ya Allah selamatkanlah negara kami ini
begitulah senario dimalaysia dari dulu lagi...kita di hidangkan cerita yg tak masuk akal...BN terlalu desperate.hanya Allah saja tmpat kita berpaut. minta perbetulkan keadaan malaysia.
saya masih terkejut dengan keputusan mahkamah kelmarin..........satu penindasan yang memang dirancang pihak pengecut yang tiada ada lagi tel**.tunggu dan lihat lagi banyak bencana akan menimpa pada kerajaan yang suka tindas rakyat ini....
Allah SWT telah menjanjikan NERAKA
JAHANAM kepada pemimpin2 yang zalim,
polis2 yang zalim dan HAKIM2 yang
zalim dengan apa yang mereka lakukan
semasa didunia ini. A.B.U!
Saya mengcadangkan PRK Kajang calon PRK adalah Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard..anak muda yang sepatutnya di beri peluang..sekiranya AI gagal
Ketiga-tiga hakaim nampak sangat tergesa-gesa dalam membuat keputusan dalam kes ini TAPI......dalam kes melibatkan kalimah ALLAH, walaupun ada 7 orang hakim termasuk ketua hakim, terpaksa mengambil masa yang lama, mungkin bertahun-tahun, untuk membuat keputusan.
Memang desperate UMNO nak penjarakan DSAI.
Despredo2 Keparat BN(Babi Neraka)sedang bersuka ria di atas kejayaan perencanaannya memenjarakan Ikon Keadilan Rakyat dan cubaannya menoktahkan Semangat Rakyat untuk meruntuhkan Rejim Dacing Bermata Satu yg dikepalai oleh Spesis logo mafia melayu keris Telanjang.
Semangat Juang kami PR tak akan tergugat walaupun kamu BN cuba untuk melemahkan semangat kami dgn memenjarakan Ketua Kami DSAI.
Malah Semangat Kami terus berkobar kobar sebab perjuangan ini bukannya terletak ke atas diri Individu tetapi Demi Kemaslahatan Ummah yg sdh terhasil dari Analisa PRU 13 lepas.PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,SEMANGAT KAMI TIDAK BOLEH DIJUAL BELI.Dalam sejarah sdh tercatat bahawa walau sezalim mana pun sesebuah kerajaan itu bila tiba masanya akan tertumbang juga akhirnya.LAWAN TETAP LAWAN.
Ketiga tiga manusia durjana yang menjual maruah serta harga diri untuk wang dan dan pangkat tidak layak dipanggil hakim. Jika mereka ini dipanggil hakim, ini akan merupakan satu penghinaan terhadap kerjajaya hakim.
Ketiga tiga bangsat negara ini telah melacurkan jawatan hakim. Mereka ini sebenarnya dilantik kejawatan ini bukan kerana kebijaksanaan mereka tetapi kehebatan mereka sebagai anjing penjilat yang sabggup melakukan apa jua tanpa menghiraukan harga diri dan maruah.
Apakah ibubapa dan anak2 mereka akan bangga dengan mereka serta rezeki haram yang digunakan untuk memberi makan minum kepada ini akan diredai oleh Tuhan???
Jangan lupa bahawa apa yang anda buat pada orang lain akan datang balik kepada diri sendiri juga...Tak percaya??? Cuba tanya kepada keluarga mendiang lelaki yang bernama Paul...
Tahniah kepada bani melayu di Tanah Melayu ni. Hangpa telah menjadi contoh terbaik untuk yang Islam dan juga bukan Islam. Inilah umat yang sanggup mempertahankan kalimah Allah secara bermati-matian.
Bayangkan kalaulah Allah swt tidak menyembunyikan kemurkaanNya di dalam kemaksiatan manusia, sudah tentu bani melayu ni disambar panah petir kerana bersubahat dalam kezaliman.
Lepas ni kalaulah bani melayu berdiri dalam mempertahankan kalimah Allah, bolehlah kita meludah ke muka depa tanda kita sokong tindakan "suci" depa terutama geng PERKASA and the geng.
Cuba banding ahli keluarga DSAI dengan ahli keluarga pemimpin UMNO yang lain, mana lebih Islamik? Rosmah dengan Dr Azizah? Inilah kehebatan bani melayu yang mengaku Islam tetapi perangai lebih teruk daripada orang bukan Islam malah lebih teruk daripada babi. Lebih baik kita sentuh babi yang sangat jijik pada pandangan bani melayu daripada kita bersalaman dengan perempuan yang bukan muhram walaupun melayu. Jijik sekali babi tidak membawa dosa kepada manusia yang menyentuhnya. Nampaknya babi ni lebih mulia daripada para hakim tu. Haramjadah punya manusia yang lebih teruk daripada babi. Sejijik0jijik Babi, depa tidak berbuat dosa dan berbbuat perkara yang dilarang Allah swt. Babi ni pun tak pernah menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah swt. Jadi siapa yang lebih mulia, bani UMNO atau Babi ni???
Sesuatu yang sangat2 pelik berlaku beberapa jam selepas DSAI dijatuhkan penjara 5 tahun. Tetiba MH370 'dijatuhkan' . Nampak macam ada skrip ya lah nak alihkan cerita agaknya.
ya Allah timpalah azab pada yang zalim dan tidak menegak keadillan. Amin.
sesungguhnya dunia ini amat pahit untuk kekasih2 Allah..
Kita sedih atas kejadian kehilangan pesawat MAS itu, tetapi kita lagi bersedih atas pemenjaraan Anwar kerana ini memberi gambaran sistem kehakiman malaysia sudah rosak, kemanakah lagi rakyat mahu mendapat keadilan? Kita telah menyaksikan insiden seseorang mencuri barang yg hanya benilai beberapa ringgit di supermarket dipenjara beberapa tahun,tapi orang yg merompak harta rakyat di lepaskan saja....sedih.. Hanya Allah yg membalasnya..hiduplah kamu dan anak cucu cicit kamu dengan hasil yg haram....
Sedih dgn tuduhan ke atas DSAI dan saya ingatkan kpd org ramai:-
1. Adalah berdosa dan akan masuk neraka org yg tuduh DSAI meliwat tanpa 4 saksi walaupun betul sbb ianya telah MENGAIBKAN beliau. Sekiranya tuduhan tersebut tidak benar org itu dikira MEMFITNAH. Rumusannya jika percaya, angguk, mengiyakan tuduhan ini org itu pasti mendapat habuan salah satu dosa mengaib atau memfitnah.
2. Ini bukan soal menghina mahkamah. Ini adalah persoalan menghina undang undang Syariah yg sepatutnya kes dibicarakan di mahkamah Syariah yg memakai peraturan/keterangan yg ditetapkan Allah bukan peraturan manusia ciptaan org kuffar.
3. Jgn mudah2 tuduh org....bertaubat sebelum terlambat.
Saya nampak isu MH370 telah menenggelamkan cubaan memalukan DSAI. Yang MALU/PENING sakan lani ialah pemimpin negara dgn isu imigresan, keselamatan dll. Inilah yg di katakan takdir dan suratan.
Catat Ulasan