19 Feb 2014

Waythamoorthy: Aku Dah Jumpa Najib 16 Kali, Habuk Pun Tarak...

Waythamoorthy Temui PM Sebanyak 16 Kali Sebelum Letak Jawatan

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.jelasnya.

Waytha selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.

"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.

Pada 10 Februari lalu, Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa. -mstar

Najib harus letak jawatan, kata Waytha Moorthy


Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.

Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan.
-TMI

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau silap..patut jumpa 17 kali lah..

BaDiN berkata...

bila India ditipu pemimpinnya sanggup letak jawatan kabinet yg disandangnya tanpa melalui PRU lalu DAN hilang gaji serta semua keistimewaan sebagai vvip.TAPI malangnya bila melayu ditipu bukan shj tidak letak jawatan malah sanggup mendewa dewakan pemimpin itu.Tiada kenaikan harga selepas PRU cakap yg tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha baru kau sedar yang mr. Najib adalah penipu? Tapi tak apalah lu sekurang - kurangnya tak sampai tahap jadi umat melayu mr. Bean, sampaikan salah pun masih cakap ok.

Tanpa Nama berkata...

Memang dia seorang yang nilai moralnya rendah. Rakyat tidak hormatnya lagi sebagai PM dan pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Saya salute Waythamoorty, krana berpendirian tegas dan integriti. Sekiranya menteri2 lain pun ambil pendekatan yg sama saya percaya kerosakan dlm sistem kerajaan boleh diperbaiki...tp malangnya mereka semua takut hilang jawatan sehingga sanggup jadi tukang sorak, kampong tergadai...sedarlah wahai bangsaku....

Tanpa Nama berkata...

Najib kata kenapa dia x bincang dulu seblm letak jawatan. Kalau dh 16 x jumpa amendenya?Rewang2 ke?Tiap kali ko bukak mulut sumer masuk angin keluar asap!

Tanpa Nama berkata...

Melayu pun kena tipu, bukan India saja...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia kena tipu UMNO, harga barang naik, harga kangkung dalam longkang turun

Tanpa Nama berkata...

Calon BN Sungai Limau pun kena tipu Najib

Tanpa Nama berkata...

silap kau juga morthy, apa pasai hang tak pi jumpa kak mah..kalau kak mah tak payah 16 kali, 1/2 kali pun cukup..mesti dapat punya...tapi pengkerasnya tak la pulak...

Tanpa Nama berkata...

Bukan takut hilang jawatan, tp takut poket kempis. Kejanya mengampu aje, dah salah,kang letak jawatan abih semua di bongkar.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah najib kekal sadikit lagi sbgai pemimpin umno spya rakyat tahu perangai sebenar pemimpin2 umno.

Tanpa Nama berkata...

dulu pun ada mamat seeko ni yg dilantik jd timbalan menteri....merajuk lepas dilantik jd menteri baru senyum...nk tahu sapa tanya MUSA AMAN

Tanpa Nama berkata...

TIPU MENIPU adalah pekerjaan utama umngok