29 Nov 2013

Sepatutnya Naikkan "Peruntukan YB", Bukan Naikkan Gaji!


Selangor tidak akan tangguh kenaikan gaji, kata MB

Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.

Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.

"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa,"
katanya.

Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.

Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.


"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kadar yang digunakan kerajaan negeri Selangor adalah berdasarkan kadar gaji di Sarawak, dan jumlah berkenaan adalah munasabah.

"Bagi sesetengah orang ini mungkin dah banyak tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi. Ini munasabah," katanya.

"Kita tidak boleh sorokkan pendapatan. Kita sudah setuju pendapatan kita akan umumkan," kata Adun Pelabuhan Klang itu lagi.

Malah, Abdul Khalid turut berkata, pendapatan mereka yang berada dalam sektor swasta juga melebihi gaji menteri.

"Kerajaan persekutuan juga guna konsultan daripada orang swasta. Pendapatan mereka ada kalanya yang jauh lebih tinggi daripada menteri. Jadi maknanya sudah ada penerimaan tentang gaji yang munasabah," kata Abdul Khalid.

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dun berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak. -TMI


MB pertahan kenaikan gaji exco, ADUN S'gor


Kenaikan gaji bagi wakil rakyat Selangor bertujuan supaya mereka tidak lagi perlu membuat kerja luar untuk mencari pendapatan tambahan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini

Kenaikan pendapatan tersebut, katanya, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Ini telah berlaku (sebelum ini)," kata Khalid kepada media di lobi Dewan Undangan Neger (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.

Menurut Khalid, beberapa menteri persekutuan juga mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk kerja-kerja politik mereka.

Katanya, walaupun mendapat gaji seorang menteri (selain elaun MP atau senator), mereka kadang-kadang mungkin perlu mendapatkan duit dari luar, untuk membayar bagi kerja-kerja mereka.

Khalid mempertahankan kenaikan pendapatan tersebut sebagai "tidak tinggi" dan "munasabah", berbanding dengan upah di sektor swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil kira bantahan rakyat berhubung perkara ini.

Oleh itu, katanya, ia memilih gaji ADUN Sarawak sebagai asas dan memutuskan kadar 30 peratus lebih rendah untuk ADUN Selangor.

Walaupun kedua-dua negeri itu mempunyai rizab kewangan, Khalid berkata, Selangor lebih besar daripada Sarawak dari segi prestasi ekonomi. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan menteri besar Selangor berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima ADUN serta anggota pentadbiran negeri Sarawak.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya.

Abdul Khalid turut menafikan yang gajinya lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.

"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.

"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.
-mk


ULASAN GB

Negeri yang kaya seperti Selangor mempunyai haknya sendiri untuk menaikkan gaji para ADUNnya. Dengan rizab mencecah hampir RM3 billion, sepastinya Selangor tidak ada masalah untuk kenaikan gaji berkenaan.

Namun, rezab yang tinggi itu sepatutnya dapat dinikmati oleh "rakyat Selangor" juga secara keseluruhannya.

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mempertahankan kenaikan gaji berkenaan dengan alasan supaya wakil rakyat Sleangor tidak perlu membuat "kerja luar" untuk melaksanakan tugas-tugas memreka.

"Kerja luar" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagi "komisyen" dan "korupsi" termasuklah membotakkan bukit untuk memunggah tanah, mengorek sungai untuk dikaut pasirnya dan yang seumpamanya.

Dengan alasan untuk menjalankan tugas YB memerlukan banyak belanja terutama untuk melayani permintaaan rakyat, bagi pandangan GB, daripada menaikkan gaji dengan "terlalu tinggi dan mendadak" kepada YB-YB, mengapakah kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid tidak memikirkan untuk menaikkan "peruntukan untuk YB"?

Ada beza di antara kedua-duanya. Dengan kenaikan peruntukan YB di satu-satu DUN, rakyat setempat dapat menikmati hasil negeri Selangor tetapi dengan hanya menaikkan gaji YB, rakyat belum tentu dapat merasainya kerana ia adalah "hak milik peribadi" YB berkenaan.

Jika peruntukan untuk YB dinaikkan berapa banyak sekalipun, ia akan disambut dengan meriah oleh sekalian rakyat Selangor. Korupsi boleh berlaku? Ya, tetapi peruntukan sentiasa boleh diaudit untuk mempastikan ia tidak disalahgunakan.

Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.

Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".

Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.

Beringatlah, berapa banyak kerajaan yang kaya-raya akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beri peruntukan khas utk YB buat kebajikan di kawasan masing-masing lebih baik drpd naik gaji YB dgn jumlah yg agak tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Yesss..sokong naikkan peruntukan kepada YB, bukannya naikkan gaji YB .....

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Pakcu tersenyum bila baca blog Tuan yang agak peka dengan perkembangan semasa kenaikkan gaji yang dibentang oleh MB Selangor. Jarang benar blog pembangkang yang cubit paha biasanya dok kibas sokmo walaupun kadang-kadang diluar petak pemikran pun ada yang sanggup kibas.Betul..betul betul..

Lagu ni Pakcu nak cakap .Dalam dunia ni tiada siapa yang tak suka dan sokong bila gaji dinaikkan untuk poket sendiri kecuali Khalifah Umar Al-khatab dan Abu Bakar Al-Siddig R.A.

Pemimpin yang berjiwa rakyat yang menjadi ikutan perjuangan Islam yang sejati. Kemakmuran terselah hingga ke semua rakyat sampai tiada pengemis yang menghulur tangan.Kerana tangan diatas lebih mulia dari tangan dibawah. Maka kembalilah kita kepada perjuangan yang haq. Kerana setiap pemimpin akan di tanya mengenai gaya kepimpinan dan orang-orang dibawahannya.Walahualam.

cucu mamak kutty berkata...

sepatutnya adiun pas me mbantah apa yg t.s.khalid dan adun2 lain setuju,.....pas berjuang atas dasar islam...sedangkan rakyat sedang dlm keadaan tertekan krn kenaikanharga barang keperluan...tapi yb yb yg di pilih oleh rakyat boleh mendapat duit dlm jumlah yg banyak.....sepatutnya peruntukan untuk yb2 belanjakan untuk bantu rakyat yg di naikan,dan rakyat dapat merasa nikmat dari peru ntukan itu,bukan gaji yb yg dinaikkan ,takkan yb2 ni nak jadi manusia pelahap,termasuik juga yb pas yg berbuih2 mulut cakap islam,hidup zuhud konon...poooooraaaah

Tanpa Nama berkata...

tabik utk cadangan bernas dari Tuan GB!

Tanpa Nama berkata...

Kenaikkan gaji para yb adalah tidak kena pd tempatnya. Pleaselah jangan guna skim gaji tinggi para yb di sarawak sebagai alasan sebab niat diaorg memang ketara nak rompak harta rakyat.

Perbuatan pemimpin PR kali i memang tak suka. Like i said before tak kira PR kah mahupun UMNO kalau buat perkara memang tak betul i comment.

Tanpa Nama berkata...

Trkejut sakan. Mcm tak percaya. Agaknya ini penggal terakhir PR memerintah Selangor. Sepatah kata, kalau rasa gaji ahli korprat lebih tinggi,tinggalkan kerja politik.

Tanpa Nama berkata...

kalau Tean MB TS Khalid cekap dan boleh dapat lebihan 3 billion untuk Selangor, jadi untuk naik gaji saya sokong.Yang tak setuju puak umno saja, dulu bagi mereka kuasa selalu short duit dan banyak rasuah. Tengok Singapore gaji menteri tinggi, tak dengar rasuah, jadi kalau gitu kan baik.

Amuraria berkata...

turunkan gaji depa yb semua di serawak ;)ABU !

obiy berkata...

hahaha.. poyo je nak tak suka2.. biarlah dia nak naikkan gaji ADUN... Selangor mampu... bukannya dia tindas rakyat pun..

tengok usaha dia mengatasi masalah air, satu konsortium dia beli ko.. macam2 lagi laah..

moga2 dengan penambahan elaun ini, ADUN2 lain turut pertambah cemerlang, tak le MB je cemerlang..


Andre Irwan berkata...

Tuan-tuan dan puan-puan,
Memanglah kita marah dengan kenaikan gaji ini. Anyway, biarlah kita realistik sikit. Cuba lihat pada amaun gaji yang lama tu. Gaji Exco RM6,109 tu lebih rendah dari Pengarah Pelajaran Negeri Selangor (JUSA). Gaji Timbalan Speaker tu lebih rendah dari ketua kerani di sekolah biasa. Manakala Gaji Speaker tu lebih tinggi sikit daripada gaji maksimum Ketua Kerani. Begitu dengan gaji ADUN (RM6,000) lebih rendah daripada Pengetua Sekolah Menengah DG52.
Gaji Baru bagi Adun tu pun baru dapat bersaing dengan gaji Pengarah Pelajaran Negeri saja. Kecuali Gaji Menteri Besar, gaji baru bagi Exco, Speaker dan Timbalan Speaker serta Adun lebih berbanding dengan pegawai di semua kementerian di Malaysia. Kalau banding dengan gaji PEMANDU di Jabatan Perdana Menteri, tertinggal jauh. Seorang pegawai PEMANDU dibayar sehingga RM69,000 sebulan. Belum lagi banding dengan gaji CEO Syabas yang mencecah RM480,000 sebulan. Itu bukan kerja puak pelahap UMNO @ BN.
Memang tuan-tuan akan marah atas komen aku ni. Kenyataan adalah kenyataan. Pernyataan adalah pernyataan. Aku bukan menegakkan benang yang basah. Yang jadi masalah ialah mungkin kenaikan tu bukan pada masanya dan juga bukan pada kadarnya seperti komen-komen Azmin atau DSAI.
Aku faham bahawa kenaikan ni tak semestinya dapat mengurangkan rasuah (lihat POLIS). Soalnya di sini ialah akal yang diberi Allah swt. Kita nak pakai atau tidak. Kadang-kadang kita lebih suka dikuasai oleh nafsu dan bertindak seperti binatang. Jadi fikir-fikirkanlah.

mohd shahran berkata...

Saya setuju gaji dinaikkan.. Bersesuaian dengan cara mentadbir.. Terpulang kepada YB2 untuk menggunakan gaju tersebut ke arah mana... YB2 nie tempat org mengadu masalah.. Kalau dinaikkan depa boleh menolong rakyat dengan lebih berkesan..

Tanpa Nama berkata...

Aku sebagai rakyat selangor berbangga dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Tansri Khalid. Selayaknya pendapatan mereka diupgredkan berdasarkan status.Lojik dan munasabah. Korang'bantai' Tansri Khalid. Cakap tak semudah tindak. Elimen kewangan itu penting untuk ADUN-ADUN mengurus diridan tanggungjawab mereka.

Sesiapa penjawat awam yang terasa bersalah dengan menerima angka gaji semacam tuh 'imfakkan' wang itu ketempat yang lain.

Angka itupun dipersetujui 100% semasa dibahaskan. Ertinya PKR,PAS, UMNO dan lain-lain sebulat suara setuju. Setuju bukan setakat dalam dewan. Setuju segala hal berkaitan kenaikan itu.

Peruntukan gaji itu sebagai sejumlah wang atau emolumen yang diperuntukkan sahaja kepada pihaknya. Jika tersa ia perlu ambil. Jika terasa tida perlu pulangkan.
Siapa kalangan ADUN itu nanti yang sanggup pulangkan dana gaji yang dipertikaikan itu????

Aku cadangkan ADUN BN/UMNO elok pulangkan lebihan gaji itu. Azmin yang khabarnya b'bukan adun susah' itu jugz boleh berbuat demikian.

Aku harap dengan 'kelegaan' pendapatan itu membolehkan ADUN-ADUN Selangormenguruskan tanggungjawab mereka.
Sikian
Salam Hormat.

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya tentang kenaikan gai MB, Exco, Speaker dan DUN ni dari pandangan orang-orang yang gaji rendah, gaji sederhana dan gaji kurang tinggi seperti kita dari mereka akan mengatakan gaji YB-YB di atas memang terlalu tinggi. Peliknya, kenapa masa perbahasan oleh MB di sidang DUN berlangsung, tiada satu hujan penentangan pun dari ADUN-ADUN PR dan BN ini? Kenapa perlu melalak (bahas kasar) atau timbulkan isu (bahasa lembut) tidak puashati ini selepas perbahasan dibentang dan mendapat persetujuan 100% daripada semua ADUN sama ada PR atau BN? Kenapa tak bahas masa pembentangan dibuat? Sebagai rakyat yang bijak berfikir, kita jangan salahkan MB saja tapi salahkan semua ADUN yang tak puashati ini kerana tidak bersuara memberikan idea atau cadangan kepada MB yang menjurus kepada kepentingan rakyat. Jangan hanya tunjuk hebat di luar dewan DUN bercakap depan wartawan gaji MB lagi besar dari PM dan sebagainya sedangkan di dalam dewan DUN dia bisu. Bila dia bisu kita boleh kategorikan dia sama ada dia sebenarnya pun sokong dengan kenaikan gaji tersebut atau dia sokong dan dalam masa sama nak jadi hero (pelakon) depan rakyat. Bagi saya, perkara pun dah lulus, diharapkan MB, EXCO, SPEAKER dan YB ADUN gunakanlah gaji yang naik beratus ganda itu ke jalan yang baik dan bermanfaat untuk rakyat. Ingatlah, duit-duit tersebut sebahagian adalah dari hasil cukai rakyat. Jangan jadi YB yang kedekut dan jangan jadi YB yang buat keje part time melalui orang-orang bawahan yang tender kerajaan lalu mengharapkan komisen. Kepada YB-YB yang betul keras hati tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, saranan saya contohilah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz yang mengambil jumlah gajinya yang perlu sahaja dan memotong jumlah gaji yang tidak perlu itu kepada kerajaan. Sekian, cadangan saya. Berfikirlah dengan ilmu dan pengalaman. Bukan berfikir dengan nafsu dan perasaan..

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Memang layak jadi PETIR Bumi Malaya League chieflaa...Tan Sri angka!

Tanpa Nama berkata...

mrmang patut naik pun.fatul bari pun sebulan 15k..ni kerja utk 1 selangor.kuranglah sikit yb ni bk mintak2..sarawak pun lg tinggi,ada umno kisah