Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan.
Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa berkaitan satu kes yang berlaku di dalam penjara.
Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43.
"Selepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya.
Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
"Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi.
"Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak.
Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang.
Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.
Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.
Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga.
Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga.
Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi.
Menurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan. -mk

7 ulasan:
Kesian akak ni..yg miskin d tindas yh kaya wlupn terang2 wat slh bole terleps,..arap ada th selok belok hal begini dapat mmbantu dia
Tak pa didunia ni.sabar aja allah akan balas kepada orang yang zalim.
nak tunggu hilang kesan2 lebam baru boleh jumpa.
sabar ye kak...sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar..Allah lebih mengetahui daripada kita
Kezaliman yang dilakukan walaupun hanya sebesar zarah, akan dihitung oleh Allah. Jadi, orang-orang yang terlibat dengan kezaliman ini akan menerima balasan masing-masing. Tungguuuu...
Kalau beliau sedikit bersabar akan ketentuan Allah dan terima takdir dulu tentu hari ini dia dapat berhari raya dengan anak2 dan isterinya. Kasihan anak2 tu semoga mereka tabah.
Kejayaan sebenar ialah syurga yg teratas.
Nak ke sana, perlu dibayar dgn harga yg mahal. Usaha dah dibuat, tapi tak kesampaian. Bersabar le.
Kita x diduga demekian , tapi diduga yg lain pula.
GB, ade no akaun puan tu tak?
Klu ada at least 100 pembaca org yg bersimpati, tiap2 sorg huluq paling minima RM10, mudah2an membantu melegakan bebannya .
Catat Ulasan