1 Ogo 2012

Kes Eksekutif TV9 Dijerut: KENYATAAN BERCANGGAH

Mari bersama kita baca 2 kenyataan dicatatkan di akhbar sama dalam tempoh 2 hari.

Kenyataan 1 berbunyi ...

'Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini semalam' - Norazman Bashah (Suami)

Petikan di atas antara paparan akhbar Kosmo semalam, klik di sini.

Dalam artikel sama, mayat dilaporkan ditemui oleh suami Syaleza, Norazman Bashah, 31 tahun.


Bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dilakukan oleh doktor pakar di antara jam 12 tengahari dan 3 petang, 2 hari lalu sebelum jenazah dikebumikan di Labis, Johor.

Teliti pula kenyataan saya petik daripada akbar sama hari ini.

Kenyataan 2 ...


"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan BUKANNYA menggantung diri namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu" - Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (Ketua Polis Selangor)


Sila klik di sini untuk menbaca laporan penuh akbar terbabit.

Secara literal, kenyataan 1 dan kenyataan 2, bercanggah.

Suspek kini direman selama 7 hari dan saya percaya Pegawai Penyiasat bertugas melaksanakan tugas sebaiknya.

Gambar : Ihsan Kosmo dan Google. -mazidulakmal.com

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dh memang akhbar bersikap spin fakta..buat apa nk percaya..tunggu dan lihat..gunakan akal fikiran dgn bijak san dlm menerima sesuatu fakta atau maklumat..belajar dgn muhadis macam mana nak tau hadis tersebut sahih, daif atau palsu..

Tanpa Nama berkata...

Salam, Greenboc,

Saya menyarankan supaya anda menghentikan penyebaran post pasal kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan. Penyebaran fakta kes boleh menimbulkan spekulasi dan prejudis dalam siasatan kes. Semua suspek pada masa ini, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dalam mahkamah. Semoga Allah menunjukkan kepada kita kebenaran.

Wallahu alam

Tanpa Nama berkata...

kan GB dah tulis kat hujung artikel itu iaitu sumbernya dari mazidulakmal.com

nmc berkata...

Anonymous said...

Salam, Greenboc,

Saya menyarankan supaya anda menghentikan penyebaran post pasal kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan. Penyebaran fakta kes boleh menimbulkan spekulasi dan prejudis dalam siasatan kes. Semua suspek pada masa ini, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dalam mahkamah. Semoga Allah menunjukkan kepada kita kebenaran.

Wallahu alam
August 1, 2012 11:33 AM
----------------------


bukan macam ni lah, ianya begini " semua suspek pada masa ini adalah bersalah sehingga ianya dibuktikan tidak bersalah di mahkamah"

faham ?