5 Jul 2012

Gambar Uncle Seekers Ditangkap & Direman 4 Hari Atas Dakwaan Hina Sultan

Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.

Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH







13 ulasan:

  1. sabarla uncle...kalau ngko benar ngko akan lihat kebenarannya...Jangan takut kat puak2 zalimtu...

    BalasPadam
  2. Gua tabik spring samer luu Bro...
    Aku doakan slps nii hang selamat kahwin dgn awek mung tuu..

    BalasPadam
  3. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),"

    sape pulak yg nak terbarai ni.....

    BalasPadam
  4. Harapan rakyat Malaysia supaya polis berlaku adil...mahkamah betul bebas dari pengaruh mana2 pihak....

    BalasPadam
  5. kebenaran akan tersingkap kelak Uncle..Saya respect kat Uncle..1 in a million...God with u..jgn takut Dan bersedih..Saya Doakan Uncle...

    BalasPadam
  6. 64 siri pendedahan Umno buat dunno je.. tak terfikir langsung nak mempertahankan sultan.. tapi bila dia nak hantar dokumen ke SPRM, tiba2 kena tangkap? ingat rasuah, ingat Umno..

    BalasPadam
  7. auntie seekers pun ala-ala mengancam disitu...
    Pada uncle seekers, ni lah masanya untuk lu "lek lu sak kok tang lu"

    BalasPadam
  8. dia banyak ilmu tu.. tak ketaq dengan ilmu gemuruh sultan-sultan... huhu

    BalasPadam
  9. Mengapa wanita itu pun ditahan oleh polis? Dia juga menulis blog tu ke? Polis bodoh ke...???

    BalasPadam
  10. tergelak guling2 la orang kat atas tuh sbb uncle kena tangkap...

    tapi takpe bro, hakikatnya kita manusia nih sama aje, berak bau busuk juga, perut buncit penuh lemak gak, peluh masam gak, mati sok guna kain kapan putih gak... yang beza cuma iman dan takwa.

    aku percaya pd kenyataan sultan azlan shah yang satu masa nnti kesultanan kat malaysia nih akan dimuziumkan jika perangai masing2 tak mengambarkan sebagai ketua agama islam. Patutnya wajib mengambil contoh akhlak Nabi s.a.w.

    Kita tunggu another 20 yrs lagi, kalo umo panjang boleh tengok apa kesudahan kesultanan kat malaysia nih.

    hmm...

    BalasPadam
  11. blog uncleseekers dah kena block dgn SKMM ... kena guna proxy...

    LeLaManja

    BalasPadam
  12. Tidak semua sultan di Malaysia layak menjadi ketua agama. Ketua samseng pun ada. Mana yg baik rakyat aminkan doa ketika khutbah dibaca.

    BalasPadam
  13. memang sah, blog uncleseekers dah kena block dgn SKMM ... kena guna proxy... tolong lah past kan proxy nya LelaManja

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.