Mari sama-sama kita tatap dan renungkan gambar-gambar ini sebagai bahan muhasabah diri sepanjang masa:
Petikan kisah dari salah satu entri di Blog GB :
Justeru itu insaf dan bersyukurlah, bangun dan bekerjalah, bangkit dan berjuanglah dengan bersungguh-sungguh kerana pada dirimu itu sudah lengkap dikurniakan melebihi dari insan-insan di atas. Jangan sampai tunggu Allah mencabut nikmat kurniaannya itu daripada kita yang menyebabkan kita sesal sepanjang hayat!
p/s I always cry & complain because I have no shoes until I meet a man who has no feet. -Anonymous
Petikan kisah dari salah satu entri di Blog GB :
Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.
Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.
Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua puntung tangannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.
Kedua-dua tangannya dah hilang, pun masih terus memeluk erat bendera Islam dengan memegang bendera itu menggunakan kedua-dua tangan yang telah kudung!
Justeru itu insaf dan bersyukurlah, bangun dan bekerjalah, bangkit dan berjuanglah dengan bersungguh-sungguh kerana pada dirimu itu sudah lengkap dikurniakan melebihi dari insan-insan di atas. Jangan sampai tunggu Allah mencabut nikmat kurniaannya itu daripada kita yang menyebabkan kita sesal sepanjang hayat!
p/s I always cry & complain because I have no shoes until I meet a man who has no feet. -Anonymous
2 ulasan:
Selain menginsafi, kita bantu le mereka.
Senang aje, kdng2 kisah2 mereka ade dlm internet samade melalui persatuan atau persendirian, transfer le barang RM10.00 atau lebih tiap2 bln, insyaAllah Allah lapangkan rezeki kita dgn hidayah, iman, kesihatan dll.
Klu yg memerlukan bantuan yg besar, usahakan mereka dapat bantuan drp JKM dll kerana mereka berhak. Selain tu ajari mereka agama.
terharu sgt kerana keadaannya.. kami yg elok kena buatkan usaha yg lebih2 hebat utk membelakan Islam dan menegakkan kebaikan/keadilan diMalaysia tersayang ini.. sampai tumbangkan kejahatan/kefitnahan yg merebak skrg..
Catat Ulasan