11 Mei 2012

Mahathir Lebih Rela Belasah Marina Untuk Selamatkan Kareer Mukhriz

Mahathir selar Marina, apa keganasan polis?

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

“Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan” turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.” -HD

Ulasan GB

Sebenarnya, Mahathir khuatir gelombang BERSIH 3.0 yang lalu akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dan yang menerima kesan lansungnya ialah anaknya yang kini menjadi Timbalan menteri MITI, Mukhriz Mahathir.

Bersusah payah untuk Mahathir melobi Najib supaya anaknya yang tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO itu untuk mendapat tempat di dalam kabinet Najib dengan menepis menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO untuk satu kerusi di dalam kabinet.

Mahathir sendiri tahu bahawa keganasan polis memang berlaku. Beliau juga tahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 dihuruharakan oleh tindakan provocator, seperti kejadian peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”, bukan oleh peserta BERSIH.

Tetapi mengakui secara berterus-terang kenyataan Marina bererti menyembelih masa depan Mukhriz. Cukup sekadar "membela" Marina dengan menyatakan bahawa beliau mengikut “arahan”.

Mahathir membuat tuduhan kononnya Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan”.

Mahathir perlu dibawa ke majlis Unit Amal PAS untuk melihat sendiri aktiviti Unit Amal PAS sebelum membuat tuduhan berat tersebut atau sebelum diheret untuk kemukakan bukti-bukti nyata terhadap tuduhannya itu.

Apa-apa pun, Mahathir sebenarnya sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menyaksikan parti yang pernah dipimpinnya itu kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





5 ulasan:

Amuraria berkata...

MAMAK KUTTY TA KELENTONG & FITNAH SAJA TANPA BUKTI ! MNGKI ZAMAN DA JADI PM BOLEHLAH BUKTI DSELEWENG & KELENTONG IKUT SKRIP MADEY KUTTY PEMBELT PADA RAKYAT YANG MAHU KEADILAN,DENGAN MEMUTAR ISU & BUKTI NYATA NAMPAK SANGAT KUTTY DAH LUPA ! PEGI DAAH DEY !

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Ini adalah pertembungan di antara dua dunia yang amat berbeza. Yang tua, sudah ketinggalan zaman dengan idea dan pandangan lapuk, dan corak pemikiran ala penjajah. Yang muda dengan era moden yang menggunakan otak dan ilmu kurniaan Allah memikirkan masalah Rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN/UMNO Haram Jadah.

Elok saja kau diam, Mahathir. Nak menegakkan idea kolot kau, sampai anak sendiri kau perlekeh. Dah nyanyuk sungguh orang tua ni!

MNazri berkata...

Tua tak sedar diri!

Tanpa Nama berkata...

mamak madey kutti pundek paria takut berhadapan dengan rakyat yang tak makan rasuah, tak makan pujuk dengan wang ringgit UMNO yang di curi wang cukai rakyat di beri pada rakyat,

hanya rakyat yang bodoh mudah di perbodohkan oleh pemimpin UMNO, Madey patut tegur anaknya taukey SAN MAGUEL arak yang memabokkan itu kembali kepangkal jalan, Madey janggan lah anggap semua rakyat bodoh macam mabuk san maguel buatan anaknya itu.
Madey sedang mabok san maguel dan perlekehkan anaknya sendiri,

sesiapa yang beri undi kepada anak madey yang botak itu maka sama beri undi ARAK san maguel untuk keturunan Mamak madey..

Tanpa Nama berkata...

Anaknya munkin sudah insaf,sadar dan ingin balik kepangkal jalan tapi Mady Kutty tetap jadi Firaun.Sekali Firaun tetap Firaun.