21 Okt 2010

Azmin Dan Saifuddin Mengata Dulang Paku Serpih

Azmin dan Saifuddin bidas Zaid, jangan bawa propaganda Umno

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Calon timbalan presiden Azmin Ali mendakwa pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim mengamalkan pendekatan propaganda Umno ekoran kenyataan beliau kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bergerak atas isu tunggal — Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?” kata Azmin kepada The Malaysian Insider mengulas tulisan Zaid dalam blognya kelmarin.

“Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar,” kata beliau yang memperoleh pencalonan tertinggi pada pemilihan PKR kali ini.

Dalam tulisan terbarunya, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, PKR perlu diacuankan untuk menjadi sebuah “kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.”

Oleh itu kata beliau, pemilihan ini — yang julung kali berlandaskan sistem pemilihan langsung — adalah penentu masa depan parti dan negara.

“Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.

“Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.

“Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita,” kata beliau.

Zaid menambah, rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang.

“Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.

“Kita bukan sahaja sebuah parti ‘reformasi’, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri,” kata bekas pemimpin Umno ini yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu.

Azmin, yang juga Naib Presiden PKR menekankan bahawa partinya tidak pernah berpusatkan isu Anwar meskipun ia berjuang memastikan perbicaraan yang adil bagi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 12 tahun ini.

“Keadilan tidak pernah bertindak sebagai parti berpusatkan Anwar. Pandangan bahawa Keadilan adalah parti berpusatkan Anwar adalah propaganda Umno,” kata Azmin.

“Ya, kami berjuang untuk keadilan bagi Datuk Seri Anwar pada 1998, 1999, tetapi sudah pasti PKR bukan merupakan parti berpusatkan Anwar kerana kami juga bercakap mengenai agenda reformasi,” katanya.


Saifuddin turut berbeza dengan pandangan Zaid.
Azmin menekankan bahawa pemimpin-pemimpin parti tidak harus mengulangi fitnah satu dekad Umno terhadap PKR.
“Pemimpin-pemimpin parti tidak harus membuat kenyataan yang dibawa oleh umno sejak 10, 12 tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.

“Sebagai pemimpin kanan parti, kami tidak akan jatuh dalam perangkap Umno.

“Menjadi keyakinan saya dan keyakinan ahli-ahli parti bahawa ini adalah parti reformasi,” tambah beliau.

Azmin berkata, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat oleh kerajaan negeri Selangor dan pendiriannya partinya mempertahankan hak peneroka Felda adalah bukti PKR memperjuangkan prinsip demokrasi, yang sudah pasti berbeza daripada isu Anwar.

“Kami memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat. Ia tiada kaitan dengan Anwar,” katanya.

Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memperlihatkan nada yang seiring dengan pendirian Azmin sambil menekankan, kenyataan-kenyataan Zaid menggambarkan pemikiran tipikal yang dibawa Umno selama ini.

“Ini fikiran tipikal Umno sejak 12 tahun lalu. Untuk mengatakan PKR hanya berjuang demi kepentingan Anwar (seorang), ia sebahagian daripada usaha mereka cuba membuatkan orang ramai percaya perkara ini,” kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, partinya berdiri teguh bersama Anwar sebab pendirian beliau memperjuangkan keadilan adalah simbolik membawa matlamat yang lebih besar.

“Saya tidak bersetuju dengan Zaid. PKR mempertahankan Anwar kerana layanan tidak adil yang beliau lalui 12 tahun lalu... ketidakadilan di mana beliau dipenjarakan, beliau dipukul, dan bagaimana beliau melalui perbicaraan... kesemua ini adalah gambaran kemusnahan institusi-institusi negara,” katanya lagi.

“Kami berjuang bagi Anwar sebagaimana kami berjuang untuk Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid Amzah,” kata Saifuddin.

Justeru kata beliau, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen adalah bukti rakyat percaya pada perjuangan PKR.

“Rakyat mengundi PKR, Pakatan kerana mereka tidak percaya cara BN menguruskan negara. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan yang PKR hanya berjuang untuk Anwar,” kata beliau lagi. -TMI

Ulasan GB

Zaid menggunakan bahasa UMNO? Siapa pula yang "bertindak" dengan cara, perlakuan dan sikap UMNO?

Lihat SINI

dan mastermind pemilihan adalah Penasihat PKR sendiri yang dulunya sengsara di penjara kemudian, Allah melepaskan, kemudian melakukan hal yang tak senonoh lagi. GB sentiasa mengikuti perkembangannya. Salah satu perlakuan yang ketara UMNOnya ialah ini:


Ia bukan "superimposed". Kalau perlakuan itu diperbolehkan oleh PKR, ternyata jogetnya telah menimbulkan fitnah kepada agama Islam dan jemaah Islam yang bersama PKR iaitu PAS. Ada banyak lagi yang sebenarnya boleh GB dedahkan di sini, namun ini bukan ruang yang sesuai untuk membalas segala serangan Azmin, Sivarasa, Saifuddin dan sekalian komrad Anwar. GB serahkan kepada Allah sendiri untuk mendedahkannya yang GB tahu apabila Dia mendedahkannya sendiri, tentu lebih parah lagi nanti.

Dan dengan penjelasan di atas, apakah GB pula yang akan dituduh menggunakan bahasa UMNO kerana membelasah DSAI? GB jawab ringkas:

Al-Quran dengan jelas menyatakan:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah telah banyak memaafkan. "(QS. 42:30)

Sesungguhnya GB tidak takut dengan kamu-kamu semua, tetapi GB takut untuk bersekongkol dengan kamu-kamu semua yang dengan sebabnya kami ditimpakan musibah yang sama.

Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata… -HR. Ahmad, dll. Hadith Sohih

Berdasarkan hadith di atas, kamu berbuat salah kami juga akan ditimpakan bala!

24 ulasan:

  1. Blog GB dah jadi Blog GA...

    GA = Gasak Azmin

    Aduhai...

    BalasPadam
  2. Melihat gelagat calon-calon yang bertanding, nampaknya ia bertambah hangat.

    Bagus... sebelah pihak memberi bola tanggong dan sebelah pihak lagi lakukan smash. Apakah yang melakukan smash itu dipihak yang menang...? Belum tentu.!

    Jangan kita terburu-buru mengatakan orang yang melenting memberi respon secara extrem itu dipihak yang benar seperti Azmin dan juga Saifuddin.

    Kita lihat dulu apa yang dicetuskan oleh Zahid berkaitan Anuar Ibrahim dan fahami maksud Sembilan Perkara Bagaimana Hendak Menggiatkan Semula Parti dan Negara....

    Kita perlu memahami maksud dan tujuan Zahid mengeluarkan kenyataan tentang keadilan individu dan juga hala tuju parti sebelum dan selepas pilihanraya ke 13.

    Dari segi pemikirannya jelas Zahid mempunyai idea cara bagaimana untuk memimpin parti dan ahli menuju kearah kecemerlangan.

    Apakah cara pemikiran Zahid Ibrahim itu melambangkan dia sebagai kuda trojan...? Agen UMNO...?

    Jika dibandingkan dengan Azmin Ali, biarpun suara nya lantang berpidato namun isinya samar-samar.

    Ketrampilannya nampak gah tapi kepimpinannya longgar. Ianya lebih kepada provokasi dan hasutan.

    Kita tidak pernah mendengar idea atau cadangan dari Azmin bagaimana untuk memertabatkan parti PKR yang berbilang kaum menjadi satu kelompok besar yang bersepadu dan hebat....?

    Kalau Azmin mempersoalkan Zaid.."mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?....” menunjukkan bahawa Azmin sudah kalah kerana ketandusan idea atau cadangan yang bernas bagi mempromosikan diri sebagai calon yang berwibawa.

    Inilah permainan politik yang licik. Garang bukan bererti kuat dan lembut bukan bererti lemah.

    Pilihlah calon yang berilmu sebagai pemimpin bukan mereka yang bernafsu.....

    BalasPadam
  3. Sampai bilakah PKR khasnya PR nak bergantungan pada seorang mantan TPM.Seandainya beliau ditahan drpd berpolitik siapa penggantinya sebagai Kepala PR.Senario dalam PKR sekarang diumpamakan peluru berpandu bagi musuh kita untuk dihalakan pada PR.Apa akan jadi pada kepimpinan PR dimasa depan kiranya kita mengharapkan pada beliau seorang.Sanggupkah PAS,PKR & DAP menerima selain Anwar untuk dilantik menggantikan tempat Anwar sekarang.Umno tidak akan berputus asa untuk mengharubirukan PR kiranya permasalahan ini tidak selesaikan mulai sekarang.

    BalasPadam
  4. Cuba ingat... Zaid Ibrahim pernah menyatakan bahawa YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia yang paling layak memimpin Pakatan Rakyat.. Fikir3kan lah...

    BalasPadam
  5. Ya... aku juga sokong Zaid, beliau juga pernah kata TGNA layak menjadi Guru Rohani Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  6. Pendedahan GB kali ini meletup. Memang penting utk dibaca supaya kita jgn kita ditimpa musibah dari Allah s.w.t. kerana menyokong org yang salah.

    BalasPadam
  7. hari ni aku bersembang dengan seorang kawan. katanya Parti Keadilan Rakyat tu makin teruk. dia juga kata mb kedah, Dato' Seri Azizan Razak tak akan goncang. dia tak melatah. selain itu barisan exco dan adun pr di Kedah susah nak tumbang. aku akur saja.

    BalasPadam
  8. Dulu aku sokong gak Anwar nih, tapo bukan sokong sebab nama dia Anwar, tapi kerana dia dianiaya.

    Lepas tuh aku tengok dari hari ke sehari Anwar ni lain macam jer... aku mula persoalkan betul ke tidak perangai Anwar ni..aku dah mula syak.

    Sekarang ternyata bukan aku sorang yg berasa demikian.

    aku dah takut plak dengan manusia bernama Anwar ni.. nak bersalam dengannya pun aku dah x mahu... huhu...

    BalasPadam
  9. Blog GB-----> Blog yang anti, benci dan menyampah dengan DSAI, Azmin dan Saifuddin.
    Bnyk penulisan GB yang menghantam Azmin dan DSAI.
    Apa yang Zaid buat semua betul.
    Blog GB------> penyokong kuat Zaid.

    BalasPadam
  10. Tuan Blog...
    Gua sokong PKR kerana anwar....tak ada anwar....gua ikut umno balik lah...tanpa anwar jgn mimpi ke putrajaya. Jgn seronok sorang2..realistik sikit. Cuma nafi 2/3 gua akan terus percaya...bahkan dpt tawan DUN melaka dan Perak. Sekali lagi...tanpa Anwar sorry la dpt putrajaya. begaduh la roket dan bulan.

    utuh

    BalasPadam
  11. harap makin rmai yg sedar dgn manusia bernm anwar ibrahim ni..manusia yg pandai bermuka2..

    BalasPadam
  12. DSAI peneraju utama PKR, dia pengasas, jika tidak UMNO tak serangnya habis-habisan

    BalasPadam
  13. Anon 4:53 kata "Gua sokong PKR kerana anwar....tak ada anwar....gua ikut umno balik lah..."

    Org mcm ni lah yg merosakkan PR. Lagi baik berambus dlm umno skrg. Takkan nak tunggu anwar mati baru nak lompat? Ini mesti melayu yg tak ada prinsip. Bodoh nak mampos...

    BalasPadam
  14. Dulu media barat berbanyak simpati kat DSAI...!!Laa ni depa agak sejuk sikit dah.
    Ini dunia politik, masing2 punya stratigi masing2 utk mengapai matlamat masing2 !!

    Azmin, Nasution,Zaid orang politik yg tiada beza dgn orang politik DAP,PAS, BN..!!

    Belum capai matlamat Rakyat di dahulukan. Bila kuasa di dlm gengaman...kehendak rakyat di letakan di nombor entah keberapa..!!

    Stratiji politik mereka yg berpolitik antara nya. Menimbul kan kesangsian..keraguan atas pihak yg lain.

    PRU 12 yg lepas adalah satu fenomena yg menghantui BN. Dan mereka juga(UMNO-BN) pasti sudah mempelajari sesuatu.

    Kejayaan menjadi kealpaan yg melalaikan. Tidak mustahil jika BN akan berkuasa kembali..JIKA di izin kan ALLAH Subhanawata'ala...Insya Allah!!

    Jika tanpa tanpa keredaan Yang Esa..tdak mungkin terjadi !!!

    Don.B.Jeles ..Tpg

    BalasPadam
  15. Zaid perlu jadi Presiden PKR untuk menggantikan Anwar and the gang demi survival PKR dan PR.

    Aku dah bosan dengan Anwar nih... betul aku cakap.

    BalasPadam
  16. Kepada tuan punya blog saya ingin menasihtkan agar blog ini di tukar nama kepada BLOG ZAID IBRAHIM.Dahulu saya jg pemint blog ini tetapi kebelakangan ini sudah berlain,dsai di serang seolah2 blog ini menjadi cyber trooper UMNO.Mungkin saudara sudah menerima dana dari sesorang untuk menghentam dsai dan lain2.Biar PKR menjalankan pemilihn dalam suasana yg sihat.Kini blog greenboc sudah kehilngn roh perjuangan.Jika greenboc terus menerus menyerang dsai azmin dan lain2,jgn terkejut jika AZMIN akan meng jua walaupun BLOG GREENBOC menjadi blog parasit...sedarlah wahai saudara bahawa orang KEADILAN lebih mengenali AZMIN,KEADILAN perlukan AZMIN dan ZAID sebagai kawan satu PARTI.. siarlah komen ini untuk tatapan umum....

    BalasPadam
  17. anon 8.51

    ingat semua blogger kena ampu dsai dan azmin sajakah?

    GB terima dana? tanggungjawab sendiri dengan "fitnah" itu.

    azmin menang? punya pasallah. apa ada kena mengena dengan GB?

    blog GB, blog parasit? - GB pun x resah walaupun nanti x der seorang membaca blog GB lagi.

    BalasPadam
  18. AWAS! Cybertroopers Umngok sedang mencucuk-cucuk dengan komennya supaya penyokong PR makin berapi dan bergaduh sesama sendiri dalam Blog Zaid Ibrahim ni, Ooop! silap...
    Blog GB...

    Aku pun dah nak beralih ke blog lain, bosan dgn pembantaian gb yg tak henti-henti kepada Azmin dan DSAI...

    Pembantaian sikit tanda sayang, tapi kalau dah berlebih-lebih? Lu pikirlah sendiri....

    Cybertroopers umngok seronok memancing hari ni, umpan banyak yg mengena...heheheee...

    BalasPadam
  19. teruskan GB bersihkan PR dari sampah sarap yg menyebabkan Allah menangguhkan kemaraan PR ke Putrajaya. Usah pedulikan jeritan-jeritan beruk-beruk di jalanan. PR perlu bersih dari manusia-manusia hipokrit sebelum diangkat ke Putrajaya.

    BalasPadam
  20. tengok tu... gara2 artikel GB ni lah menyebabkan banyak pencacai-pencacai UMNgO yang menghantam kita. Pliz la jangan gara2 penulisan di blog ni pihak BN ketawa berdekah2... bodozzzz..

    BalasPadam
  21. betul ker pencacai umnongok ketawa berdekah2 atau azmin dan pencacainya yg hiba dan berpeluh sebab dah di telanjangkan?

    BalasPadam
  22. PKR skrg sama mcm parti Semangat 46. Jika dulu APU tumbang sebab Smgt 46 yg perjuangannya cuma berkisar kepada Ku Li dan Rais Yatim, kini samalah PKR yg berkisar kepada Anwar dan Azmin.

    Buktinya kita tgk Anwar dan Saifuddin sebagai pimpinan yg sepatutnya tidak berpihak di dalam pemilihan ternyata seperti kata GB, mereka berdua menampakkan ketololan mereka memberikan sokongan terbuka kpd Azmin dan menghentam ahli PKR juga, Zaid Ibrahim.

    Kalau betullah Zaid tu pengkhianat, awak cdgkan saja dia dipecat dari parti.

    BalasPadam
  23. PKR harus sedar bahawa pihak BN (UMNO) akan berbuat apa sahaja agar PKR bercelaru. Kita harus juga berwaspada dengan Zaid ni. Jangan lupa Zaid ni yang membuat petisyen di mahkamah menentang kerajaan PAS melaksanakan Hukum Hudud. GB percaya akan orang ni?
    AKU dari awal lagi amat tidak yakin dengan kehadiran Zaid ke dalam PKR. AKU takut-takut dan khuatir andainya Zaid merupakan agen yang dibawa masuk semata-mata untuk menghancurkan PKR dan seterusnya PR termasuk PAS sendiri. Kan Zaid boleh melakukan apa saja termasuk menentang hukum Allah swt. Jangan lupa Zaid juga seorang kaki minum todi.
    AKU tak sanggup lihat hasrat tidak kecapaian gara-gara 'pendatang tanpa izin' ni. Fikir-fikirlah dengan mendalam. Adakah kita harus pertikaikan kesetiaan Azmin atau Saifuddin dalam memperjuangkan keadilan berbanding Zaid? Teringat AKU akan peribahasa Melayu kita yang terkenal, "SESAL DAHULU BERPENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN MAKAN TAHI". Fikir-fikirlah dengan otak yang waras, wahai GB. Jangan kerana marahkan Azmin maupun Saifuffin, kita nak bakar jambatan itu. Satu lagi karektor yang dah goncang - Gobala Krishnan. GB tolong ulas tentang GK ni.

    BalasPadam
  24. anwar patut di turunkan, dah mcm biawak hidup dlm pkr

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.