17 Jan 2010

RPK, Di manamu? Polis Dah Geram...

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.

“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.


“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.

“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.

“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.

Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing. - Sinar Harian

Ulasan GB

Isk, sampai begitu terdesak sekali PDRM hendak menjejaki RPK. Terlalu aib dan memalukan bila PDRM sehingga kini tidak berjaya menjejaki RPK walaupun sebelum ini PDRM dengan gah bersama dengan unit FRUnya, trak water canonnya, anjing pengesannya, helikopternya pada setiap kali pilihanraya kecil (PRK) diadakan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Kegagalan PDRM untuk mempastikan "wherabout" PRK jelas menunjukkan kelemahan polis di dalam negara ini.

Suruh tunjuk muka? RPK dah pun tunjukkan mukanya di dalam klip video yang dikeluarkan sedikit masa lalu. Pun masih gagal memberikan polis petunjuk lokasi RPK?

Tidak hairanlah mengapa begitu ramai penculik dan pengganas tak dapat ditahan, misalnya pembunuh adik Nurin dan juga penculik adik Sharlinie yang sehingga kini - polis terlopong.

Pangkat polis masing-masing berjela-jela. Yang mampu dilakukan hanyalah menggertak dan mengugut rakyat dengan mengambil kenyataan, dengan waran tangkap, dengan provokasi sb-sb.

Professionalisme polis masih lemah. Modus operandi polis banyak dah dihidu, diantaranya tembak sampai mati supaya memudahkan tiada kes untuk pendakwaan di mahkamah.

Saya tidak percaya RPK mempermainkan polis, tetapi saya percaya RPK ingin mnunjukkan bahawa polis negara ini masih perlu tingkatkan tahap keprofessionlismenya demi meletakkan maruah polis di tahap yang sepatutnya.

Era mengugut dan menekan rakyat adalah era lapok, era penjajah, era orang tua, era polis-polis yang sepatutnya dipencenkan segera kerana era itu sudah ketinggalan.

Zaman sekarang ialah zaman digital, zaman teknologi maklumat, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari, bukan zaman cota, bukan zaman mengampu, bukan zaman ugutan, bukan zaman baldi merah dengan pasir depan "rumah pasong"!


2 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

hehehhehe... polis malaysia tangkap org miskin boleh laa..

Jebon berkata...

Akhbar kata polis malaysia yang terbaik tapi yang dilihat kebenarannya HAMPEH...

Setakat orang biasa macam kita ni polis bolehlah gertak. Musa Hasan kena bodoh dengan RPK macam Busah kena bodoh dengan Osama je.

Cuba buat satu pole untuk samada Bush atau Musa Hasan yang bodoh.