1 Jan 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor?

Malaysian Insider melaporkan bahawa berkemungkinan satu pilihanraya kecil bakal berlaku di negeri Selangor.

Dilaporkan juga bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan mengumumkannya hari esok di dalam satu ceramahnya bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di satu pekan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesemua exco, pembantu dan penyokong Pakatan Rakyat dijangka hadir pada majlis ceramah berkenaan esok.

Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR bagi Rasa memberitahu bahawa rakyat tempatan menjangkakan Anwar akan mengumumkan pengunduran Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad untuk memberi laluan untuk satu piliharaya kecil berlansung.

“Terdapat ura-uranya… kita tahu mengenainya tetapi tida ada yang disahkan… tidak jelas,” katanya, menambah bahawa “Zainal kini sakit”.

“Semua rang tahu yang Dr Zainal betul-betul sakit, tetapi apakah beliau akan meletakkan jawatan… itu yang kita tak tahu,” tambahnya.

Khabar angin menyatakan Dr Zainal, yang sekarang sedang sakit, telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Anwar, namun tidak jelas samada ketua pembangkang itu menyerahkan surat berkenaan kepada Speaker.


Mendoakan Kesejahteraan YB Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad
By Anwar Ibrahim

Sahabat saya sejak di Universiti Malaya, Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan kini merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sedang dirawat di Hospital Pantai satelah selamat menjalani pembedahan.

Saya menziarahi beliau minggu lalu dan turut mendoakan kesejahteraannya. Semoga lekas pulih dan dipermudahkan segala urusan olih Allah SWT.

ANWAR IBRAHIM

2 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Tahun baru...kebetulan pula suasana baru bagi PR yakni sedikit goyah berbanding sebelum PRU lalu yang konkrit melawan UBN. Goyahnya disebabkan ada puak2 dalam Pas yang cuba ketengahkan UG.. Sekarang sokongan bukan Islam semakin susut kepada PR, khususnya Pas. maka kita boleh tengok kesannya jika betul2 berlaku pilihan raya di Rasah... kawe jangka PR akan kalah... Jika tekaan kawe ini betul, mulai saat ini kita hancurkan UG.

Tanpa Nama berkata...

kalau jadi,tidak lagi pada PKR,PR..semua penipu,

Menyesal aku pangkah korang.

Pas- pengecut
PKR-pembohong besar