1 Jan 2010

Mohamed Rahmat Kembali Ke RahmatNya

Pemimpin veteran Umno dan bekas menteri persekutuan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia awal pagi tadi.

Sepanjang pembabitan beliau dalam politik beliau lebih mesra dikenali sebagai "Tok Mat".

Beliau merupakan bekas setiausaha agung Umno, jawatan disandang sejak Umno baru ditubuhkan. Jawatan itu disandang sehingga 1996.

Mohamed menyertai Umno pada 1963 dan terpilih menjadi sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1999.

Kementerian popular diketuai beliau ialah Kementerian Penerangan dimana Mohamed memperkenalkan program Semarak di bawah pentadbiran era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kerajaan beliau menjadi Menteri Penerangan dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 dan kemudian dari 1987 hingga 1996. Allahyarham dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Indonesia pada 1982.

Mohamed dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Dr Mahathir

Pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada.

Beliau telah menulis buku “Umno: Akhir Sebuah Impian” yang memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin Umno terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan. Ia dilancarkan tahun lalu. -MI


Mohamad Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dengan no 00000003. Beliau menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Kawasan ini diberi nama baru 'Pulai' pada 1974.

Beliau bertanding di parlimen Pulai atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1978. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Dato Hussein Onn - juga orang Johor . Di atas kejayaan besar UMNO Johor meraih undi, maka Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui Mageran Kelantan 1978.

Difahamkan Mohamad Rahmat telah menghanrar 200 petugas ke Kelantan bagi menerangkan kebaikan dan kelebihan Kelantan jika menyertai Barisan Nasional.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setuausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam kerajaan, beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982 iaitu semasa Dato Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, jawatan itu diserahkan kepada Dato'Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam dari Melaka. Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.

Mohamad Rahmat dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa menjadi Menteri Penerangan , isu disiplin penyanyi rock timbul tahun 1990. Rusuhan para peminat rock di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang yang dijayakan oleh kumpulan seperti SYJ, Lefthanded, Bloodshed, Ella and the Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel menerusi konsert bergerak Battle of the Band anjuran Box-Office Malaysia. Berikutan itu Mohamed Rahmat mengarahkan penyanyi rock memotong rambut jika hendak keluar televisyen. Antara yang menjadi mangsa ialah penyanyi Awie dan Search. Ramli Sharip pula terpaksa mengikat rambut di belakang dan sembunyikan di kolar baju.

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku 'Umno: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan . Beliau menjadi ahli UMNO sejak Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan terakhir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. -wikipedia



Tiada ulasan: