21 Dis 2009

SPRM Perlu Teladani Negara Maju Tangani Rasuah

mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasat selepas waktu pejabat, Menteri Besar, Tan Sri Khalid berkata SPRM perlu mengkaji semula prosedur siasatannya agar tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Sehubungan itu, katanya Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi negara-negara maju menangani masalah rasuah secara professional.

“Oleh kerana nak cari maklumat, mendera ataupun menyusahkan warga kerja jadi pada dasarnya maklumat itu tidak dapat diberikan dengan senang.

“Jadi ada baiknya SPRM dan Kerajaan Persekutuan mengkaji bagaimana usaha yang dilakukan negeri-negeri maju yang dapat membanteras rasuah tetapi tidak mengenakan tekanan yang tidak sepatutnya kepada warga kerja yang ingin diselidik untuk mencari maklumat mengenai rasuah,” katanya. -TVS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MCM MANA SPRM NAK BENTERAS RASUAH, KALAU MEREKA PUN BERGELUMANG DENGAN RASUAH...
MELAINKAN BN HILANG KUASA MEMERINTAH M'SIA. MASA TU POLIS, SPRM, MAHKAMAH SEMUA AKAN HILANG TAKUTKAN BN LAGI, TAPI TAKUTKAN ALLAH... MASA TU AMAN LA MALAYSIA NI.....