1 Dis 2009

Siapa Yang Akan Masuk PAS Dulu, Pak Lah Atau Mahathir?

Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana 'Umno busuk hingga ke ususnya.' Dr M mengulas hal tersebut dalam 13 perkara. Apakah tulisan tersebut adalah sebagai tanda pembuka laluan ke arah ingin menyertai PAS? Sekurang-kurang supaya orang lain dulu atau terus sama-sama menyertai PAS beramai-ramai? Dalam politik macam-macam boleh jadi.. tiada mustahil.

Anda cuba menilai sendiri. Begini tulisannya..

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kepada Dr M, jangan sampai Pak Lah masuk PAS dulu. Bekas PM sebelum ini pun ada yang sertai pembangkang. Itu sahaja, sekian. (AK)

Ulasan GB

Ia bukan satu hal yang mustahil. Walau sekalian banyak dosa Pak Lah atau Mahathir terhadap umat Islam dan rakyat negara ini, namun keadaan boleh berubah bila masa Allah mahu melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada mana-mana hamba yang dikasihiNya.

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. pernah berdoa “Ya Allah muliakanlah Islam dengan masuknya salah satu dari dua Umar.” yakni Umar bin khathab dan Amr bin Hisyam atau dikenal sebagai Abu Jahal. Rasulullah tak pula adakan kerajaan perpaduan samada dengan Umar atau Amr!

Allah mengurniakan Umar Al-Khattab kepada umat Islam, yang walaupun pada awalnya menjadi musuh Islam nombor satu sehingga kepala Rasulullah nak dipenggalnya, tetapi kekuasaan Allah menetapkan Umar menerima hidayah dan muncul sebagai salah seorang kahlifah utama selepas Rasulullah s.a.w.

Kalau ada rezeki Pak lah atau Mahathir, dapatlah beliau bersama jemaah Islam. Jika tidak, terimalah sahaja apa yang bakal ditempuhi, kalau tak di "sini", di "sana" balasan menanti.

Namun satu hal yang kena terima, kerana ada pemimpin PAS yang nak sangat ke UMNO, siapa pula dari PAS yang bakal dihantar oleh Allah ke parti UMNO?

7 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

mustapar ali akan ke umno den rao...

ISA berkata...

Salam GB,

Sempat juga menyelit yea... "siapa pula dari PAS yang bakal dihantar oleh Allah ke parti UMNO?"

ha..ha..ha.., hantarlah cepat2 sikit.. semoga aman dan damai PAS dari fitnah.

Unknown berkata...

Mungkin juga satu lagi gimik Politik Dr.Mahathir

Unknown berkata...

pertama kita lihat yg positif dulu jika ada.
neutralnya: ada kemungkinan Mahathir nak bgtahu sesuatu kat Najib yang dia tak dapat habuan tertentu misalnya pembahagian wang ehsan Kelantan sepertimana wang ehsan Terengganu yang Pak Lah dan menantunya dah sapu.
yg negatifnya berkemungkinan nak suruh najib tingkatkan serangan ke atas pas.

Tanpa Nama berkata...

susah nye nak percaya, sebab pakatan rakyat ni asyik kena kelentong aje.. ini adalah mainan politik umno bee end dari zaman ke zaman, HANYA ALLAH SAJA YG MAHA MENGETAHUI. JGN KITA MUDAH TERPEDAYA..

Tanpa Nama berkata...

ya, mungkin juga ada dari PAS masuk umno, tp dari kawasan mana, Allahu'alam.

-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

TAD 84 berkata...

Salam,

best jugak cerita Dr M nie dan ulasan GB nie.

Allah itu MAHA BERKUASA... x mustahil kalau pak lah atau Dr M masuk PAS nanti.. beruntung mereka kalau masuk PAS nanti kerana boleh bertaubat dari kesalahan dulu.. dan ini akan lebih menjayakan perjuangan ISLAM itu sendiri..

TGNA kena doa pak lah and Dr M ni masuk PAS plak..

dan kita tengok sape yang pemimpin yang bodoh dan pentingkan diri nak masuk UMNGOK... pastu kita hemtam dia cukup2...