6 Dis 2009

Sekitar Penubuhan Kelab Penyokong PAS India Parlimen Batu

Kelab Penyokong PAS Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di sini dilancarkan malam tadi.

Program ini menampilkan kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, N.Balasubramaniam dan Hu Phang Chow yang berintraksi dengan para penyokong Pakatan Rakyat

Balasubramaniam berkata pembukaan Kelab Penyokong PAS (KPP) India menandakan sokongan kaum India terhadap kepimpinan Mursyidiul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir ialah Datuk Hassan Shukri dan YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu. Turut menyampaikan pidato, AJK PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin yang mengulas isu-isu berkaitan royalti minyak, PRK Kota Siputeh, pengharaman BTN dan tohmahan jahat Umno terhadap MB Kelantan.

Himpunan tersebut bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

"Setakat ini kita menerima seramai 22,096 keahlian seluruh negara dan kita jangka penambahan ahli seramai 15,000 lagi menjelang awal Januari depan," katanya selepas berucap pada majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun PAS kawasan Batu di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan telah merasminkan penubuhan kelab itu dan memberi ceramah pada majlis tersebut.

kredit foto AKU INGIN BEBAS









Nik Aziz: Umno makin lemas, lupakan Kelantan
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.

"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.

"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.

"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.

Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya,"
kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.

"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.

Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.

"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.

Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.

Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia
, kata beliau lagi.

Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.

"Saya penat," katanya ringkas.

Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.




2 ulasan:

tamilselvam berkata...

Dalam gelombang PAS4All Kelab Penyokong PAS berdiri teguh bersama PAS dan PR kerana adanya TGNA.

TGNA tenaga pemesatu. Manakala Presiden PAS, TGHH dan PAS Terengganu & Selangor yang masih berjuang atas nama Melayu Islamnya akan terus hidup di bawah tempurung dan nampaknya terus ditinggalkan oleh arus perjuangan rakyat marhain.

Hadi, Nasya, Mustafa Ali, Hasan Ali, Tuan Ibrahim, Harun Din, Idris Ahmad dan beberapa kerat lagi pimpinan PAS Pusat akan menemui kegagalan selepas ini setelah mereka memilih jalan untuk menentang arus kehendak ahli PAS terbanyak dengan mempelopori UG. Kelab Penyokong PAS tidak akan bersama dengan pemimpin hipokrit di atas.

Rakyat 1Malaysia berdiri bersama TGNA untuk melawan BN, tidak perlukan kumpulan bekas-UG.

Tanpa Nama berkata...

sokong penuh TGNA ketuai pakatan rakyat tawan malaysia PRU13, Kita doakan semoga berjaya menjatuhkan BN dan UMNO diputrajaya......