23 Dis 2009

Nik Amalina Dakwa Hanya Ayahnya Seorang Petahankan PAS

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.

Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'

"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi. -malaysiakini

Ulasan GB

Pening juga kita dengan karenah anak-anak Tok Guru ni, lepas seorang ke seorang.

Apa hal pulak kata hanya TG Nik Aziz seorang yang pertahankan PAS. Kan ke hari tu puluhan ribu bangun berdiri di belakang TG Nik Aziz.

Cuba cakap, apa sebenarnya kehendakmu? Nak suruh suami terus diterima sebagai CEO di PMBK atau apa?

7 ulasan:

hussin berkata...

amalina ni sah dia tak 'arif' apatah lagi 'fahami' dengan perkara yang cuba diketengahkannya.

apa yang disbuk2kan dengan orang lain sedangkan ariffahmi sendiri tidak membantu bangun mempertahankan pas. sedar atau tidak, sikap 'keras pedal' (pinjam dari penarik beca tanpa izin) ariffahmi sedang 'membelit' pas dan tok guru sendiri.

apakah amalina melihat saranan mahfuz supaya ariffahmi meletakkan jawatannya dengan serta merta tanpa apa2 songeh bukan usaha beliau untuk mempertahankan pas? atau ianya kegilaan mahfuz mencampuri urusan rumah tangganya?

lebih baik berhenti menulis kerana semata2 mempertahankan suami jika penulisan itu mengandungi racun yang boleh memusnahkan pas yang kononnya cuba diperjuangkan?

sedarkah amalina akan dilema yang dihadapi tok guru akibat sikap ariffahmi yang degil itu? tok guru begitu sayangkan pas, amat besar sumbangan serta pengorbanan beliau kepada perjuangan. sanggupkah amalina membiarkan tok guru dalam keadaan 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'?

kini giliran amalina untuk bersama, seiring dan seirama dengan tok guru mempertahankan pas. ariffahmi perlu meletakkan jawatan sebagai ceo pmbk SEKARANG juga. bukan esok, bukan tiga bulan lagi! ayuh amalina, tok guru loves you, but he loves pas more. please help tok guru. please help pas...

sb dehlawi berkata...

malas sebenanyo kawe nok laye tulise nik amalina nih. tetapi dio nih napok koho mengado-ngado. Nik Amalina, tok soh capo uruse politik kelantan, demo buke ahli politik. lebih baik mek tupu ko rumoh tanggo mek. bakpo mek maghoh sangat ko yb huse. mek tok tahu ko apo ayoh mek kata kepada huse "Husam ni dilahirkan bukan untuk Kelantan saja, tetapi untuk Malaysia" - harap mek pahe deh.

dILA berkata...

Nik Amalina, nasihat saya baik saudari SENYAP & JANGAN MENGERUHKAN lagi keadaan.

ysng peliknya, saudari sahaja yg menyerang 'EXCO' tersebut tatpi 'EXCO' tersebut tidak pernah sekalipun berkata apa-apa mengenai isu ini

Tanpa Nama berkata...

memang TGNA mempertahankan PAS 100% tetapi pimpinan seperti Hadi dan kumpulan UG mempertahankan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal PAS, ini soal peribadi dan keluarga. Orang lain tidak akan campur tangan soal ini apa lagi ianya bertentangan dengan prinsip dan perjuangan selama ini. Kenapa perlu bermati-matian membela diri? Sebaik-baiknya, berhenti sahaja, TAMAT cerita. Keputusan di tangan sendiri.

Anak PR Selangor berkata...

GB dalam hal ini saya menyokong Nik Amalina. Betul apa yang dicakapkannya masa TGNA teruk dulu dibelasah dulu dimana pemimpin PAS. Tidak seorang pun yang membela TGNA. Hatta tuan Presiden sendiri. Mereka tambah lagi api yang bersemarak dengan minyak petrol (bukan lagi minyak tanah. Pimpinan Kelantan diam membisu...Pelik padahal TGNA adalah PJ mereka.

Hanya Blogger dan rakyat marhaen yang bersama Tok Guru.. sedih

Itu menguatkan lagi saya supaya tidak menyokong puak UG ini.

Nik Amalina teruskan menulis dan luahkan perasaanmu walau apapun orang nak kata tambah tambah dipuak UG ini.

Apa ingat orang lain je boleh bagi komen itu ini yang kekadang tidak dapat diterima dengan akal yang waras... Anak Tok Guru yang sorang ni tak boleh... Mana pergi keadilan.. fikirkanlah.

Ini bukan pasal peribadi tapi melibatkan seorang Tok Guru yang amat dikasihi.

yes berkata...

Nik Amelina, jaga rumah tanngga kamu. jg sebok tentang PAS dan cari publisity murahan. Kamu memalukan ayahnda kamu. Kalau kail panjang sejengkal jg lautan nak di duga. Ini Pas, bukan UMNO yang wanitanya celupar.