27 Dis 2009

Kumpulan Hak Asasi Selar Proses Pindaan ISA Bersifat Eksklusif

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkata proses perolehan input keatas pemindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersifat eksklusif dan tidak melibatkan rakyat keseluruhan.

Pengerusi Syed Ibrahim Syed Noh melahirkan kekesalan GMI dengan sikap pemerintah 'membutakan mata' kepada kewujudan puluhan atau ratusan mangsa akta zalim itu.

Lebih membimbangkan apabila kerajaan tidak menjemput badan hak asasi manusia bebas untuk mendengar pandangan dan kritikan keatas akta ini.

Pada 1 Ogos lalu, kira-kira 30,000 rakyat turun menjajah Kuala Lumpur dalam satu demonstrasi besar-besaran anjuran GMI bagi membantah akta zaman penjajah itu.

Pertembungan antara GMI dan pihak berkuasa menyaksikan puluhan das gas pemedih mata dan hujanan meriam air dilepaskan keatas orang awam dari awal pagi hingga lewat petang.

Sejak 1960an, lebih 10,662 orang telah ditahan dibawah ISA. -TVS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk hapuskan ISA, pemerintahan BN perlu dijadikan sejarah..Tumbangkan BN PRU13