16 Dis 2009

Kerugian RM 8 Bilion MAS Harus Disiasat

Pakatan Rakyat menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat dokumen yang mendakwa Sistem Penerbangan Malaysia menanggung kerugian RM 8 bilion.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata Parlimen perlu memberi perhatian kepada salinan surat dari bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengesyaki ada unsur-unsur jenayah disebalik kerugian ini.

“Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya ialah, kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 8 bilion daripada tahun 1994 sehingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada PM itu mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil kepada beberapa orang individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing”, ujar Salahuddin Ayub.

Surat bertarikh 21 Julai ini mendakwa adanya unsur penipuan dan sabotaj sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional ini menanggung kerugian sejak 1994 sehingga tahun 2001.

Soal beliau sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, mengapa tiada sebarang tindakan diambil sedangkan cadangan untuk menyiasat perkara ini telah diserahkan kepada Tun Abdullah pada tahun 2007 lagi.

“Kesahihan adakah dokumen itu benar merupakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri, harus disiasat dan adakah kandungan dokumen itu benar atau tidak juga harus disiasat kerana ia benar melibatkan kerugian rakyat sebanyak RM 8 bilion dalam MAS".


1 ulasan:

azman kamarul berkata...

SEBAGAI RAKYAT NEGARA INI..SAYA CUKUP KECEWA KERANA SELEPAS DASAR PENSWASTAAN BANYAK SYARIKAT-SYARIKAT BERSIFAT MONOPOLI MENAGGUNG KERUGIAN YANG AMAT BESAR.....

INI MENGGAMBARKAN SEOLAH-OLAH PEMIMPIN NEGARA INI MEMBIARKAN WANG RAKYAT HILANG ATAU DITELAN OLEH ORANG TERTENTU...BILA DISOAL...JAWAPANNYA IALAH...WANG TIDAK HILANG CUMA HILANG DALAM KERTAS AHAJA.

MAS TELEKOM TNB SYARIKAT ANAK GERGASI MALAYSIA TIDAK LEKANG DARIPADA KERUGIAN....WAHAI PEMIMPIN UMNO YANG MENJADI MENTERI...TOLONG LAH BUAT KERJA ELOK-ELOK...ITU SEMUA DUIT CUKAI KAMI...