24 Nov 2009

SPR Berjaya Halang Sementara Pilihanraya Kecil Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan perintah penggantungan sementara (interim stay order) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.

Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Ekoran keputusan tersebut, SPR tidak perlu mengadakan mesyuarat esok - hari terakhir untuk suruhanjaya itu mengeluarkan writ pilihanraya kecil di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 serta mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian.

Sebaik sahaja writ itu dikeluarkan, ianya tidak boleh dibatalkan.

Ulasan GB

Kephtusan Mahkamah Rayuan hari ini mengulangi kes Nizar lwn Zambry di mana Mahkamah Rayuan telah menterbalikkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang pada ketika itu memutuskan Nizar sbagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah Rayuan akan menterbalikkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada parti pemerinah.

Siapa yang menentukan hakim-hakim mana yang bersidang untuk mendengar kes di mahkamah rayuan? Ya - Gani Patail. Arahan siapa? Thats it. - xxxxx!

Insitusi kehakiman Malaysia - dan adakah anda masih boleh yakin dan percaya selepas isu pembongkaran hakim yang membaca keputusan yang disediakan oleh peguam corect, correct, correct?

Tiada ulasan: