24 Nov 2009

Kota Siputeh : UMNO BN Hadapi Masalah Calon

Prti UMNO BN menghadapi masalah setiap kali pilihanraya kecil di adakan.

Masalah UMNO BN: mencari calon berwibawa. Kekalahan UMNO BN di dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini adalah disebabkan penonjolan calon bermasalah.

Dan inilah yang ditakuti oleh UMNO BN di Kota Siputeh yang berkemungkinan terpaksa diadakan pilihanraya semula jika kputusan Mahkamah Rayuan petang ini tidak memihak kepadanya.

Dalam pada itu Barisan Nasional (BN) dikatakan tidak akan menurunkan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika pilihan raya kecil diadakan.

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan meletakkan seorang calon tempatan.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar rayuan kedudukan kerusi itu di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan itu tidak bermakna Mukhriz bukan seorang calon yang sesuai tetapi BN mahu memberi peluang kepada calon tempatan.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen memandangkan beliau diterima dengan baik oleh pengundi Kota Siputeh.

DUN Kota Siputeh merupakan salah satu bahagian dalam Parlimen Jerlun.

Muhyiddin yang ditemui pemberita di sini mengulas pertanyaan sama ada Mukhriz akan dipilih sebagai calon kerusi DUN Kota Siputeh jika pilihan raya kecil diadakan.

Semalam Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan menghormati keputusan pucuk kepimpinan jika memilihnya sebagai calon.

Pada Mac 2008 kerusi itu dimenangi oleh calon BN-Umno Datuk Abu Hassan Sarif.

Tiada ulasan: