17 Nov 2009

Era Najib Altantuya : PAS Sudah Ada Calon Untuk Kota Seputeh

Pakatan Rakyat bersetuju PAS akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputih, Kedah sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persetujuan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang di Parlimen, di sini, Selasa.

"Kita membincangkan perkara itu dan PAS telah menyatakan sudah siap sedia untuk bertanding di kerusi berkenaan. Parti Pakatan Rakyat lain akan memberikan sokongan padu kepada PAS," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan.

Kerusi Kota Siputeh disandang Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ia diisytiharkan kosong semalam oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Di dalam satu perkembangan berkaitan, Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif pula telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi itu kosong dan beliau tidak lagi wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1.35 tengah hari tadi melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Salinan notis rayuan itu akan diserahkan kepada peguam yang mewakili Speaker Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan Pejabat Peguam Negara, kata Mohd Hafarizam semasa dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Berikutan keputusan itu, Abu Hassan dari Barisan Nasional, dilarang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun di Kedah.

Presiden UMNO dan Barisan Nasional (BN), sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.

"Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Bio-Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.


Ulasan GB

Sekalipun Najib berkata UMNO/BN bersedia untuk bertanding di Kota Seputeh, namun ironinya, UMNO merayu keputusan hakim Mahkamah Tinggi tersebut.

Ia menunjukkan UMNO belum yakin dengan kekuatannya. Belum yakin dengan slogan 1Malaysianya.


Tiada ulasan: