15 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Mahfuz Sokong Tindakan TGNA

Keputusan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat menunaikan haji pada 18 November ini disambut baik sekali gus membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang mementingkan diri atau keluarga semata-mata.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz itu secara tidak langsung menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang apatah lagi rasuah.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu juga adalah satu tindakan yang baik kerana membuktikan beliau bukanlah seorang yang mudah untuk dijatuhkan dengan isu yang remeh seperti itu.

“Saya sokong dengan tindakan yang dibuat oleh beliau lagipun saya tahu ini bukanlah keperluan kerana beliau sudah beberapa kali menunaikan haji.

“Jadi mungkin beliau ingin menerima tawaran tersebut kerana mahu menunaikan hasrat individu berkenaan untuk beliau pergi menunaikannya bersama tetapi apabila sudah jadi begini, beliau terpaksalah membatalkan hasrat berkenaan,” katanya.

Mahfuz berkata, tidak dinafikan dengan isu yang melanda Nik Aziz ini menunjukkan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Pas namun itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana Pas tetap teguh.

Beliau berkata, dengan kematangan dan semangat perjuangan parti yang ada pada ahli Pas, beliau yakin setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak lawan akan dapat dihadapi dan diselesaikan dengan mudah.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dari sini jugalah rakyat dapat melihat sendiri pemimpin dan ahli Pas bukanlah individu yang mudah untuk menerima rasuah daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, dengan situasi ini dan pelbagai isu yang melanda Pas kini membuktikan kepada rakyat bahawa Pas dapat menepis segala permasalahan yang berlaku dan parti itu tidak terjejas. -SH


4 ulasan:

Unknown berkata...

Kami setuju dgn TGNA..kami doakan kesihatan TGNA agar dpt jadi"tetamu umah ALLAH"dgn titik peluh TGNA...

Tanpa Nama berkata...

TGNA pemimpin yang mudah terima teguran dan merendah diri, Kenapa presiden Pas tak boleh ditegur?

Tanpa Nama berkata...

TGNA tidak menyerang bloggers bila ditegur, Kembali membetulkan keadaan, pemimpin yang berhemah!!!

Tanpa Nama berkata...

Rasaya Nik Ajis takut kena siasat dgn SPRM.

Kalau masuk penjara...huhh...malu besor dia..

kehkehkeh..