18 Nov 2009

Era Najib Altantuya : ADUN Sngor Gesa Henti Hantar Pelajar Ke BTN

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) mengesa kerajaan negeri supaya menghentikan penghantaran pelajar institusi pengajian tinggi swasta miliknya ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) Jabatan Perdana Menteri.

Gesaan berkenaan dibuat selepas UMNO-Barisan Nasional mengugut untuk menggantung graduasi pelajar institusi berkenaan sekiranya enggan menyertai program anjuran biro tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Caves, Amiruddin Shari program tersebut bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

"Sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya hal ini turut di propagandakan ke minda pelajar-pelajar bahawa mereka hadir ke program BTN kalau tidak mereka tidak graduate,ini satu penipuan"katanya.

Amiruddin berkata demikian dalam sidang media selepas selesai Sidang Dewan Negeri hari ini, di bangunan Annex,Shah Alam.

Manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, modul-modul yang bersifat politik kepartian Umno-BN tidak sepatutnya disertakan dalam program berkenaan.

"Dan dalam sepanjang program tersebut diungkapkan ialah keadilan ini seperti Anwar Ibrahim adalah ejen Yahudi,DAP adalah ejen Singapura dan Pas adalah parti ajaran sesat itu sahaja yang disertakan dalam modul-modul mereka yang bersifat kepolitikan sepatutnya tidak wujud dalam program dibawah Jabatan Perdana Menteri", kata Nik Nazmi.

Beliau berkata, sebaliknya mahasiswa perlu didedahkan dengan program-program berbentuk keilmuan serta diberikan ruang mengemukakan pandangan tanpa perlu menyekat perkembangan dan merencatkan minda mereka.

Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat adalah, Universiti Industri Selangor, Institut Pendidikan Negeri Selangor(Inpens) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa(KUIS).

Gesaan ini turut dibuat oleh Adun Teratai, Jenice Lee,Adun Subang Jaya,Hannah Yeoh,Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ,Adun Sekinchan,Ng Suee Lim, dan Adun Rawang Gan Pei Nie. -TVS



Tiada ulasan: